You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG TUALANG

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

BIL 1/2021

Tarikh : 7 JANUARI 2020

Masa : 1:30P.M – 2:30P.M

Hari : SELASA

Tempat : BILIK GERAKAN

Kehadiran :

1. En. Azammuddin Bin Harman (GPK Pentadbiran)


2. En. Mohd Izar Shazery Bin Sahbudin (Pengerusi)
3. En. Ahmad Hafiz Bin Ahmad Shukri
4. Pn. Nurfarah Bt. Ibrahim

Agenda I: UCAPAN PENGERUSI

1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Azammuddin Bin Harman dan
guru-guru kerana hadir ke mesyuarat panitia matematik kali pertama tahun 2021.

2. Mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua ahli
panitia dalam menjayakan program panitia pada tahun lepas.

3. Pengerusi juga berharap aktiviti yang dirancang pada tahun ini dapat dijalankan dengan
lebih baik.

Tindakan : Makluman

Agenda II: PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

1. En.Ahmad Hafiz Bin Ahmad Shukri mencadangkan agar minit mesyuarat yang lepas
disahkan dan disokong oleh Pn. Nurfarah Binti Ibrahim.

Agenda III: PERKARA BERBANGKIT

1. Tiada Perkara Berbangkit

1
Agenda V: Isu-Isu Pengurusan Panitia

1. Program peningkatan akademik sekolah.

1.1 Pengerusi membentangkan aktiviti panitia bagi tahun 2021. Antara program panitia
yang dijalankan adalah:

1. Congak sifir sebelum mula kelas


2. Program smart sifir
3. Minggu matematik
4. Bengkel menjawab soalan Kertas 2 (Tahun 4,5 dan 6)
5. Kelas Bimbingan/ Klinik Matematik
6. Sudut Keceriaan Matematik
7. Info Matematik (Papan Kenyataan)
8. Program 5 minit fakta asas Matematik

2. Isu-isu

2.1 Guru-guru Matematik diminta memberi kerjasama untuk merancang program dan
aktiviti untuk Panitia Matematik.
2.2 Perkongsian analisis kelemahan dan kekuatan murid Tahun 6 2021.
2.3 Murid-murid tidak memahami kehendak soalan. Sebagai contoh soalan berkaitan
penggunaan peratus dalam pengiraan diskaun harga barang.
2.4 Murid-murid juga lemah dalam soalan berdasarkan rajah.
2.5 Kekurangan peruntukkan untuk memperbanyakkan latihan berformat menyebabkan
latihan yang diberikan kepada pelajar terhad.
2.6 Masalah pelajar yang sering tidak membawa buku dan tidak membuat kerja rumah.
Guru diminta mengenal pasti murid yang kerap tidak menyiapkan kerja dan hantar
murid tersebut berjumpa guru besar.

3. Status Perbelanjaan PCG.

3.1 Pengerusi memaklumkan jumlah peruntukan yang akan diterima masih belum
diketahui.

3.2 Guru-guru boleh senaraikan dahulu barang-barang yang ingin dibeli dan maklumkan
kepada setiausaha untuk buat nota minta.

2
4. RPH Guru

4.1 Pengerusi meminta supaya guru menulis rph dalam CIDS dan memastikan
rancangan pengajaran dan refleksi lengkap dan dihantar untuk semakan pihak
pentadbiran pada setiap hari Jumaat atau Isnin( minggu seterusnya).

5. Sukatan Matapelajaran dan DSKP

5.1Pengerusi meminta semua guru perlu mempunyai DSKP bagi setiap


matapelajaran dan menyerahkan satu set salinan DSKP untuk simpanan fail
panitia selewat-lewatnya sehingga 31/1/2021.

5.2 Perancangan PdP perlu mematuhi DSKP.

6. RPT

6.1 Pengerusi memaklumkan penyediaan RPT mestilah merujuk kepada SP/DSKP


yang sah dan terkini.

6.2 Bilangan latihan mestilah mencukupi dan berfokus.

Tindakan : Semua guru matematik

Agenda VI : Hal-Hal Lain

1. Papan kenyataan panitia matematik perlu dikemaskini setiap 5 minggu sekali.


Sekiranya guru mempunyai BBM yang menarik boleh diletakkan di papan kenyataan
matematik dan juga di dalam kelas.

Tindakan : Makluman

UCAPAN PENANGGUHAN

Pengerusi berharap semua ahli panitia dapat bekerjasama dan berganding bahu untuk
membantu murid-murid dalam mata pelajaran dan seterusnya meningkatkan pencapaian
mata pelajaran Matematik dikalangan murid-murid pada tahun ini.

3
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_______________________________ ___________________________
(KHAIRUL AZAR BIN IBARAHIM) (SHAHRIL AMAR BIN AMAN)
Setiausaha Panitia Matematik Ketua Panitia Matematik

Disahkan oleh,

____________________________
(AZAMMUDDIN BIN HARMAN)
Penolong Kanan Pentadbiran
SK Tanjong Tualang

Tarikh: 9/1/2020

You might also like