You are on page 1of 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Ministry of Education Malaysia


BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN
Sports, Co-curricular And Arts Division
 
Aras 1, 2 & 7, Blok E13, Kompleks E Telefon : +0603 88841002/88841333
Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia Faks : +0603 88841034/88886790
62604 PUTRAJAYA
MALAYSIA Website : http://www.moe.gov.my
____________________________________________________________________________________________

BS.KP.300-18/001 JLD 274(77)


01 Jul 2022
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK, JALAN GHAZALI JAWI, 31400 IPOH, PERAK
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK, JALAN GHAZALI JAWI, 31400 IPOH, PERAK IPOH
31400 PERAK

Tuan,  

PELEPASAN ATLET MURID MENYERTAI KEJOHANAN MENEMBAK 10 METER UPNM 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, Bahagian ini menyokong dan memanjangkan permohonan tersebut kepada
pengetua/guru besar untuk kelulusan. Atlet murid yang terlibat adalah seperti di Lampiran dan pelepasan yang
dipohon adalah seperti berikut :

Nama Program : KEJOHANAN MENEMBAK 10 METER UPNM 2022


Tempat : SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR
Tarikh : 28 Jun 2022 - 04 Jul 2022 (7 hari)
Penganjur : MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK

3. Penganjur hendakah memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan atlet murid adalah di bawah
tanggungjawab penganjur, seperti yang terkandung di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2018, Bil.8/2009 dan
Bil.7/1988 di antaranya ialah:

3.1 Penganjur hendaklah berurusan dengan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah
berkenaan sebelum menjalankan aktiviti;
3.2 Mendapat kelulusan daripada Pengetua/Guru Besar Sekolah yang terlibat bagi kebenaran pelepasan
sekolah;
3.3 Penyertaan guru dan murid tidak mengganggu atau menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran
mereka;
3.4 Penganjur bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan murid yang terlibat dalam pertandingan
ini;
3.5 Penyertaan murid hendaklah secara sukarela dan mendapat kebenaran bertulis daripada ibubapa atau
penjaga;
3.6 Guru pengiring hendaklah dilantik oleh pihak sekolah untuk mengiringi murid dalam latihan pusat dan
pertandingan berkenaan;
3.7 Pihak penganjur hendaklah bertanggungjawab menanggung semua kos penganjuran program atau aktiviti
yang dianjurkan termasuk pengangkutan, makan dan minum;
3.8 Tiada implikasi kewangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat
Pendidikan Daerah dan sekolah yang terlibat;
3.9 KPM mempunyai dasar untuk tidak membenarkan mana-mana pihak membekal, menjual, atau memberi
secara percuma sebarang jenis ubat, minuman, makanan kesihatan, makanan tambahan, mengadakan
pemeriksaan kesihatan dan mempromosi barangan dagangan atau jualan terus kepada murid-murid
sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan
4 . Surat kebenaran ini hanya untuk program seperti butiran yang dinyatakan di atas sahaja. Sebarang kebenaran
penganjuran lanjutan atau program baharu hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Sukan.  

5. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara tersebut, pihak tuan boleh berhubung dengan Encik Mohd Zaki Bin
Ghazali di talian 03-88841010 atau emel mzaki.ghazali@moe.gov.my.

Sekian, terima kasih.

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

t.t

(ITHNIN BIN MAHADI)


b.p Pengarah
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia.

s.k
1. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHOONG HUA
2. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELAPANG JAYA

Ini adalah cetakan komputer dan tidak memerlukan tandatangan.


LAMPIRAN

SENARAI PELEPASAN ATLET MURID MENYERTAI KEJOHANAN MENEMBAK 10 METER UPNM 2022 

1. WONG DE WEI (040411080559)


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHOONG HUA
JALAN PASAR BIDOR
35500 PERAK

2. NIADZ MAHFUZ BIN HAFIDZ AZALI (070121011173)


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELAPANG JAYA
JLN JELAPANG IPOH
30020 PERAK

You might also like