You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SETAPAK

JALAN CHAN CHIN MOOI, OFF JALAN PAHANG


53200 KUALA LUMPUR
No. Tel / Fax : 03-40236401
wba0010@moe.edu.my

Rujukan kami : SKS 600 – 3/3/31 ( )


Tarikh : 21 November 2022
Ibu Bapa/ Penjaga
Sekolah Kebangsaan Setapak,
Kuala Lumpur.

Tuan/ Puan,

GALA IR4.0 JPWPKL TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak di bawah jagaan tuan/puan telah terpilih mewakili SK Setapak
untuk menyertai GALA IR4.0 JPWPKL bagi Tahun 2022 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 24 November 2022


Hari : Khamis
Masa : 8:30 pagi – 1:00 tengah hari
Tempat : Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU),
Jalan Teknologi 5, Taman Teknologi Malaysia,
57000 Kuala Lumpur

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan/puan memberi kebenaran kepada murid menyertai
program tersebut. Murid yang terlibat perlu memakai uniform sekolah lengkap.

4. Sebarang pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Puan Syahidatul Fadzlina binti
Jamaluddin (guru pengiring) melalui talian 010-7604120 atau Encik Mohd Najib bin Ab Ghani (guru
pengiring) melalui talian 012-7521784. Pihak sekolah akan mengambil segala langkah keselamatan untuk
memastikan keselamatan anak jagaan tuan/puan.

Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(HALIMAH BINTI AHMAD)


Guru Besar
SK Setapak
Kuala Lumpur SEKOLAH KEBANGSAAN SETAPAK
ala Lum JALAN CHAN CHIN MOOI, OFF JALAN PAHANG
53200 KUALA LUMPUR
No. Tel / Fax : 03-40236401
wba0010@moe.edu.my
_____________________________________________________________________________________________________________
_

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 – PENGGERAK PEMBELAJARAN BERMAKNA


SURAT KEBENARAN IBUBAPA/PENJAGA

Kepada,

Guru Besar,
SK Setapak
Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

GALA IR4.0 JPWPKL TAHUN 2022

Saya ................................................................................... No.KP ............................................... ibubapa /


penjaga kepada .................................................................................................
Tahun .................................................. dengan ini *membenarkan / tidak membenarkan anak jagaan saya
mengikuti program seperti surat di atas.

2. Saya ibu bapa / penjaga kepada murid tersebut di atas dengan ini mengesahkan butiran yang diberikan
adalah benar dan saya juga membenarkan anak / anak jagaan saya menyertai program tersebut. Saya sedar
bahawa pihak sekolah akan mengambil segala langkah keselamatan sepanjang aktiviti dijalankan.

3. Saya sedar bahawa pihak sekolah akan berusaha sedaya upaya untuk menjaga keselamatan dan
memastikan segala peraturan dipatuhi oleh anak jagaan saya sepanjang aktiviti ini dijalankan bagi mengelakkan
perkara yang tidak diingini berlaku.

4. Sehubungan dengan itu, saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan undang-undang atau
mahkamah terhadap pihak sekolah sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau kejadian yang tidak diingini
semasa mengikuti program tersebut. Saya juga dengan sepenuh hati membenarkan pihak sekolah memberikan
rawatan perubatan kepada anak / anak jagaan saya sekiranya perlu.

Pengakuan,

Tandatangan ibu bapa/penjaga

Nama :
No.KP :
Tarikh :
No. Tel. Kecemasan :
**Sila potong yang tidak berkenaan

_____________________________________________________________________________________________________________
_

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 – PENGGERAK PEMBELAJARAN BERMAKNA

You might also like