You are on page 1of 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tel : 03 6204 6000

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Fax : 03 6204 6801


Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin Portal : jpwpkl.moe.gov.my
50604 Kuala Lumpur

Ruj. Kami : JPNWP.100-1/9/4/1 Jld.1(70)


Tarikh : 03 Ogos 2021

Pengetua
Sekolah Menengah
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tuan,

PERLAKSANAAN PROGRAM WE THINK DIGITAL: STUDENT COMPETITION 2021

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat dari Bahagian Sumber
dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia, nombor
rujukan: KPM.600-12/1/1 JLD 13 (24) bertarikh 29 Julai 2021 adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan


(BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan kerjasama
bersama-sama Yayasan Teach For Malaysia (YTFM) dan Facebook (FB) bagi
Program We Think Digital (WTD): Student Competition 2021. Penganjuran
program WTD yang telah dilaksanakan sejak tahun 2020 menggunakan format
pembelajaran daripada pelatih melalui bengkel fizikal dan dalam talian.

3. Sehubungan dengan itu, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP)


Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) memohon jasa
baik dan kerjasama pihak tuan agar dapat memanjangkan makluman berkaitan
program ini kepada guru dan murid di sekolah tuan. Maklumat lanjut mengenai
Program WTD: Student Competition 2021 boleh diakses melalui DELIMa KPM di
bahagian aktiviti murid dan guru. Maklumat lanjut dan pendaftaran penyertaan boleh
dibuat secara dalam talian melalui pautan https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/fb-
wethinkdigital/events.

4. Satu sesi pelancaran dan taklimat mengenai program ini akan diadakan mengikut
ketetapan berikut:

Tarikh : 5 Ogos 2021


Masa : 2.30 petang
Aplikasi : Zoom
Pautan : https://us02web.zoom.us/j/85270602388
Meeting ID : 852 7060 2388

_______________________________________________________________________________________
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan
Educational Resources and Technology Division
Persiaran Bukit Kiara Tel: 603-20817777
50604 KUALA LUMPUR Faks: 603-20817788
MALAYSIA Laman Web: https://www.moe.gov.my/

Ruj. Kami : KPM.600-12/1/1 JLD 13 ( 24 )


Tarikh : 29 Julai 2021

Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri

u.p:
Ketua Penolong Pengarah
Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan

Tuan,

PERLAKSANAAN PROGRAM WE THINK DIGITAL: STUDENT COMPETITION 2021

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian


Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan kerjasama bersama Yayasan Teach For Malaysia
(YTFM) dan Facebook (FB) bagi Program We Think Digital (WTD): Student Competition 2021.
Penganjuran program WTD yang telah dilaksanakan sejak tahun 2020 menggunakan format
pembelajaran daripada pelatih melalui bengkel fizikal dan dalam talian.

3. Program WTD merupakan program pembinaan kemahiran asas digital dan kemahiran
kewarganegaraan digital bagi murid sekolah menengah seluruh Malaysia. Program kerjasama ini
adalah satu inisiatif pengajaran dan pembelajaran digital bagi melengkapkan pelajar dengan
pengetahuan dan kemahiran kaedah penggunaan internet yang betul.

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik dan kerjasama pihak Tuan agar
dapat memanjangkan makluman berkaitan program ini kepada semua Sekolah Menengah di bawah
tadbir urus pihak Tuan. Maklumat lanjut mengenai Program We Think Digital (WTD): Student
Competition 2021 boleh diakses melalui DELIMa KPM di bahagian aktiviti murid dan guru. Maklumat
lanjut dan pendaftaran penyertaan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan
https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/fb-wethinkdigital/events.
5. Bagi memantapkan lagi pelaksanaan Program WTD 2021 ini, satu sesi pelancaran dan
taklimat mengenai program ini akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 5 Ogos 2021


Masa : 2.30 petang
Aplikasi : Zoom
Pautan : https://us02web.zoom.us/j/85270602388
Meeting ID : 852 7060 2388

... 2/-
“Peneraju Generasi Digital”
KPM.600-12/1/1 JLD 13 ( 24 )

6. Sekiranya pihak tuan mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program ini, mohon
hubungi urus setia, Puan Nurul A’syiqin Binti Haris di talian 03-20818172 atau 016-4411502 dari
BSTP, KPM. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“PRHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”


“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang yang menjalankan amanah,

(MAZNAH BINTI ABU BAKAR A.N.S, P.M.C)


Pengarah
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

ASY/WTD2021

You might also like