You are on page 1of 7

SK BANDAR TEKNOLOGI KAJANG

BANDAR TEKNOLOGI KAJANG,


43500 SEMENYIH SELANGOR

PERMOHONAN PROJEK MEMBINA PINTU


LALUAN KEDUA DAN TEMPAT LETAK KERETA

NAMA SEKOLAH : SMK TENGKU MAHMUD ISKANDAR

DAERAH : SG. MATI, TANGKAK

1
Kertas Kerja Cadangan Membina dan Mengubahsuai Pagar Menjadi Pintu Laluan
Masuk

1. LATAR BELAKANG PROJEK

SMK Tengku Mahmud Iskandar ditubuhkan pada tahun 1965. Sekolah ini mempunyai
1292 orang manakala bilangan guru seramai 114 orang pada tahun 2019. Setelah 54
tahun penubuhan sekolah, pelbagai kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum
telah dicapai oleh warga sekolah samada peringkat negeri, kebangsaan dan
antarabangsa. Oleh itu, sejajar dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia
iaitu melahirkan generasi yang seimbang dari pelbagai aspek maka pihak sekolah
merancang untuk menambah baik infrastuktur dan kemudahan-kemudahan asas di
sekolah selaras dengan matlamat iaitu melahirkan pelajar terbilang.

Kelengkapan infrastruktur sekolah banyak menyumbang kearah kemajuan sekolah.


Infrastruktur yang lengkap memudahkan warga sekolah menjalankan pelbagai aktiviti
disamping memberi kepuasan kerjaya kepada guru-guru dan staf sokongan. Namun
demikian penyediaan infrastruktur yang lengkap tersebut memerlukan peruntukan
kewangan yang besar. Dengan peruntukan yang terhad sudah pasti pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia tidak mampu menyediakan semua infrastruktur tersebut. Justeru
sekolah amat mengharapkan bantuan daripada pihak luar untuk membantu
melengkapkan infrastruktur tersebut. Oleh itu kertas cadangan ini bertujuan untuk
memohon peruntukan bagi membina laluan kedua serta tempat letak kereta untuk
kemudahan ibu bapa pelajar sekolah ini.

BIODATA SEKOLAH

2
Nama Sekolah : SMK TENGKU MAHMUD ISKANDAR
Kod Sekolah : JEA 9003
Daerah : Tangkak
Status : Sekolah Kerajaan
Bil. Guru :
Bil. Staf sokongan :
Bil. Enrolmen Pelajar :
Sesi : 1 sesi
Kawasan : Luar Bandar

2. OBJEKTIF PROJEK

Cadangan pelaksanaan projek membina dan mengubahsuai pagar menjadi


laluan kedua ini adalah penting berdasarkan pertimbangan berikut:

2.1. Keadaan laluan pintu masuk yang sedia ada tidak sesuai kerana ia
terletak di jalan besar. Pelbagai kenderaan berat menggunakan jalan
tersebut.
2.2. Tiada lampu isyarat pejalan kaki atau ‘zebra-crossing’ untuk melintas
jalan. Kenderaan lalu lalang dalam keadaan laju.
2.3 Risiko keselamatan adalah tinggi memandangkan sekolah berada di tepi
jalan raya besar yang agak sempit untuk memarkir di bahu jalan untuk
menghantar dan mengambil anak.

3. SKOP DAN KOMPONEN PROJEK DAN ANGGARAN KOS

Cadangan projek pembinaan ini melibatkan pembinaan dan ubahsuai kekal


pagar yang sedia ada seperti berikut:

3.1. Ubahsuai pagar tepi sekolah menjadi pintu laluan keluar masuk.
3.2. Membina tempat letak kereta untuk kemudahan pelajar, ibu bapa/ pelawat
di luar pagar sekolah

4. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARI PROJEK

Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut:

4.1. Mampu menjamin keselamatan pelajar.


4.2 Meningkatkan dan memenuhi kemudahan asas yang diperlukan iaitu
tempat letak kereta untuk pelajar Tingkatan 6, ibu bapa dan juga pelawat

3
kerana tempat letak kereta sedia ada hanya mencukupi untuk guru dan
staf sahaja.
4.3 Proses pengawalan pelajar dapat dijalankan dengan lebih kondusif dan
sistematik

5 JUSTIFIKASI PROJEK

Rasional penambahbaikan pagar sekolah ini adalah untuk :

5.1 Membuktikan bahawa Kementerian prihatin dan serius terhadap


keselamatan para pelajar.
5.2 Meningkatkan kualiti kemudahan dengan mengutamakan keselamatan
dan keselesasan pelajar pendidikan khas. Di samping dapat
meningkatkan sokongan dan kepercayaan ibu bapa terhadap program
pendidikan khas.

6 IMPLIKASI SEKIRANNYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN

Pelaksanaan projek ini adalah sangat penting dan sekiranya tidak dapat
dilaksanakan, ia akan memberi implikasi seperti :

6.1 Aspek keselamatan di kalangan guru dan murid tidak terjamin kerana
keadaan ruang bilik darjah yang sempit dan tidak sesuai.
6.2 Suasana pembelajaran kurang selesa dan kurang kondusif kerana kelas
yang kecil dan tanpa kemudahan asas terutama sekali tandas dan dapur.
6.3 Memerlukan banyak masa untuk membantu menguruskan murid ke
tandas kerana kedudukan tandas yang memerlukan pelajar menuruni
tangga dan murid sering berkeliaran jika dibiarkan
6.4 Mempengaruh minat dan keyakinan ibu bapa atau penjaga untuk
menghantar anak-anak mereka memasuki PPKI kerana kemudahan asas
yang tidak disediakan.

7 LAMPIRAN GAMBAR BERKAITAN PROJEK YANG DICADANGKAN

4
Keadaan dua buah kelas yang sempit kerana terpaksa dibahagikan dengan perabot.

8 CADANGAN PELAN KELAS PPKI UNTUK PENGUBAHSUAIAN

PETUNJUK :
Ruang Urus Diri Pintu

Kelas 1

Kelas 2
5
Kelas 3

Ruang guru
LALUAN

6
PENUTUP
Pihak sekolah berharap agar permohonan menaiktaraf kelas PPKI SKBTK dapat
dipertimbangkan dan mendapat tindakan yang sepatutnya. Hal ini kerana keadaan
kelas yang tidak kondusif memberi impak yang sangat besar dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Selain itu, faktor keselamatan dan keselesaan murid dan guru juga
merupakan antara faktor utama permohonan ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………….. ……………………….

(GURU PPKI SKBTK) (GURU BESAR SKBTK)

You might also like