You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA MUDA/YAN


JALAN BADLISHAH
08000 SUNGAI PETANI TELEFON: 04-4212370
FAX: 04-4235645
KEDAH DARUL AMAN LAMAN WEB : www.moe.gov.my

Ruj. Kami : PPDKMY. 500-4/6 ( )


Tarikh : 25 Januari 2023

Semua Pengetua / Guru Besar,


Sekolah Menengah Dan Sekolah Rendah Daerah Kuala Muda/Yan.

Tuan,

PELAKSANAAN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2023

Dengan hormatnya surat daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) KPM.500-6/5/2
JLD.4 (48) bertarikh 13 Januari 2023 adalah dirujuk .

2. Sebagaimana dinyatakan di dalam surat daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia


(BPSM) , pelaksanaan PBPPP bagi tahun 2023 akan bermula mulai 01 Januari 2023 sehingga 31
Disember 2023. Sehubungan itu , tuan/puan diminta mengambil tindakan dan memaklumkan
kandungan surat ini kepada semua guru dibawah seliaan pihak tuan/puan yang terlibat dalam
pelaksanaan PBPPP.

3. Bersama-sama surat ini disertakan surat daripada BPSM beserta Takwim Pelaksanaan PBPPP
tahun 2023 untuk rujukan pihak tuan/puan. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini boleh
diajukan kepada Encik Noor Azam bin Asmaran, Penolong PPD, PPP Menengah dan Tingkatan
Enam di talian 04-4212370.

4. Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan mengucapkan ribuan terima kasih atas
kerjasama tuan/puan bagi memastikan pelaksanaan PBPPP ini berjalan dengan lancar dan teratur.

Sekian , terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

( MUKHTAR BIN MANSOR B.C.K , P.K )


Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan

s.k 1. Fail

You might also like