You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Betong


Jalan Yong Shau Nen
95700 Betong, Sarawak Tel : 083-472152
Faks : 083-472172
Emel : ppdbetong@moe.gov.my

Ruj kami : JPS(W)/PPDBet(ICT)/153/07/05/15(21)


Tarikh : 29 September 2022
Pengarah / Pengetua / Guru Besar
KV / SM / SK
Daerah Betong

Tuan,

KUTIPAN DATA NISBAH MURID : BUKU DAN KOLEKSI BUKU PUSAT SUMBER
SEKOLAH SEPERTI PADA 30 OKTOBER 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan


Negeri Sarawak sedang dalam proses mengemaskini data nisbah murid : buku dan koleksi
Buku Pusat Sumber Sekolah seperti pada 30 Oktober 2022.

3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan dimohon untuk memaklumkan Guru Perpustakaan dan
Media (GPM) untuk mengemaskini data seperti yang ditetapkan. Bersama-sama ini disertakan
pautan bahan kutipan data untuk rujukan GPM melalui pautan: https://m5.gs/NXRlUW

4. Data yang telah lengkap diisi hendaklah dipindah masuk ke pautan:


https://forms.gle/Gki6QDT3fkp9TDes7 pada atau sebelum 30 November 2022.

3. Pegawai yang dipertanggungjawabkan dalam perkara ini ialah Encik Lim Hua Lip
(083-472757), Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan,
Pejabat Pendidikan Daerah Betong.

Kerjasama pihak tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

" WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030 "

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

Saya yang menjalankan amanah,

( NUR LIANA LIM ABDULLAH )


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembelajaran
b.p Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Betong

LHL/lhl

Segulai Sejalai Moving Foward


S : Sepasukan I : Integriti N : Nilai Murni A : Akauntabiliti R : Raikan Bersama
https://forms.gle/Gki6QDT3fkp9TDes7

You might also like