You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan


Jalan Badlishah 08000 Sungai Petani Telefon : 04-4212370
Kedah Darul Aman Fax : 04-4235645
Laman Web : www.moe.gov.my

Rujukan kami : PPDKMY.600-8/3/2(3)


Tarikh : 26 Januari 2023
Guru Besar
Sekolah-sekolah Rendah
Daerah Kuala Muda Yan

Tuan,

BENGKEL PENYELARAS ‘HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME’ DAERAH KUALA MUDA YAN

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan satu bengkel bersama Penyelaras Highly Immersive Programme’ akan
diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 30 Januari 2023 (Isnin)


Tempat : Secara atas talian
Masa : 2.30 petang – 3.30 petang
Pautan GM : https://meet.google.com/hxn-vqhj-ofx

3. Sehubungan itu, sudilah kiranya Tuan membenarkan Penyelaras ‘Highly Immersive


Programme’ sekolah Tuan untuk hadir seperti ketetapan di atas. Untuk keberkesanan bengkel,
dimohon kerjasama semua Penyelaras untuk memastikan kamera dan mikrofon peranti berfungsi
dengan baik. Sesi akan diadakan secara interaksi dua hala dan mohon kamera sentiasa dibuka semasa
sesi berlangsung.

4. Pegawai yang bertanggungjawab Puan Leila Binti Nasser (SISC+ Bahasa) sedia dihubungi
di talian 0187852012.

5. Kerjasama pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(MUKHTAR BIN MANSOR B.C.K., P.K.)


Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan

s.k. : Tuan Timbalan PPD Pembelajaran PPDKMY


Fail timbul

You might also like