You are on page 1of 2

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU, S.K.

KUALA BARAM,
D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH MIRI,
TINGKAT 2, BLOK 1, WISMA PERSEKUTUAN FASA 1, JLN KIPAS,
98000 MIRI

(TEL: 085406384)

Ruj. Kami: JPS(W)/SKKB(Perh)/153/09/04/02/Jil.(30)


Tarikh: 10 JANUARI 2017

Kepada,

BANK RAKYAT PERMY JAYA


Lot 7971 & 7972, Phase 3,
Bandar Baru Permy Jaya,
98000 Miri, Sarawak.
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PERTANDINGAN MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH MIRI
YANG AKAN DIANJURKAN OLEH SK KUALA BARAM
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman pihak tuan, SK Kuala Baram dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG), akan menjadi
tuan rumah bagi pertandingan merentas desa peringkat Miri. Pertandingan tersebut akan dijalankan pada 21 Januari 2017.

3. Pertandingan ini merupakan program tahunan yang dijalankan di peringkat daerah Miri. Anjuran program seperti
ini akan menimbulkan rasa minat di kalangan murid-murid untuk terus cemerlang dan berjaya dalam bidang akademik
dan kokurikulum.

4. Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon jasa baik tuan untuk memberi sumbangan agar kami dapat
melaksanakan majlis ini dengan lebih baik lagi. Untuk pengetahuan pihak tuan, jumlah kos makanan AJK dan banner
pertandingan tersebut ialah sebanyak RM600.00. Pihak tuan boleh merujuk pada kertas cadangan yang dilampirkan
dengan surat ini sekiranya ingin mendapat maklumat yang lebih terperinci mengenai pertandingan merentas desa
peringkat daerah Miri yang akan diadakan di SK Kuala Baram.

5. Sebarang pertanyaan pihak tuan boleh berhubung dengan Setiausaha PIBG SK Kuala Baram, Pn. Syaimaa Bt
Abd Halim (013 - 4435202). Keprihatinan dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Sekian,
Yang menjalankan tugas,

………………………………………
(EN. ARIFFIN BIN HAJI JARAEE)
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa-Guru,
SK Kuala Baram

You might also like