You are on page 1of 1

MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK)

BUKIT KECIL/DURIAN PAHIT


KAMPUNG DURIAN PAHIT,
21610 MARANG,TERENGGANU DARUL IMAN.

Ruj.Kami : MPKKBKDP2/3/7/19

Kepada;

Pejabat Kesihatan Daerah Marang


21600 Marang,
Terengganu Darul Iman 11 JULAI 2019

Tuan,

Per:MEMOHON MENYEDIAKAN PELATIH TARIAN SENAMROBIK SEMPENA AKTIVITI HARI


KOMUNITI KELUARGA MERDEKA PERINGKAT KAMPUNG.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Majlis Pengerusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit
Kecil/Durian Pahit (BKDP) akan menganjurkan aktiviti tarian senamrobik sempena Hari Komuniti
Keluarga Merdeka BKDP.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami menjemput tenaga pelatih daripada pihak tuan bagi
menjayakan acara tersebut. Berikut adalah perincian program yang akan dijayakan;

Tarikh : 31 Ogos 2019


Masa : 7.30 pagi-8.30 pagi
Tempatan : Perkarangan Surau Kg. Durian Pahit,
21610 Merchang, Marang, Terengganu

4. Semoga permohonan ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya daripada
pihak tuan. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan, amatlah saya hargai dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,

Terengganu ; Maju, Berkat & Sejahtera.

Yang benar,

…………………………………
(Abdul Malek Bin Mohamed)
Pengerusi MPKK
Kg.Bukit Kecil/Durian Pahit

Sk : Penghulu Mukim Merchang

You might also like