You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ RAJA MELANA,

JALAN LINSUM, 71200 RANTAU,


NEGERI SEMBILAN. No Tel: 06-6943601

Kepada:
……………………………………….
……………………………………….

Tuan / Puan

Notis Mesyuarat Panitia RBT Bilangan Dua Sesi 2022/2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu tuan/puan dikehendaki hadir ke mesyuarat tersebut pada ketetapan berikut:
Tarikh : 14 Julai 2022
Hari : Khamis
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan SKDRM

3. Agenda mesyuarat:

a. Kata alu-aluan Pengerusi


b. Pembentangan & Pengesahan minit mesyuarat
c. Perkara berbangkit
d. Laporan
e. Hal-hal lain
f. Penangguhan

Di atas kerjasama dan keprihatinan yang diberikan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Kehadiran adalah diwajibkan. Yang menurut perintah,

………………………...
(PN SITI AISHAH BINTI HJ ABD KADIR)
Guru Besar
SK Dato’ Raja Melana, Rantau
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BILANGAN DUA SESI 2022/2023

Tarikh : 14 Julai 2022


Masa : 02.30 Petang
Tempat : Bilik Gerakan SKDRM
Kehadiran (Bil) : 4 Orang
Nama Yang Hadir:
En Hairul Amir bin Mohd Ibrahim (PK Akademik)
En Mohd Fahmi Bin Shamsudin (Tahun 6)
Cik Aisah Bt Abdul Karim (Tahun 5)
En Noor Ismail Bin Kamarudin (Tahun 4)

1. UCAPAN ALU -ALUAN PENGERUSI MESYUARAT


En. Hairul Amir bin Mohd Ibrahim Penolong Kanan Pentadbiran selaku pengerusi majlis mengucapkan terima kasih
kepada semua guru atas kesudian menghadirkan diri dalam mesyuarat kurikulum Bil 2 2022.. Beliau meminta guru-guru
untuk menghantar RPH tepat pada masa yang ditetapkan.

2. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS


Dicadang untuk disahkan : En Noor Ismail Bin Kamarudin
Disokong untuk disahkan : En Mohd Fahmi Bin Shamsudin

3. PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit.

4. PERBINCANGAN PROFESSIONAL

4.1 PBD 2022/ 2023


 Semua guru diminta mengisi dokumen PBD.
 Dokumen PBD perlu sentiasa dikemas kini dan diserahkan kepada murid. Guru kelas
diminta untuk memastikan keadaan semasa murid yang mempunyai masalah kehadiran ke
sekolah. Justifikasi PBD harus dimasukkan dalam Intervensi. Intervensi hendaklah
dilaksanakan dalam Program Panitia agar dapat meningkatkan kecemerlangan murid
dalam pendidikan.
( Makluman )

4.2 Pengurusan Panitia

 Ketua Panitia diminta menjelaskan program dan aktiviti panitia yang dirancang. Ketua
Panitia juga telah menerangkan barang dan peralatan yang dibeli untuk panitia masing-
masing berdasarkan kepada baki bantuan geran per kapita ( PCG) tahun semasa.
 Ketua Panitia RBT telah membeli barangan dan peralatan bagi projek Tahun 4,5 dan 6.
( Ketua Panitia dan Guru Subjek)

5. Pencerapan PdPc

 Pencerapan PdPc berlaku 2 kali setahun. Pengerusi mengikatkan guru - guru tentang
pembelajaran berpusatkan murid. Guru juga haruslah menerapkan PAK 21 dalam pdpc di
kelas. PAK21 tidak semestinya menggunakan LCD.
 Terdapat 5 elemen PAK21 yang harus diterapkan dalam pdpc iaitu komunikasi,
kolaboratif, krisis, dan kreatif yang dapat meningkatkan kemenjadian murid.
 Guru-guru diminta menyelitkan aktiviti PAK21 dalam setiap langkah. Sebagai contoh,
guru boleh menyediakan “talking chips” agar murid aktif melibatkan diri serta beradap
sopan ketika menyatakan pendapat. Guru juga harus berperanan sebagai fasilitator.
 Guru juga harus peka dengan soalan yang kritis dan kreatif yang merangsang minda
murid untuk membanding beza dan membuat keputusan yang betul.
 Pengerusi juga mengingatkan guru untuk mengawal kelas dengan baik, objektif tercapai
dan memastikan murid seronok belajar.

(Makluman)
6. HAL-HAL LAIN

Tiada

7. PENANGGUHAN

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang hadir pada hari ini. Beliau juga berharap guru-guru
dapat melaksanakan tugasan dengan baik.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3:30 petang.

Disediakan Oleh: Disemak oleh:


NOOR ISMAIL B. KAMARUDIN HAIRUL AMIR BIN MOHD IBRAHIM
KETUA PANITIA RBT Penolong Kanan Kurikulum
SK Dato Raja Melana SK Dato Raja Melana

You might also like