You are on page 1of 1

SRU (A) DARUL ULUM JEDOK

17510 TANAH MERAH Kelantan


Email : dujedok.5002@gmail.com

Kepada Rujukan kami: DUJ800-1/3-2( )


Ibu bapa/penjaga Tarikh : 25.02.2020

Tuan/Puan,
_______________________________________________________________
Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan/puan telah terpilih untuk menyertai aktiviti seperti butiran di
bawah:
Aktiviti : PESTA BUKU KELANTAN
Anjuran : SYARIKAT MUDA OSMAN
Tarikh : 26.02.2020
Masa : 9.00 PAGI
Tempat : GELANGGANG SENI KOTA BHARU
Bayaran :

2. Pihak sekolah akan mengambil tindakan yang perlu dan wajar bagi memastikan keselamatan anak
tuan/puan semasa aktiviti dijalankan. Adalah diharapkan agar ibu bapa/penjaga dapat menasihati
anak/jagaan masing-masing supaya menjaga tingkahlaku dan mematuhi arahan guru pengiring supaya tidak
berlaku perkara yang tidak diingini sepanjang aktiviti/pertandingan dijalankan.
3. Sebagai makluman pihak tuan/puan, berikut adalah butiran guru yang akan mengiringi anak
tuan/puan pada hari aktiviti itu dijalankan:-

Nama Guru : 1. S.RAHAH BT MOHD NOR

Sekian, terima kasih.

’PERKASA SAHSIAH UNGGUL, DARUL ULUM TERSOHOR 2018’

Saya yang menjalankan tugas,

Pengetua,
SMUA SABK Darul Ulum Jedok

----------------------------------------------------------------------------------------potong di sini----------------
Pengetua
SMU(A) SABK Darul Ulum Jedok
u.p.:Ustz. Halimatu Sa’diah bt Mohamed

KEBENARAN MENYERTAI AKTIVITI


Berhubung dengan perkara di atas, saya *bersetuju/ tidak bersetuju membenarkan anak saya menyertai
aktiviti tersebut.

2. Berikut adalah butiran peribadi anak / anak jagaan saya:


Nama Penuh Pelajar Tingkatan No.Kad Jantina Alamat Penuh dan
Pengenalan/ [L/P] No. Telefon

3. Bersama surat ini juga disertakan bayaran penyertaan sebanyak -


4. Sesungguhnya saya mengetahui dan faham bahawa pihak sekolah telahpun memberi segala
penerangan dan akan mengambil langkah-langkah keselamatan dan pengawasan sepanjang aktiviti tersebut
dijalankan. Saya juga memberi kebenaran kepada pihak sekolah/ pengelola atau wakilnya memberi rawatan
kecemasan atau pertolongan perubatan kepada anak/anak jagaan saya jika didapati perlu. Saya juga bersetuju
tidak akan mendakwa pihak sekolah sekiranya berlaku apa-apa kemalangan.

Sekian terima kasih.

Yang benar,
Nama ibu/bapa/penjaga:……………………………….
………………………….. No. Kad Pengenalan:……………………………...........

You might also like