You are on page 1of 8

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sektor Pembangunan Murid


Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu
Tel. : 088-233202/ 231617
Blok C & D, Tingkat 5, Bangunan KWSP Faks : 088-239450/ 246157
Beg Berkunci 2031,88000 Kota Kinabalu, Portal Rasmi : www.ppdkk.edu.my
E-mel : pentadbiran@ppdkk.edu.my
SABAH.

Rujukan : PPDKK.SPM.600-6/1/1( )
Tarikh : MAC 2022

SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR


DAERAH KOTA KINABALU.

Tuan,

HEBAHAN PEMULANGAN DAN AGIHAN BUKU TEKS BAGI MURID YANG BERPINDAH
SEKOLAH.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat daripada Sektor Pembangunan
Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Ruj. JPNSBH.SPM.600-6/1 JLD2 ( ) bertarikh 29 Mac
2022 dan surat Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj. KPM.600-6/1/2 Jld.2 (94) bertarikh 24 Mac
2022 adalah berkaitan.

2. Bersama-sama surat ini disertakan surat-surat tersebut di atas yang menerangkan


maksudnya sendiri. Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu
memohon kerjasama pihak tuan untuk memanjangkan surat-surat tersebut kepada guru penyelaras
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di sekolah tuan.

3. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara tersebut di atas pihak tuan boleh menghubungi
pegawai Unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Sektor Pembangunan Murid, Pejabat
Pendidikan Daerah Kota Kinabalu iaitu Encik Mohd Aizan Ermando di talian 088-240245.

4. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

BUNSU BIN GAGA


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu

You might also like