You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA MUDA/YAN


JALAN BADLISHAH
TELEFON: 04-4212370
08000 SUNGAI PETANI FAX: 04-4235645
KEDAH DARUL AMAN http://ppdkmy.moe.gov.my
y

Ruj. Kami : PPD/KMY/800-5/3 ( 52 )


Tarikh : 09 Jun 2021
Guru Besar
sekolah-sekolah Daerah Kuala Muda / Yan

Tuan,

PERNYALURAN BANTUAN AM PERSEKOLAHAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)


MURID TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 DI DAERAH KUALA MUDA/YAN BAGI TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya perkara di atas dan surat dari Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan
Malaysia: KPM.800-4/4/28 Jld. 10 (29) bertarikh 31 Mei 2021 adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan penyaluran


Bantuan Am Persekolahan (BAmP), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) untuk murid Tahun 1
hingga Tahun 6 mulai 25 Mei 2021. Bagi tujuan tersebut sebanyak RM1,236,200.00 telah diperuntukkan
kepada penerima KWAPM di Daerah Kuala Muda/Yan sebanyak RM100.00 seorang.

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan mengagihkan kepada murid yang layak dengan
SEGERA seperti diarahkan serta mematuhi Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bilangan 1 Tahun 2019 - Bantuan
Kumpulan Wang Amanah Pelajar MIskin (KWAPM) yang sedang berkuatkuasa. Pihak sekolah dilarang
mengadakan majlis penyampaian agigan bantuan kepada murid.

4. Sebarang lebihan bayaran bagi murid yang tersenarai tetapi tidak bersekolah hendaklah dikembalikan
ke Bahagian Kewangan melalui cek atas nama KETUA AKAUNTAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
sebelum 31 Oktober 2021. (untuk maklumat lanjut sila rujuk surat dari Bahagian Kewangan, KPM yang
disertakan bersama). Bersama-sama ini juga disertakan senarai nama penerima yang layak untuk tindakan
tuan.

5. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Syaifulyazam bin Abd Jalil, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
PPP Hal Ehwal Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan di talian 019-4742671.

6. Kerjasama dan perhatian pihak tuan amatlah dihargai.


Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(MUKHTAR BIN MANSOR B.C.K., P.K)


Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan

s.k : Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pembangunan Murid


Penolong PPD, PPP Hal Ehwal Murid

You might also like