You are on page 1of 2

Rujukan Kami : SMKAM100-7/1/7( )

Tarikh : 22 Jun 2021

Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Perdana,


Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana,
Jalan Kepuk 19/2, Seksyen 19,
40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
(U.P : CIK LAILA BINTI OMAR)

Tuan,

PERMOHONAN PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Seperti yang telah kita sedia maklum, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara dari 12 Mei 2021 sehingga 28 Jun.
Sehubungan dengan itu, dukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
SMK XXXX Kali Ke-XX yang dijadualkan pada 22 Mei 2021(Sabtu) yang lalu adalah
DITANGGUHKAN.

2. Penangguhan tersebut dilaksanakan dengan merujuk kepada surat daripada


Kementerian Pendidikan Malaysia dengan nombor rujukan KPM. 100-1/3/1 JLD. 4 (67)
yang bertarikh 27 Januari 2021. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG tidak dibenarkan
dijalankan secara bersemuka mahupun secara dalam talian bagi sekolah di lokasi Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) seperti
yang dimaklumkan melalui surat KPM yang dinyatakan di atas.

3. Sehubungan dengan itu juga, pihak sekolah ingin memohon kebenaran untuk
melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK XXXX kali ke-XX mengikut
ketetapan yang berikut :

Tarikh : 28 Ogos 2021


Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Lokasi masing-masing (Secara dalam talian)

4. Semoga pihak Tuan dapat meluluskan permohonan ini. Sebarang kesulitan berhubung
perkara ini adalah amat dikesali. Perhatian dan pertimbangan daripada pihak Tuan berhubung
perkara ini turut kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sentiasalah
kita mematuhi SOP yang ditetapkan bagi membendung penularan wabak Covid 19 ini.  

Sekian, terima kasih.

PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………
(NORDIN BIN AHMAD KADRI)
Pengetua,
SMK XXXX.

You might also like