You are on page 1of 8

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Telefon : 07-231 0000


Jabatan Pendidikan Negeri Johor Pengarah : 07-231 0198
Jalan Tun Abdul Razak Timbalan : 07-231 0191
80604 Johor Bahru Faks : 07-234 7132
Laman Web : http://jpn.moe.gov.my/jpnjohor
Johor Darul Ta’zim e-mel : jpn.johor@moe.gov.my
Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid Telefon : 07-2311480/481 Faks : 07-2380742

Ruj. Kami : JPNJ.600-5/1/5 ( )


Tarikh : 10 Julai 2023

Pengetua dan Guru Besar


Sekolah-Sekolah Menengah dan Rendah Negeri Johor

Tuan,

HEBAHAN PERTANDINGAN MENCIPTA POSTER INFOGRAFIK “SELAMATKAN


ALAM KITA” PERINGKAT KEBANGSAAN

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dan surat bertarikh 2 Julai 2023 adalah
berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak JAZRO Robotic Academy akan


menganjurkan Pertandingan Mencipta Poster Infografik “Selamatkan Alam Kita”
Peringkat Kebangsaan secara dalam talian yang memberi peluang serta pendedahan
kepada murid di sekolah rendah dan di sekolah menengah tentang perkembangan
teknologi selaras dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0. Berikut merupakan
maklumat ringkas tentang program tersebut:

• Murid Sekolah Rendah Tahap 1 ( Darjah 1 hingga 3 )


• Murid Sekolah Rendah Tahap 2 ( Darjah 4 hingga 6 )
Kategori
• Murid Sekolah Menengah Rendah ( Tingkatan 1 hingga 3 )
• Murid Sekolah Menengah Atas ( Tingkatan 4 hingga 5 )
Tarikh
16 hingga 23 Julai 2023
pertandingan
Pautan
https://sites.google.com/view/jazropajsk/2023/jul2023
maklumat

Pautan
http://ezy.la/PTJULAI atau https://forms.gle/sDePKrLZ5D2p1NVz5
pendaftaran

Pautan
penghantaran https://forms.gle/X3jyySH2kGge866M8
projek
Urus setia
Cik Aimi Nadhirah di talian 011-1494 7959
program

Maklumat lanjut boleh dirujuk pada surat yang disertakan.

..2/-
JPNJ.600-5/1/5 ( )

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk memanjangkan surat
jemputan kepada warga sekolah yang berminat. Kerjasama dari pihak tuan amat
disanjung tinggi dan mampu meningkatkan kecemerlangan kokurikulum negeri Johor.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi urus setia program atau Encik
Mohd Faizal bin Sabtu, Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, JPNJ di talian
013-7913318.

Kerjasama tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( MUSA BIN ATAN )


Sektor Pembangunan Murid
b.p. Pengarah Pendidikan Negeri Johor
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

s.k. 1. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor


2. Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Johor
3. Ir. Dzulfarqeish bin Zainuddin
Ketua Pengurus JAZRO
JAZRO Robotic Academy

-2-
JAZRO Robotic Academy,
Lot 36, Bandar Seri Kerteh,
24300, Kemaman,
Terengganu.

PENGARAH,
Jabatan Pendidikan Negeri Johor,
Jalan Tun Abdul Razak,
80604 Johor Bahru,
Johor. 2 Julai 2023

Tuan/Puan,

PERMOHONAN UNTUK MENGANJURKAN DAN MEMBUAT HEBAHAN PERTANDINGAN


MENCIPTA POSTER INFOGRAFIK “SELAMATKAN ALAM KITA” BAGI PERINGKAT
KEBANGSAAN UNTUK PELAJAR SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. JAZRO Robotic Academy merupakan salah satu pusat pendidikan STEM yang berdaftar secara
rasmi sebagai Digital Maker Hub MDEC yang menjalankan program STEM secara aktif di Malaysia.
Dalam usaha memperkasakan pendedahan ilmiah tentang teknologi berkaitan dengan Industri 4.0, kami
juga mengadakan program yang dibuka untuk penyertaan murid-murid di seluruh negara secara dalam
talian iaitu “PERTANDINGAN MENCIPTA POSTER INFOGRAFIK SELAMATKAN ALAM KITA”.

3. Program ini dibuka kepada murid sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia dan pihak
JAZRO berbesar hati ingin memaklumkan bahawa yuran penyertaan program adalah PERCUMA untuk
menggalakkan penyertaan para murid dalam bidang Industri 4.0. Pertandingan ini akan diadakan pada
16 – 23 Julai 2023 seperti berikut:

 Link pendaftaran: http://ezy.la/PTJULAI atau https://forms.gle/sDePKrLZ5D2p1NVz5


 Link penghantaran projek: https://forms.gle/X3jyySH2kGge866M8
 Jenis penyertaan: Individu
 Tarikh program:
Peristiwa penting Tarikh
Pendaftaran dibuka 16 Julai 2023 (Ahad)
Tarikh akhir untuk menghantar
23 Julai 2023 (Ahad)
projek
Pengumuman pemenang 30 Julai 2023 (Ahad)

Ringkasan: Peserta perlu memaparkan maklumat berkaitan alam sekitar dengan menggunakan
infografik yang menarik menggunakan perisian Ms Powerpoint.
Maklumat lanjut pertandingan: https://sites.google.com/view/jazropajsk/2023/jul2023

Jazro Group of Companies


T: +6018-5778242 W: www.jazro.com.my
JAZRO Robotic Academy,
Lot 36, Bandar Seri Kerteh,
24300, Kemaman,
Terengganu.

4. Bersama-sama dengan surat ini adalah lampiran kertas kerja untuk rujukan pihak tuan/puan.
Kami juga mengalu-alukan jemputan pihak tuan/puan sekiranya memerlukan kami untuk mengadakan
pembentangan lanjut berkenaan dengan program ini.

5. Kami berharap dengan kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/puan, akan dapat
memberikan nilai tambah kepada warga pendidikan di Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan dan
maklumat lanjut, sila hubungi Cik Aimi Nadhirah di talian 011-1494 7959/
jazrooperation@gmail.com.

Sekian, Terima kasih.

“DEVELOP DIGITAL TALENTS”

Yang Benar,

………………………………….......
(Ir. Dzulfarqeish Bin Zainuddin)
Ketua Pengurus JAZRO

Jazro Group of Companies


T: +6018-5778242 W: www.jazro.com.my

You might also like