You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA SLIM

35800 SLIM RIVER


PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA
PERMOHONAN SUMBANGAN
TELEVISYEN PINTAR (SMART TV)

DISEDIAKAN OLEH:
UNIT KURIKULUM
SK KUALA SLIM
1.0 PENDAHULUAN
Sekolah Kebangsaan Kuala Slim merupakan tempat murid menimba pelbagai ilmu pengetahuan dari
umur 5 tahun hingga 12 tahun. Melalui pendekatan ICT, minda serta pengetahuan murid-murid dalam
pembelajaran dapat diperkembangkan apabila mereka berkesempatan untuk melayari internet melalui
penggunaan ICT secara menyeluruh. Bagi memastikan segala ilmu yang dicurahkan oleh guru kepada murid
dapat diolahkan, maka penggunaan teknologi yang baru serta terkini iaitu televisyen pintar (smart TV)
dipercayai sangat membantu. Hal ini kerana, smart tv merupakan satu medium yang boleh menarik minat
murid untuk belajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas.

Selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan ke arah pembelajaran abad ke-21,misi SK Kuala Slim
pada tahun ini ialah untuk membudayakan ICT di sekolah melalui pembelian smart TV. Smart TV ini amat
diperlukan bagi menyampaikan maklumat kepada murid-murid secara visual di samping memudahkan guru-
guru menjalankan aktiviti pembelajaran interaktif dan menarik dengan lebih mudah dan efisyen. Pihak sekolah
menganggap permohonan smart TV ini sebagai salah satu usaha pihak sekolah bagi memastikan
penggunaan ICT seiring dengan keadaan semasa selain dapat membantu guru dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.

2.0 MATLAMAT
 Membudayakan penggunaan ICT ke arah matlamat pembelajaran abad ke- 21 di SK Kuala Slim.
 Menarik minat dan memudahkan murid-murid untuk mendapatkan maklumat terkini secara audio
visual.

3.0 RASIONAL
Rasional penggunaan smart tv adalah seperti berikut :
 Penggantian penggunaan projektor LCD sedia ada
 Televisyen pintar (smart TV) akan menggantikan penggunaan projektor LCD yang
kebanyakannya sudah rosak.
 Disebabkan kekurangan projektor LCD, maka dengan adanya smart tv ini dapat
menampung kekurangan yang sedia ada.
 Penyediaan projector LCD yang memakan masa dan juga sering menimbulkan masalah.
 Televisyen pintar (smart TV) sangat sesuai untuk melayari youtube, google classroom dan
lain-lain sumber pengajaran dan pembelajaran.
 Penggunaan Pemacu Kilat USB (Pendrive USB)
 Penggunaan pendrive USB yang mudah di mana hanya perlu dicucuk pada smart TV dan
guru boleh terus mengajar.
 Tidak perlu membawa laptop kerana guru hanya perlu simpan maklumat untuk proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam pendrive USB sahaja.
 Selain itu , penggunaan telefon pintar (smart phone) atau tablet boleh disambung terus ke
smart TV.

4.0 SASARAN
 Murid-murid SK Kuala Slim (Prasekolah, Tahun 1 hingga 6)

5.0 OBJEKTIF
 Penggunaan ICT dalam sesi PdPc banyak memberi kesan yang baik kepada murid dan juga
guru. Ia membantu warga pendidik menjalankan sesi PdPC dengan lebih cekap, praktikal dan
mampu menarik minat murid, sekaligus memaksimumkan keberkesanan hasil pembelajaran.
 Penggunaan gajet dan teknologi ICT kini dilihat sangat relevan dalam proses PdPC. Kita perlu
sedar bahawa anak-anak pada zaman ini tidak sama dengan zaman dahulu. Anak-anak yang
lahir dalam era digital kini (native digital) lebih terdedah dengan kepesatan dan kepantasan
teknologi maklumat.
 Mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran (PdPC) guru, agar PdPC lebih menarik,
berkesan dan menyeronokkan selain dapat menarik minat untuk terus berasa teruja dalam
mencari ilmu.
 Meningkatkan penggabungjalinan matapelajaran dalam PdPC. Ini akan memberikan impak yang
lebih memberangsangkan dalam penerimaan pembelajaran.
 Meningkatkan penglibatan murid dalam setiap aktiviti PdPC yang dirancang oleh guru
terutamanya melalui pembelajaran interaktif,
6.0 ANGGARAN KOS PEMBELIAN DAN PEMASANGAN

BIL PERALATAN BIL UNIT ANGGARAN ANGGARAN


SEUNIT KOS
1. Smart TV 55’inci 4K UHD AU7000 4 RM 2,500 RM 10,000

2. Kos pemasangan 4 RM 500 RM 2,000

JUMLAH RM 12,000

7.0 SUMBER KEWANGAN


Sumber kewangan adalah daripada hasil sumbangan organisasi tertentu, syarikat-syarikat korporat dan
individu.

8.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar impian untuk mendapatkan smart TV ini diluluskan.
Dengan adanya penggunaan smart TV , guru dapat mempelbagaikan proses PdPC dan bukan hanya
tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja. Kemahiran menggunakan aplikasi ICT membolehkan guru dan
murid mendapatkan maklumat dan pengetahuan terkini dengan lebih cepat serta efisien bagi digunakan
dalam aktiviti pembelajaran.
Dengan pesatnya pertumbuhan aplikasi dan web tools bermain dan belajar (play and learning),
tumpuan dan perhatian murid dalam pembelajaran akan menjadi semakin baik. Murid lebih bermotivasi dan
bersemangat. Trend ini akan mewujudkan lebih banyak pembangun aplikasi gamifikasi pembelajaran dalam
mahupun luar talian untuk disuaipadankan dengan platform pembelajaran sedia ada. Melalui kaedah ini,
kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih baik dan berkesan selain memberi impak yang lebih
bermakna.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

...………………………………… …………………………………
HANIS ZHAFIRAH BT ABDUL JAAFAR MOHAMED NAHAR BIN KAHAR
Guru Data Guru Besar
SK Kuala Slim SK Kuala Slim

You might also like