You are on page 1of 12

MINIT MESYUARAT PANITIA PAI & BA KALI KE 2

SEKOLAH KEBANGSAAN KULIM (BANDAR),


JALAN TUNKU MOHD ASAAD, 09000 KULIM,
KEDAH DARUL AMAN.
TEL : 04-4900145
EMAIL :KBA5023@edu.my

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KALI KEDUA- 2018

Tarikh :16.7.2018
Hari :Isnin
Masa :2.00 Petang
Tempat :BilikMesyuarat SKKB
Kehadiran :
1. Pn. Meriam binti Mustafa (Guru Besar )
2. En. Zakaria bin Jahaya (PK Pentabiran)
3. En .Abdul Mohsin Rejaluddin bin Hasan (PK HEM)
4. Pn. Fauziah binti Ahmad (PK Kokurikulum)
5. En. Mohd Haffiz bin Abd Rahman (Ketua Panitia)
6. Pn. Tuan Zubaidah binti Tuan Man (Setiausaha)
7. Pn. Nurhumaiziah binti Mat Radzi (AJK)

BUTIRAN MESYUARAT

I. PERUTUSAN PENGERUSI

1. Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua guru yang hadir
ke mesyuarat Panitia Pendidikan Islam kali-2 bagi sesi 2018. Majlis telah dimulai
dengan bacaan Ummul Kitab/Al-Fatihah.

2. Pengerusi menyatakan tujuan mesyuarat kali ini diadakan ialah untuk


membincangkan mengenai keputusan peperiksaan pelajar bagi mata pelajaran
pendidikan islam dan mengenalpasti kawasan kelemahan dan cara-cara
mengatasinya

Tindakan :Makluman
II. PERUTUSAN GURU BESAR
MINIT MESYUARAT PANITIA PAI & BA KALI KE 2

3. Guru Besar mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran ahli


jawatankuasa panitia Pendidikan Islam/ Bahasa Arab yang hadir kerana dapat
meluangkan masa pada mesyuarat kali ini. Terima kasih diucapkan kepada
ahli jawatankuasa kerana memberikan komitmen yang baik walaupun masing-
masing sibuk dengan tugas.

4. Tujuan mesyuarat diadakan ialah untuk menganalisa keputusan Peperiksaan


Pertengahan Tahun supaya guru-guru dapat mncapai target pada hujung
tahun.

5. Guru Besar juga berharap agar Panitia dapat menyelesaikan pelan Intervensi
dan Dialog Prestasi secepat mungkin dan membincangkan isu dan cara
menyesaikan masalah pelajar yang tidak mencapai ETR.

6. Beliau juga berharap guru dapat menjalankan tugas dengan baik demi untuk
kecemerlangan pelajar SKKB.

III MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

7. Setiausaha membaca minit mesyuarat kali pertama .


8 En.Abd. Mohsin Rejaludin mencadangkan minit mesyuarat kali pertama
disahkan.
9. Pn. Nur Humaiziah menyokong minit mesyuarat kali pertama disahkan.

Tindakan :Makluman
Iv. PERKARA BERBANGKIT

10. Puan Tuan Zubaidah bertanya mengenai kem Cemerlang Jawi dan Kem
Bestari Solat kerana baru sekali dijalankan.
11. Pengerusi menjelaskan akan diadakan dalam masa terdekat kerana ada
kekangan pertembungan aktiviti sekolah.

Tindakan :Semua
Guru
MINIT MESYUARAT PANITIA PAI & BA KALI KE 2

Tindakan :Semua Guru

V. ANALISA ,INTERVENSI DAN DIALOG PRESTASI PEPERIKSAAN


PERTENGAHAN TAHUN PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB.

12. Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun- Rujuk Lampiran 1

PUNCA MASALAH
13. Masalah pelajar sekolah Kebangsaan Kulim Bandar yang lemah dan
gagal kebanyakan suka ponteng sekolah.Langkah segera telah diambil
oleh pentadbir iaitu PK HEM dengan memberi surat amaran/peringatan
serta melakukan perbincangan dengan waris.Sekolah juga menjalankan
Program Sifar Ponteng agar pelajar berminat hadir ke sekolah.
14. Pelajar tidak membawa buku latihan dan suka tinggal buku dirumah.
15. Tinggal buku disekolah dan hanya bawa balik buku yang ada kerja
sekolah sahaja
16. Masalah dalam keluarga menyebabkan pelajar lemah dalam pelajaran
kerana tiada peneguhan dirumah.
17. Murid-murid tidak faham apa yang diajar oleh guru.
18. Murid-murid suka berkhayal dan tidak fokus.
19. Murid tidak memahami kehendak soalan dan tidak membaca arahan
soalan yang diberikan.
20. Pelajar lemah membaca tulisan Jawi dan Al Quran.

LANGKAH MENGATASI

21. Latih tubi membaca jawi dan al Quran


22. Menggunakan buku Teks sepenuhnya semasa PDPC
23. Buat PLC
24. Buat PILL
25. Fokus pelajar yang gagal sahaja
26. Meminta Kerjasama ibubapa membimbing pelajar dirumah.
27. Mengadakan kelas literasi untuk pelajaran jawi dan al-Quran bagi
membolehkan murid dapat membaca.
28. Ibubapa hendaklah memastikan murid mempunyai buku tulis dan buku
aktiviti serta membawa ke sekolah mengikut jadual kelas.
29. Ibubapa hendaklah memastikan murid menyiapkan latihan yang diberikan
oleh guru dan membimbing anak-anak untuk menyiapkan kerja sekolah.
MINIT MESYUARAT PANITIA PAI & BA KALI KE 2

v. KEWANGAN

30. Guru Besar menyatakan kewangan terkini boleh rujuk PT.


31. Rujuk Lampiran yang disediakan.

vi. PEMANTAUAN PKB

32. Guru Besar mengingatkan semua guru agar menghantar ringkasan


mengikut tarikh yang telah dietapkan.
33. Kaedah mengajar guru hendaklah mengikut PAK 21 serta menggunakan
peta minda yang terdapat didalam kelas.
34. Guru juga perlu menyemak buku bertulis dengan teliti, suruh pelajar buat
pembetulan apabila melakukan kesalahan.Pastikan pelajar juga menulis
tarikh,hari ,tanda bacaan dan pensil yang diasah supaya tulisan menjadi
kemas.
35. Guru Besar juga mengingat agar guru-guru membawa fail atau RPH dan
DSKP semasa masuk mengajar.

vii. HAL-HAL LAIN

36. Pengerusi memaklumkan Sudut Panitia Mata pelajaran Pendidikan Islam


dan Bahasa Arab dipondok bacaan dalam proses untuk keceriaan.Beliau
berharap agar AJK Panitia dapat bekerjasama menceriakan dan
menampal maklumat disudut tersebut.
37. Pengerusi juga mengingatkan agar guru-guru sentiasa menegur pelajar
yang salah sebutan bacaan dan makhraj contohnya semasa doa agar
kesalahan tersebut tidak berulang.
38. Pengerusi mengingatkan bahawa guru yang hadir kursus perlu
menyediakan minit curai dan mengadakan in-hause agar maklumat
tersebut dapat diterima oleh guru yang tidak mngikuti kursus tersebut.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.


MINIT MESYUARAT PANITIA PAI & BA KALI KE 2

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

……………………………… ……………………………
(PUAN TUAN ZUBAIDAH BT. TUAN MAN) (EN. ZAKARIA BIN JAHAYA)
SU PANITIA PAI/BA PK. PENTADBIRAN
SK KULIM BANDAR SK KULIM BANDAR

Di sahkan Oleh,

MERIAM BINTI MUSTAFA

GURU BESAR,

SK.KULIM BANDAR

S.K.: Fail Panitia


MINIT MESYUARAT PANITIA PAI & BA KALI KE 2

SEKOLAH KEBANGSAAN KULIM (BANDAR),


JALAN TUNKU MOHD ASAAD, 09000 KULIM,
KEDAH DARUL AMAN.
TEL : 04-4900145
EMAIL :skkulimbandar.kbb@gmail.com

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KETIGA- 2014

Tarikh :29 0KTOBER 2014


Hari :RABU
Masa :1.30 Petang
Tempat :BilikMesyuarat SKKB

Kehadiran :
1. Pn. HjhHasnahbintiAwang (GB)
2. Pn. NorliabintiAnuar (PK PTD)
3. En .Norazli bin Haron (PK HEM)
4. En. MuhamadAsri bin Abd. Rahman (PK KK)
5. En. MohdShurkri bin Saad
6. Pn. SavedarKaur a/p Gurder Singh
7. Pn. Maymunahbinti Ibrahim
8. Pn. HasnizabintiBaharom
9. Pn. NurrliAdznam Shah bintiMahamad
10. Pn. Tuan Zubaidahbinti Tuan Man.
11. En. Azizonazuan bin Abd Rahman
12. En. Abd Aziz bin Jaarif
MINIT MESYUARAT PANITIA PAI & BA KALI KE 2

13. Pn. HjhCheNoriahbintiHj. Osman


14. Pn. SiryanibintiAbdWahab
15. En. MohdHaffiz bin Abd Rahman

TidakHadir :

1. Pn. Rofizah bt. Hamid (Kursus)


2. Pn. Nur Humaiziah bt. Mad Radzi (Kursus)
3. Cik Nor Zahirah bt. Mohd Zuki (Kursus)

BUTIRAN MESYUARAT

I. PERUTUSAN PENGERUSI

1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan membaca ummul kitab dan


mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru.

Tindakan :Makluman

II. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG


LALU

2. Setiausaha membaca mini tmesyuarat kali kedua dari muka surat satu
hingga muka surat enam.
3. En. Azizonazuan bin Abd Rahman mencadangkan minit mesyuarat kali
kedua disahkan.
4. En. Norazli bin Haron menyokong minit mesyuarat kali kedua disahkan.

Tindakan :Makluman
III. PERKARA BERBANGKIT
MINIT MESYUARAT PANITIA PAI & BA KALI KE 2

5. En. Azizonazuan menyatakan murid linus tahun 1 seramai 7 orang.

Tindakan :Semua
Guru

iV. DAPATAN MENTERI PELAJARAN 2 (DATO’ IDRIS JUSOH)


6. PPPM merupakan aspirasi Negara dan semua guru kena ingat, tahu dan
faham apa yang telah dicadangkan oleh kerajaan .Guru juga perlu
melaksanakannya.

7. Literasi dan nemurasi menunjukkan peningkatan 99%


8. Pengambilan guru baru kelulusan SPM 7A untuk semenanjung dan 5A
bagi sabah dan Sarawak.Tujuannya untuk meningkatkan kualiti kerjaya guru
pada masa hadapan.

9. Tahniah kepada guru yang sedang berkursus bagi mata pelajaran Bahasa
Inggeris PRO ELT .Pada 2016 pelajar wajib lulus Bahasa Inggeris pada
peringkat SPM.
10. KBAT dilaksanakan dengan soalan yang mencabar aras pemikiran.
11 .Kerjasama PIBG dengan sekolah dapat membantu meningkatkan
akademik pelajar.
12. Program guru penyayang telah berjaya dilaksanakan. Fahami masalah
pelajar terutama ponteng sekolah.
13. Akademik dan akhlak pelajar perlu ditekankan secara seiring.

V. HEAD COUNT, POST MORTEM DAN PELAN TINDAKAN


MINIT MESYUARAT PANITIA PAI & BA KALI KE 2

14. Guru tahun 5 perlu buat head count .Buat yang terbaik untuk
meningkatkan prestasi murid dan sekolah.
15. Guru juga diingatkan agar membuat post mortem peperiksaan akhir tahun
dan akan dibentangkan dalam mesyuarat panitia untuk mencari kekuatan dan
kelemahan.
16. Ujian akhir tahun bermula 2 hingga 6 November 2014.
17. Kontrak latihan. Guru sila habiskan dan member latihan yang mencukupi.

VI. PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

18. Pengerusi juga berharap agar guru mengisi rekod Pentaksiran secara
Offline dan disimpan didalam fail masing-masing.
19. Perjumpaan dengan waris akan diadakan untuk membincangkan hala
tuju.Tarikh akan ditentukan kemudian.
20. PEKA, PAFA dan PLBS BI dan BM telah dilaksanakan.
21. Kelas pemulihan hanya murid tahun 1 yang terlibat.
22. NILAM sedang dijalankan oleh En. Azizon sepanjang tahun.
23. LINUS- InstrumenSaringan LINUS telah dilaksanakan pada bulan Ogos.
24. En. Azizon juga menyatakan linus Bahasa Melayu Tahun 1 seramai 7
orang.
25. ICTL. Puan Savedar menyatakan ICTL mata pelajaran Bahasa Inggeris
telah dilaksanakan namun masalah tiada LCD untuk menayangkan slide
menyukarkan pengajaran.
26. Pengerusi juga mengingatkan bilik-bilik Khas dijaga supaya kemas dan
ceria.Beliau juga mengingatkan agar bilik kaunseling dikemaskini agar kelihatan
ceria.
MINIT MESYUARAT PANITIA PAI & BA KALI KE 2

27. MBMMBI telah dilaksanakan sepanjang tahun 2014.Pengerusi


mengingatkan agar fail MBMMBI dikemaskan kini sebelum akhir persekolahan.
28. Pengurusan panitia.Puan Guru Besar mengingatkan agar mesyuarat
panitia diadakan.Fail panitia juga disemak dan dikemaskini sebelum akhir
persekolahan dan dihantar untuk disemak oleh guru besar dan PK pentadbiran.

Tindakan :Semua Guru

Vii. KSSR
29. Telah berjalan sehingga tahun 4
30. Modul KSSR .Guru diminta kemaskini modul terkini.
31. Fail Murid tidak diperlukan lagi dilaksanakan.
Tindakan:Semua Guru

Viii KEWANGAN
32. Semua panitia sila isi Nota Minta sebelum membeli barang.
33. Setiap pembelian masuk dalam buku Stok panitia.
34. Guru Besar juga meminta bincangkan perbelanjaan panitia dan baki yang
masih ada.
Tindakan :Semua Ketua Panitia

IX. HAL-HAL LAIN


35. Puan Tuan Zubaidah bertanya tentang white board didalam kelas
terutama tahun 3 telah rosak ,kaki white board kebanyakkan telah longgar dan
rosak dan minta segera dibaiki kerana sukar bagi tujuan pengajaran.
36. Puan Maymunah bertanya tentang kerusi meja didalam kelas tidak
mencukupi dan banyak yang telah rosak.
MINIT MESYUARAT PANITIA PAI & BA KALI KE 2

37. Pengerusi menjelaskan agar pelupusan akan dibuat buat sementara


kerusi dan meja yang rosak akan dibaiki.

Tindakan: Semua Guru


X. UCAPAN PENANGGUHAN

38. Pengerusi mengucapakan terima kasih kepada semua ahli jawatan kuasa
Kurikulum atas segala usaha yang telah dijalankan dan berharap agar kejayaan
akan dipertingkatkan lagi dari semasa kesemasa.

39. Mesyuarat diakhiri dengan Tasbih Kaffarah dan surah Al-Asr.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

………………………………………………… ………………………………….
(PUAN TUAN ZUBAIDAH BT. TUAN MAN) (PUAN HJH HASNAH BT. AWANG)
SU KURIKULUM GURU BESAR
SK KULIM (BANDAR) SK KULIM (BANDAR)

s.k. Fail Kurikulum


MINIT MESYUARAT PANITIA PAI & BA KALI KE 2

You might also like