You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN IJOK

45620 IJOK, BESTARI JAYA, SEANGOR

MINIT MESYUARAT KURIKULUM


BILANGAN 3 TAHUN 2018

TARIKH/HARI : 14 OGOS 2018


MASA : 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT RAFULIN
KEHADIRAN :

Hadir :

1. Tuan Haji Zainuddin bin Mahroni PK Pentadbiran


2. Encik Azmi bin Ahamad Sah PK Kokurikulum
3. Puan Rahimah bt Kasim Setiausaha
4. Puan Siti Narimah bt Mohd Salleh
5. Puan Rafidah bt Abd Rahman
6. Puan Norhudha bt Kamil
7. Puan Mai Salama bt Mohidin
8. Puan Masina bt Azad Khan
9. Puan Zahara bt Ramli
10. Puan Rosnah bt Seman
11. Puan Nor Anizah bt Jaini
12. Puan Rosnah bt Abdullah
13. Puan Rohani bt Ismail
14. Puan Ros Idawati binti Manaf
15. Puan Najihah binti Saharoni
16. Cik Norulaini bt Mohd Nawi
17. Puan Rina Iryani bt Ahmad
18. Puan Junaidah bt Anis
19. Puan Arnimi bt Ibrahim
20. Encik Mohd Yusof bt Lazim
21. Encik Khazran Nazim bin Mohamed
22. Encik Mohammad Helmi bin Abdul Rahman
23. Puan Hajjah Harlina bt Ghazali
24. Puan Suzie bt Abdullah
25. Puan Zaiton Fatimah bt Abdul Majid
26. Puan Syuhaira bt Khalid
27. Puan Asmira bt Alias
28. Puan Sahariah bt Harun
29. Puan Norashikin binti Md Ali
30. Encik Shamsudin bin Che Husin
31. Encik Mohd Tahrin bin Maarof
Tidak Hadir (Bersebab) :

1. Encik Aziz bin Ghazali (Mesyuarat)


2. Puan Marieyanti bt Awang (Program International Student Assesment PISA)
3. Puan Nik Maizatul Akmam bt Nik Adib (Temujanji Hospital)
4. Puan Hashida bt Sakisan (Program DTP : Sahabatku Sayang PPD KS 2018)
5. Puan Nor Azira binti Awang ( Kursus KSSR PJPK)
6. Puan Aida Nafisa binti Husin (Mesyuarat Penggubalan Soalan)

Urus Setia Mesyuarat :

1. Puan Rahimah binti Kasim -Setiausaha Kurikulum

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang dapat hadir ke
mesyuarat kurikulum kali ketiga. Bacaan ummul kitab (Alfatihah)

Tindakan : Makluman semua guru

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT


2.1 Minit Mesyuarat Kurikulum bertarikh 26 April 2018 dicadangkan untuk disahkan
oleh Puan Rosnah bt Abdullah. Disokong oleh Puan Siti Narimah bt Mohd Salleh.

Tindakan : Makluman semua guru


3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Ada beberapa perkara yang berbangkit iaitu :

3.1.1 Perkara 3.13

Kutipan duit tahun 1 dan tahun 2 digunakan untuk memfotostat lembaran kerja
CEFR.

Tindakan : Pentadbir

3.1.2 Perkara 4.2.2

Ada beberapa panitia yang masih belum menghantar minit mesyuarat. Harap
yang masih belum menghantar dapat melakukannya segera. Ada juga panitia
yang telah menghantar minit mesyuarat 1, 2, 3.

Tindakan : Ketua Panitia


3.1.3 Perkaran 4.3

Pencerapan akan dijalankan pada bulan 8 dan bulan 9


Tindakan : Pentadbir

3.1.4 Perkara 4.4.1

Pencerapan oleh pegawai SiPS (Tuan Haji Zulaili bin Hasan) akan diadakan pada
16 Ogos 2018 hari Khamis. Guru yang dipilih ialah Puan Rosnah Seman,
matapelajaran Sejarah , kelas 5 UUM pada pukul 10.50 pagi. Pencerapan ini
adalah di bawah program TS25. Para pentadbir dan guru- guru yang free pada
waktu tersebut dijemput untuk melihat sekali proses pdpc tersebut berlangsung.
Tujuan pemantauan itu ialah untuk membantu mana yang kurang akan ditambah
baik.
Tindakan : Makluman semua guru

3.1.5 Perkara 4.4.3

NILAM – pada hujung bulan Ogos, guru-guru kelas diminta untuk mengisi data
NILAM fasa 2 secara online. Mohon juga kepada semua guru untuk memantau
buku-buku bacaan di dalam kelas kerana banyak buku bacaan yang telah rosak
teruk. Memohon guru BM dan BI masuk ke PSS mengikut jadual yang disediakan
kerana hanya guru yang sama sahaja membawa murid ke PSS.

Tindakan : Makluman semua guru

4. PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 Pencerapan guru akan diadakan pada bulan Ogos dan bulan September.
Diminta semua guru-guru bersedia. Para pentadbir akan memaklumkan bila
pencerapan akan diadakan.

4.2 Pemeriksaan buku latihan. Semua guru diminta untuk menghantar 10 buah
buku latihan untuk disemak oleh para pentadbir.Selepas cuti Hari Raya Haji
boleh mula serah pada pentadbir.

4.3 Guru-guru yang mengikuti kurus/ taklimat PPD atau JPN perlu menyediakan
bahan latihan kepada murid.

4.4 Pastikan semua guru menyemak hasil kerja murid.

4.5 Rumusan PPT . Tahun 4 tiada murid yang mendapat A dan B untuk semua
matapelajaran. Harap guru –guru tahun 4 ambil perhatian tentang perkara ini.
4.6 LADAP TS25 siri 2 (Modul 3 dan 4) akan diadakan pada 28 Ogos 2018, hari
Selasa pukul 2.30 – 4.30 petang.
Tindakan : Makluman

4.7 LAPORAN-LAPORAN PANITIA

4.7.1 BAHASA MELAYU

Aktiviti 2018 sudah dijalankan. Memberi fokus kepada latih tubi calon-calon
UPSR. Pasca nilai PPT belum sempat dibincangkan lagi . Akan dbincangkan dalam
Mesyuarat BM Kali ke 3. Harap semua guru BM mengambil tindakan yang
sewajarnya terutamanya untuk mengatasi masalah berkaitan dengan subjek BM.

Tndakan : Ahli Panitia Bahasa Melayu

4.7.2 BAHASA INGGERIS

Bulan Mac telah diadakan aktiviti Minggu Bahasa Inggeris. Perkembangan staf
teknik menanda kertas BI 013/014 telah diadakan pada bulan 3 juga. LADAP
terkini akan diadakan iaitu LADAP pemulihan BI .Guru yang terlibat ialah Puan
Asmira, Puan Junaidah dan Puan Aida. Kursus Semakan CEFR akan diadakan pada
1-3 Okt 2018 yang akan dihadiri oleh Puan Hajjah Harlina. LINUS BI sedang
dijalankan , harap tamat mengikut waktu yang ditetapkan. Untuk program HIP
telah diadakan pemantauan. Hasil pemantaun tidak nampak program HIP
berjalan. Harap panitia-panitia terlibat dapat mengambil bahagian. Terima kasih
kepada panita BA dan Sains yang telah membantu program HIP. Berdasarkan
keputusan PPT terdapat kelemahan yang sangan ketara dalam Bahasa Inggeris
Penulisan . Mohon guru Bahasa Inggeris tahun 4 UKM untuk membuat satu
intervensi bagi membantu murid-murid ini.

Tindakan : Ahli Panitia Bahasa Inggeris

4.7.3 MATEMATIK

Minggu Panitia Matematik telah diadakan pada hujung bulan April. Pelan strategik
matematik masih dalam proses. Mentor Mentee akan berterusan hingga akhir
tahun. PCG telah digunakan untuk membuat aktiviti dan bahan Matematik. Baki
RM600 akan digunakan untuk membeli sempoa. Untuk tahun 6 , ada sedikit
peningkatan di mana sewaktu PPT 30% lulus dan meningkat ke 60% di dalam
peperiksaan percubaan UPSR. Minit curia LADAP sudah dihantar ke pada PKP.
Program HIP akan dilaksanakan.
Tindakan : Ahli Panitia Matematik
4.7.4 SAINS

Aktiviti Panitia Sains akan diadakan selepas UPSR. Teknik Menjawab Sains UPSR
telah diadakan sebanyak 2 kali. PCG sudah digunakan unuk pembelian bahan Sains.
HIP sudah dilaksanakn . Bekerjasama dengan PSS untuk membuat pondok bacaan
SAINS.
Tindakan : Ahli Panitia Sains

4.7.5 PENDIDIKAN ISLAM

Sedang berlangsung Bulan Dakwah. . Penutup Bulan Dakwah akan diadakan pada 30
Ogos 2018 bersekali dengan Program Sambutan Aidil Adha. Pada bulan 9, 10 dan 11
ada beberapa lagi program yang bakal dilaksanakan iaitu program Maal Hijrah, KBS,
KCJ Siri 2 dan sambutan Maulidur Rasul.

Tindakan : Ahli Panitia Pendidikan Agama Islam

4.7.6 SEJARAH DAN MUZIK

Sedang berlangsung program Bulan Kemerdekaan yang diadakan bermula 13 Ogos


sehingga 14 September.
Tindakan : Ahli Panitia Sejarah dan Muzik

4.7.7 BAHASA ARAB DAN jQAF

LADAP KSSR Semakan Bahasa Arab Tahun 3 telah dibuat. Laporan ke PPD sudah
Siap. HIP sudah dilaksanakan. Laporan HIP dalam proses. PCG Bahasa Arab sudah
habis diguna. Antaranya digunakan bersama Panitia PSV untuk program lawatan.
Berkerjasama dengan Panitia Bahasa Inggeris untuk penyampaian ucapan rasmi
dalam perhimpunan menggunakan teks BA dan BI.

j –QAF. Pihak jabatan meminta supaya hasil e-laporan j-QAF supaya dibentangkan di
dalam mesyuarat kurikulum. Guru data j-QAF ialah Ustazah Norul Aini dan Ustaz
Mohd Yusof bin Lazim. Laporan ini perlu dihantar pada bulan Jun dan Oktober.
Pencapaian murid SK Ijok dr Tahun 1 hingga 6 ialah pada gred A (97.6%). Laporan
jQAF juga telah dihantar ke PPD Kuala Selangor.

Tindakan : Ahli Panitia Bahasa Arab dan j-QAF

4.7.8 TMK DAN RBT

TMK ada tiga orang guru sahaja iaitu Puan Rosnah Abdullah, Puan Aida Nafisa dan
Encik Azmi. Pdp berselang-seli dengan RBT. Minggu RBT untuk Tahun 4,5 dan 6 akan
diadakan selepas UPSR. Ada 2 aktiviti yang dirancang iaitu pertandingan roket dan
masakan.
Tindakan : Ahli Panitia TMK dan RBT
4.7.9 PANITIA DUNIA SENI DAN VISUAL

Lawatan telah diadakan pada bulan April. LADAP KSSR PSV telah diadakan. Laporan
dan minit curai telah dihantar. Program gabungan dengan panitia Sejarah dan Muzik
sedang berjalan iaitu Program Bulan Kemerdekaan. Pada akhir tahun akan diadakan
projek untuk Tahun 1 hingga Tahun 6.
Tindakan : Ahli Panita Dunia Seni dan Visual

4.7.10 LINUS

Saringan 2 lisan sedang berjalan dari 1 Ogos – 14 September. Saringan 1bertulis


(BM, BI dan Numerasi) bermula 30 September - 12 Oktober. LBI Tahun 4 (Lisan 5 –
10 Ogos), bertulis (7 – 12 Oktober). Pengisian data LINUS (14 – 26 Oktober ). Rakan-
rakan guru diminta untuk mematuhi SOP dalam manual pentaksiran. Kurangkan
kesilapan dan rsentiasa rujuk manual ketika proses saringan dan penandaan.

Tindakan : Makluman guru-guru LINUS

4.7.11 PEMULIHAN KHAS

Tahun 2
BM : 9 orang (seorang murid sudah lama tidak hadir ke sekolah)
Numerasi : 8 orang

Tahun 3
Numerasi : 1 orang (konstruk 3)
BM : 3 orang

Adrina Ayesha (3 UTP) mendapat kad OKU dan sepatutnya ke Sekolah Pendidikan
Khas. Afiq Hazim – Laporan kesihatannya telah diserahkan kepada PPD. Program
pemulihan khas yang sedang berjalan ialah MODUL PBIR, Jejak Kasih dan Masih Ada
Yang Sayang.
Tindakan : Pemulihan Khas

4.57.12 PEPERIKSAAN AWAM (UPSR)

Pendaftaran online telah siap (JPN dan Lembaga Peperiksaan). Setakat ini tiada calon
pindah menumpang dan pindah pusat. Kelengkapan UPSR telah disiapkan (label dan
borang perakuan calon). Calon UPSR Nurul Ain Hasnaa binti Ramli yang sudah lama
tidak hadir ke sekolah , harap diberi perhatian, ditakuti tidak hadir semasa
peperiksaan UPSR sebenar. Makluman daripada pegawai PPD Encik Rizal, guru perlu
mengambil murid tersebut di rumah.
Tindakan : Makluman
4.7.13 PEPERIKSAAN DALAMAN

Peperiksaan akhir tahun dijadualkan pada 25 Oktober – 2 November 2018. Untuk


subjek teras soalan akan disediakan oleh PPD. Seperti biasa jadual pengawasan akan
disediakan. Mohon semua guru patuh dengan jadual tersebut. Harap tiada lagi guru-
guru yang memilih untuk masuk ke kelas sendiri dengan tujuan untuk membantu
anak murid semasa peperiksaan.

Tindakan : Makluman

4.7.14 PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)

Dalam waktu yang terdekat ada Pameran Bertema (Kemerdekaan dan Hari Raya
Aidil Adha) Seterusnya program terdekat ialah Anugerah NILAM dan jamuan akhir
tahun PSS pada hujung tahun.

Tindakan : Makluman

4.7.15 PRA SEKOLAH

Ada 2 buah pra sekolah (5 tahun pra Inspira, 6 tahun pra Suria). Permohonan online
untuk kemasukan pra sekolah tahun hadapan sudah ditutup.

Tindakan : Makluman

4.7. 16 PENYELARAS TS25

Sk Ijok telah dilawati oleh 2 buah sekolah iaitu SK Puncak Alam 3 dan SK Dato’
Manan untuk melhat fail-fail TS25 yang telah diwujudkan. Seterusnya terdapat 3 lagi
LADAP berkaitan TS25 yang perlu dijalankan.

Tindakan : Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1
Ujian SEGAK untuk Tahun 6 telah diadakan pada 10 Ogos 2018. Ujian SEGAK untuk Tahun 4
dan Tahun 5 akan diadakan selepas cuti Hari Raya Aidil Adha.

5.2
Mesyuarat RBT dan TMK boleh digabungkan tetapi buat minit mesyuarat berasingan. Ini
adalah kerana Panitia RBT hanya terdiri daripad 2 orang guru sahaja.

5.3 Berdasarkan pekeliling , tidak perlu diadakan Peperiksaan Akhir Tahun untuk subjek PSV dan
Muzik. Penilaian murid berdasarkan projek akhir tahun. Untuk subjek Pendidikan Moral akan
dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan bersama pentadbir yang lain.
5.4 Gerak Gempur Tahun 6 akan diadakan pada hari Rabu dan Khamis. Mohon kertas-kertas
soalan difotostat segera. Mesyuarat Pasca Nilai Peperiksaan Percubaan UPSR akan diadakan
pada pukul 12.20 tengahari. (Puan Zaiton Fatimah Abdul Majid)

Tindakan : Makluman

6. UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang terlibat memberikan
pandangan di dalam perbincangan kali ini. Mesyuarat ditutup dengan surah Al-Asry dan
ditangguhkan pada pukul 1.46 pm

Urus Setia
Unit Kurikulum
Sekolah Kebangsaan Ijok

Tarikh : 26 April 2018

You might also like