You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA MUDA/YAN


JALAN BADLISHAH
TELEFON: 04-4212370
08000 SUNGAI PETANI FAX: 04-4235645
KEDAH DARUL AMAN http://ppdkmy.moe.gov.my
y
Ruj. Kami : PPDKMY.800-15/15 ( 33 )
Tarikh : 21 Januari 2020

Pengetua/Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Muda/Yan
(Lampiran)

Tuan ,

MAKLUMAN KEJOHANAN SOFBOL MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH KUALA


MUDA/YAN TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa kejohanan tersebut akan diadakan mengikut ketetapan


berikut :-

Tarikh : 3 Februari 2020 hingga 5 Januari 2020 ( Isnin hingga Rabu)


Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa
Yuran : RM 160.00 (Satu Pasukan)

3. Sehubungan dengan itu, disertakan maklumat kejohanan untuk tindakan pihak tuan.
Mohon pihak sekolah menguruskan surat kebenaran waris dan pengangkutan murid ke tempat
kejohanan.

4. Sekiranya ada pertanyaan, sila hubungi Encik Shahrul Amri bin Salleh, Penolong PPD
Pembangunan Bakat Murid (Sukan) di talian 017-4321073 atau Encik Suhaimi bin Ibrahim,
Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Sofbol Daerah di talian 0195660415.

Kerjasama pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“KEDAH AMAN MAKMUR – HARAPAN BERSAMA MAKMURKAN KEDAH”

Saya yang menjalankan amanah,

( OMMI KALSOM BINTI HAJI IBRAHIM )


Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan
s.k. 1. Fail timbul
2. PTPS Sofbol MSSD KMY- Encik Suhaimi Bin Ibrahim- SM Sains Sultan Mohamad Jiwa
3. Pengetua SM Sains Sultan Mohamad Jiwa
LAMPIRAN

SENARAI SEKOLAH TERLIBAT

SEKOLAH RENDAH

1. SK Pantai Prai
2. SK Sidan Kiri
3. SK Kampung Pasir
4. SK Pinang Tunggal

SEKOLAH MENENGAH

1. SMS Sultan Mohamad Jiwa


2. SMK Sungai Layar
3. SMK Sungai Pasir
4. SMK Pinang Tunggal
5. SMK Bakar Arang
6. SMK Merbok
7. SMK Kota Kuala Muda
8. SMK Bukit Selambau
9. SMK Bandar Sungai Petani
10. SMK St Theresa
11. SMJK Sin Min

You might also like