You are on page 1of 2

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU, S.K.

KUALA BARAM,
D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH MIRI,
TINGKAT 2, BLOK 1, WISMA PERSEKUTUAN FASA 1, JLN KIPAS,
98000 MIRI

(TEL: 085406384)

Ruj. Kami: JPS(W)/SKKB(Perh)/153/09/04/02/Jil.(32)


Tarikh: 24 JANUARI 2017

Kepada,

YB DATUK LEE KIM SHIN


Tingkat 7,
Bangunan Baitul Makmur,
Petra Jaya,
93050 Kuching, Sarawak.

Tuan,
MEMOHON DANA PEMBAIKAN SEMULA PAGAR SK KUALA BARAM
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman pihak tuan, SK Kuala Baram dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG),
berhasrat untuk melaksanakan pembaikan semula pagar kawasan sekolah untuk menjamin persekitaran yang
selamat dan kondusif untuk pelajar SK Kuala Baram

3. Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon jasa baik tuan untuk memberi dana agar kami dapat
melaksanakan projek pembaikan semula . Untuk pengetahuan pihak tuan, anggaran kos yang dicadangkan ialah
sebanyak RM30,000. Pihak tuan boleh merujuk pada kertas cadangan yang dilampirkan dengan surat ini
sekiranya ingin mendapat maklumat yang lebih terperinci mengenai projek ini

4. Sebarang pertanyaan pihak tuan boleh berhubung dengan Setiausaha PIBG SK Kuala Baram,
Pn. Syaimaa Bt Abd Halim (013 - 4435202). Keprihatinan dan kerjasama daripada pihak tuan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,
Yang menjalankan tugas,

………………………………………
(EN. ARIFFIN BIN HAJI JARAEE)
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa-Guru,
SK Kuala Baram

You might also like