You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah


Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium
05604 Alor Setar
Tel : 04-740 4000
Kedah Darul Aman Faks : 04-740 4342
Laman Web : www.moe.gov.my

Ruj Kami : JPK SPA.600-2/1/50(73)


Tarikh : 28 Mac 2021
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Pengetua dan Guru Besar


Sekolah-Sekolah Negeri Kedah

Tuan/Puan

PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH


MALAYSIA (SEGAK) DAN PENGISIAN DATA SEGAK KE DALAM APLIKASI SISTEM PAJSK-SEGAK BAGI
TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk dan surat Kementerian Pendidikan
KPM.600-3/2/45JLD2(15) bertarikh 26 Mac 2021 adalah berkaitan.

2. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah ingin memaklumkan Ujian SEGAK bagi bulan Mac dibatalkan
dan hanya dilaksanakan sekali sahaja bermula 1 Ogos 2021 bagi murid berumur 10 hingga 17 tahun seperti
ketetapan butiran berikut:

Tempoh Kunci Masuk Keputusan


Tarikh Pelaksanaan SEGAK, Muat Turun Slip Tindakan
Keputusan dan Pengesahan data
SEGAK 2021
1 Ogos 2021 1 Ogos 2021 Penolong Kanan Pentadbiran
hingga hingga Panitia Pendidikan Jasmani/
31 Oktober 2021 31 Disember 2021 Guru Pendidikan Jasmani/

3. Pihak JPN ingin mengingatkan pihak sekolah supaya memastikan ujian SEGAK dilaksanakan dengan
mematuhi Garis Panduan Pelaksanaan SEGAK (perkara 11.0) yang terdapat dalam Garis Panduan Pengurusan
dan Pengoperasian Sekolah dalam Normal Baharu 2.0 serta video Pelaksanaan SEGAK dalam normal baharu
yang boleh dilayari melalui pautan YouTube Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
https://youtu.be/V3SKk9stuDM.

4. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Puan Haslinda Binti Mohamed Yusof Penolong Pengarah
Sains Sosial Sektor Pembelajaran ditalian 04-7745744/011-13276550.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(SITI AMINAH BINTI IBRAHIM)


Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
b.p Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman
s.k : 1. Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman
HASLINDA/SEGAK/mydoc

You might also like