You are on page 1of 2

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU, S.K.

KUALA BARAM,
D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH MIRI,
TINGKAT 2, BLOK 1, WISMA PERSEKUTUAN FASA 1, JLN KIPAS,
98000 MIRI

(TEL: 085406384)

Ruj. Kami: JPS(W)/SKKB(Perh)/153/09/04/02/Jil.(61)


Tarikh: 22 OKTOBER 2020

Kepada,

YANG BERHORMAT DATUK LEE KIM SHIN


MENTERI PENGANGKUTAN SARAWAK,
MERANGKAP ADUN N75 SENADIN
Yang Berhormat Datuk,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MEMBAIKPULIH DAN MENAIK TARAF MAKMAL KOMPUTER SK
KUALA BARAM
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman pihak tuan, pada 5 Ogos 2020 yang lalu,Yang Berhormat telah hadir untuk memberi sumbangan
peralatan pencegahan COVID-19 kepada SK Kuala Baram. Di dalam majlis tersebut, Yang Berhormat telah bersetuju
untuk memberikan sumbangan untuk menaik taraf makmal komputer SK Kuala Baram.

2. Untuk makluman pihak Yang Berhormat Datuk, makmal komputer tersebut sudah 7 tahun tidak mempunyai
kemudahan penghawa dingin. Disebabkan itu, murid-murid dan guru tidak begitu selesa ketika proses pembelajaran
kerana keadaan bilik yang tertutup dan persekitaran yang panas. Berikut ialah beberapa keperluan untuk membaik pulih
dan menaiktaraf makmal komputer :

a. Penggantian 5 unit penyaman udara


b. Pendawaian eletrik sepenuhnya makmal komputer
c. Mengecat makmal komputer

3. Sehubungan dengan itu, diharapkan Yang Berhormat dapat memberikan sumbangan berjumlah RM10 000.00
seperti yang telah dijanjikan kepada pihak sekolah bagi melakukan kerja-kerja menaik taraf makmal komputer seperti
yang telah dinyatakan di atas. Semoga dengan pemberian sumbangan tersebut dapat memberikan manfaat khususnya
kepada murid-murid dan guru SK Kuala Baram.

4. Sebarang pertanyaan pihak tuan boleh berhubung dengan Setiausaha PIBG SK Kuala Baram, Pn. Kamariah
Binti Jusoh(013 - 6294507). Keprihatinan dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Sekian,terima kasih.
Yang menjalankan tugas,

………………………………………
(EN. MOHAMAD NAZIFF BIN OTHMAN )
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa-Guru,
SK Kuala Baram

You might also like