You are on page 1of 13

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Telefon : 07-231 0000


Jabatan Pendidikan Negeri Johor Pengarah : 07-231 0198
Jalan Tun Abdul Razak Timbalan : 07-231 0191
80604 Johor Bahru Faks : 07-234 7132
Laman Web : http://jpn.moe.gov.my/jpnjohor
Johor Darul Ta’zim e-mel : jpn.johor@moe.gov.my
Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid Telefon : 07-2311480/481 Faks : 07-2380742

Ruj. Kami : JPNJ.PBM.600-3/5/16 Jld.3 (35)


Tarikh : Jun 2022

Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Johor

Melalui dan Salinan;

Semua Pegawai Pendidikan Daerah


Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Johor

Tuan,

HEBAHAN PERTANDINGAN MELUKIS POSTER SAINS SEMPENA MINGGU SAINS


NEGARA TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dan surat daripada Bahagian Sukan,
Kokurikulum dan Kesenian, KPM bernombor rujukan : KPM.600-12/1/1 Jld.19 (59)
bertarikh 10 Jun 2022 adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Agensi Nuklear Malaysia, Kementerian


Sains, Teknologi dan Inovasi ( MOSTI ) akan menganjurkan Pertandingan Melukis
Poster Sains Sempena Program Minggu Sains Negara Tahun 2022. Maklumat
ringkas program adalah seperti berikut :

Penglibatan Murid sekolah rendah ( Tahun 1 hingga 6 )

Tarikh Program 01 Jun hingga 30 Julai 2022

Kegunaan Aman Nuklear


Tema
Saiz lukisan berukuran 37.5 cm x 27cm (drawing block)

Yuran
Percuma
Penyertaan
Pautan borang
penyertaan dan
https://cutt.ly/poster2022
syarat
pertandingan

Puan Norzehan binti Ngadiron ( 019 -3985 464 )


Urus setia
Emel : norzehan@nuclearmalaysia.gov.my
penganjur

Maklumat lanjut program adalah seperti pada surat daripada pihak penganjur yang
dilampirkan bersama-sama surat ini.
Ruj. Kami : JPNJ.PBM.600-3/5/16 Jld.3 (35)

HEBAHAN PERTANDINGAN MELUKIS POSTER SAINS SEMPENA MINGGU SAINS


NEGARA TAHUN 2022

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk memanjangkan surat
hebahan kepada warga sekolah yang berminat untuk menyertainya. Kerjasama dari pihak
tuan amat disanjung tinggi dan mampu meningkatkan kecemerlangan kokurikulum negeri
Johor.

4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi urus setia program atau
Encik Musa bin Atan, Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, JPNJ di talian
019-7906040.

Kerjasama tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( HAJI OMAR BIN SALLEH )


Timbalan Pengarah
Sektor Pembangunan Murid
b.p. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

s.k. 1. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor

2. Pn Habibah binti Adnan


Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat
Agensi Nuklear Malaysia , MOSTI

You might also like