You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI ANDALAS

TAMAN SRI ANDALAS


41200 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL: 03-33737394
M13
FAX: 03-33730981 BEA: 0104

Rujukan Kami: SMKSA 100-1/7/1 Bil ( )


Tarikh : 12 FEBRUARI 2019

Kepada,
Ibu Bapa/Penjaga Pelajar,

Tuan/Puan,

KEBENARAN MEMBAWA TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH UNTUK MATA PELAJARAN


REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT) 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu, anak tuan/puan yang bernama _______________________________


dari kelas _____________________telah dipilih untuk membawa telefon bimbit seperti
ketetapan yang tertera di bawah.

Tarikh : Setiap hari yang ada mata pelajaran RBT bulan Februari
dan Mac 2019
Masa : Ikut jadual semasa
Tempat : Bengkel RBT
Guru Pembimbing : Pn. Che Sharifah bt Che Sulaiman.

3. Memandangkan penggunaan telefon bimbit adalah dilarang di kawasan sekolah, pelajar


perlu menyerahkan telefon bimbit kepada guru mata pelajaran semasa sampai ke sekolah dan
mengambil semula sebelum pulang ke rumah. Kegagalan anak anda berbuat demikian, pihak
sekolah tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini
seperti kehilangan telefon atau berlaku kerosakan dan sebagainya.

4. Kerjasama dari pihak tuan/puan membenarkan anak jagaan tuan/puan membawa


telefon bimbit pada hari-hari yang ada jadual mata pelajaran RBT ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan Amanah,

…………………….
(HJH KALSOM REDZUAN)
Pengetua,
SMK Sri Andalas.

s.k : 1. Fail panitia


--------------------------------------------------------------------Borang Jawapan-----------------------------------------------------------------
…………………………………..
…………………………………..
Pengetua SMK Sri Andalas.

Tuan,
KEBENARAN IBU BAPA/PENJAGA.

Saya ….………………………………..………………………………………… ibu bapa/penjaga kepada pelajar,


………………………………………………………………..…………… dari tingkatan …….……………..…………..…
membenarkan / tidak membenarkan anak/jagaan saya menyertai …………………………………………………..
……………………………………… pada ………………………………………. Saya faham bahawa pihak sekolah
telahpun memberikan segala penerangan dan akan mengambil langkah-langkah keselamatan dan pengawasan
sepanjang aktiviti tersebut diadakan.
2. Saya bersetuju untuk memaklumkan pihak sekolah sekiranya terdapat apa-apa perubahan kepada
kesihatan atau keadaan fizikal anak jagaan saya sebelum tarikh kegiatan berkenaan.Saya juga telah memastikan
bahawa anak jagaan saya faham bahawa setiap peraturan dan arahan yang diberikan oleh pihak sekolah dan guru
pengiring hendaklan dipatuhi bagi memastikan keselamatan pelajar.
3. Saya memberi kebenaran kepada pihak sekolah atau wakilnya memberikan apa-apa pertolongan cemas ke
atas anak jagaan saya jika didapati perlu.

Sekian, terima kasih.

……….………………..

(Nama Ibu Bapa/Penjaga) No K/P:…………………………………………… No telefon:……………………………..

You might also like