You are on page 1of 2

Ruj.

Tuan:
Ruj.Kami: JPK.SPPK.UKK 600-3/6/3 (73)
Tarikh : 27 Jun 2021

Pengetua, Guru Besar


Semua Sekolah Dalam Negeri Kedah.

Tuan,

HEBAHAN PROGRAM PERTANDINGAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH DAN


MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas dan surat dari Kementerian
Pendidikan Malaysia, Bahagian Sukan, Kokurikulum Dan Kesenian, Rujukan KPM.600-17/1/39
Jld.4 ( 71 ) bertarikh 25 Jun 2021 adalah berkaitan.

2. Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah mengambil maklum


berkenaan perkara di atas. Sehubungan dengan itu mohon kerjasama tuan untuk
menghebahkan kepada warga sekolah.

3. Untuk makluman pihak tuan, program Pertandingan Seni Visual Sekolah Rendah Dan
Menengah Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 ini akan diadakan pada pada 25 Jun hingga
25 Ogos 2021. Di bawah ini disertakan maklumat yang perlu diambil tindakan oleh pihak tuan
:
3.1 Tarikh Tutup Hantar Penyertaan Peringkat Negeri : 15 Ogos 2021
3.2 Tarikh Tutup Hantar Penyertaan Kebangsaan : 25 Ogos 2021
3.3 Apresiasi dan Pameran Seni Visual KPM : 6 – 29 September 2021

4. Oleh yang demikian diminta pihak tuan untuk mengambil tindakan dan persediaan yang
sewajarnya. ( Segala keterangan lanjut berkenaan pertandingan boleh rujuk lampiran kertas
konsep dan maklumat pertandingan yang disertakan). Bersama ini disertakan terma dan
syarat boleh dilayari di pautan: https://tinyurl.com/DokumenSV

Atau
SCAN QR CODE

…2/-
-2-

HEBAHAN PROGRAM PERTANDINGAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH DAN


MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021

JPK.SPPK.UKK 600-3/6/3 (73) 27 Jun 2021

5. Bagi membantu usaha kerajaan menangani penularan Covid-19 di Malaysia, semua


peserta dan guru terlibat diminta untuk mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang
telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pegawai berurusan di Jabatan
Pendidikan Negeri Kedah, Encik Khairulfahmi Bin Jumri, Penolong Pengarah Pembangunan
Bakat Murid, boleh dihubungi di talian 04-7745172 / 018 -2192355.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

( HAJI AHMAD SHUKRI BIN SHAFIE)


Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembangunan Murid)
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
b.p: Pengarah Pendidikan Kedah,

s.k – 1.Pengarah Pendidikan Negeri Kedah


2.Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Kedah

kfj/kesenianpbmkpmSV/locald

You might also like