You are on page 1of 2

KAWASAN RUKUN TETANGGA BANDAR BARU SIPUTEH,

Persiaran 2, Bandar Baru Siputeh, 31560 Siputeh, Perak Darul Ridzuan.


Pengerusi : 013-4558229 S/U : 019-6568593

Ruj Tuan :
Ruj Kami : KRT/BBS/SU/0220/01
Tarikh : 7 FEBRUARI 2020

YANG BERHORMAT,
Sivakumar Varatharaju Naidu,
Ahli Parlimen Batu Gajah,
Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Batu Gajah,
No. 42A, Laluan Saujana 1,
Taman Saujana,
31000 Batu Gajah,
Perak Darul Ridzuan.

Melalui,
Pengerusi,
KRT Bandar Baru Siputeh,
Persiaran 2,
31560 Siputeh,
Perak Darul Ridzuan

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN MENAIKTARAF DAN KELENGKAPAN PONDOK RUKUN


TETANGGA KRT BANDAR BARU SIPUTEH

Adalah dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak tuan, pondok KRT Bandar Baru Siputeh sering digunakan untuk
mesyuarat ajk serta pelbagai aktiviti dan program berkaitan penduduk Bandar Baru Siputeh.
Sebagai wakil pihak penduduk, kami ingin memohon jasa baik pihak tuan supaya dapat memberi
sumbangan untuk menaiktaraf pondok ini supaya lebih kondusif dan selesa untuk digunakan.

3. Sehubungan dengan itu, bagi melengkapkan infrastruktur dan kemudahan pondok


tersebut, kami memerlukan :

1. Ruang tambahan ( awning )


2. Tandas ( lelaki dan perempuan )
3. Meja plastik – 5 buah
4. Kerusi – 20 buah

4. Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini dan
semoga melalui sumbangan tersebut dapatlah kami melengkapkan fungsi pondok rukun tetangga
Bandar Baru Siputeh untuk kemudahan penduduk taman ini dalam menjalankan sebarang aktiviti.
5. Sumbangan pihak tuan boleh disalurkan dengan cara berikut :

1. Wang Tunai / Barangan :  Terus kepada penama tandatangan di bawah atau


Bendahari KRT Bandar Baru Siputeh.
2. Cek :  Atas nama KRT Bandar Baru Siputeh dan diserahkan kepada penama
tandatangan di bawah. ( NOMBOR AKAUN PUBLIC ISLAMIC BANK : 6-8906496-
29 )

6. Kerjasama dan bantuan daripada pihak tuan, kami dahului dengan ucapan ribuan terima
kasih yang tidak terhingga. Semoga tuan akan beroleh keberkatan dan amal jariah yang
berkekalan hingga ke hari akhirat.

Sekian, terima kasih.

“PERPADUAN TERAS KEJAYAAN”

Yang menjalankan amanah,

……………………………………………
( MOHD AZALI BIN MOHD SHARIFF )
Pengerusi,
KRT Bandar Baru Siputeh                                      
Tel. No : 013-4558229

Sk : Pegawai Perpaduan Daerah Kinta

You might also like