You are on page 1of 4

1

MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN BIL 2/2014
SMK SRI MATANG

Tarikh : 10 Februari 2014
Hari : Isnin
Tempat : Perpustakaan
Masa : 2.15 petang


KEHADIRAN: TIDAK HADIR BERSEBAB:
1. Pn. Ratnawati binti Bakarudin 1. SITI(KURSUS)
2. En. Kastamy bin Mudin
3. Pn. Sufiani bt. Sani
4. Pn. Siti Suzalita bt. Salman
5. Pn. Chang Mie Yaw
6. En. Mahathir bin Eduad
7. Pn. Rosita binti Seruji
8. Pn. Suriane bt. Nasib
9. En. Mohd Rahmat b. Fadzil


1.0 : Kata-kata Aluan Pengerusi
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua guru dalam
mengendalikan sekolah sepanjang ketiadaan beliau.
Pengerusi turut mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang mendapat kenaikan pangkat
ke DG44.
Pengerusi mengharapkan kerjasama dikekalkan dan menegaskan tentang kepentingan
menangani permasalahan disiplin murid terlebih dahulu sebelum program lain dimulakan.
Makluman semua guru.
2.0 : Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas
Disahkan oleh : En. Mohd Rahmat b. Fadzil
Disokong oleh : En Mahathir b. Eduad

3.0 : Perkara Berbangkit
3.1 : Perkara 3.1
Pn. Rosita memaklumkan bahawa data bilangan murid setakat 18.2.2014 ialah 571
orang. En. Mahadir memaklumkan jumlah pelajar asrama ialah 162 orang.
Makluman semua guru.

3.2 : Perkara 2.2.1
Pengerusi menyatakan bahawa semua guru perlu menggunakan kemudahan
komputer dalam pengajaran. SMK shoaw masih menyemak bilangan computer.
Tindakan semua guru.

3.3 : Perkara 2.4
En. Kastamy memaklumkan bahawa semua keperluan bagi mendapatkan
peruntukan perlu dihantar ke PPD.
Pengerusi akan memaklumkan kepada PPD untuk tindakan lanjut.
Tindakan: Pengerusi
Makluman: Prosedur dan Peraturan Kewangan akan dipatuhi.
2



3.4 : Perkara 3.4
En Kastamy memaklumkan bahawa SMK SHOAW masih menyemak bilangan barang
yang perlu dihapus/rosak.
Tindakan : Guru data asset

3.5 : Perkara 3.5
Pengerusi memaklumkan bahawa PBS akan diteruskan dan berjalan seperti biasa.
Tindakan : Semua guru

3.6 : Perkara 4.3
En. Kastamy memaklumkan hanya 16 orang guru yang menghantar buku rekod
mengajar pada minggu ke-3 Februari dan meminta agar semua guru mematuhi
jadual penghantaran buku rekod mengajar.
Tindakan : semua guru
3.7 : Perkara 4.4
En. Kastamy memaklumkan bahawa pengagihan Bantuan 1 Malaysia Bantuan
Awal Persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap murid belum dapat dilakukan.
Makluman semua guru.

3.8 : Perkara 4.6.1
Pengerusi memakumkan bahawa isu bajet untuk fotostat belum dapat diselesaikan.
En. Kastamy memaklumkan bahawa beliau telah berhubung dengan syarikat
pembekal yang sanggup membekalkan mesin riso tetapi perkara ini masih
memerlukan perbincangan lanjut dan belum diputuskan memandangkan sekolah
belum mempunyai peruntukan.
Makluman semua guru.

3.9 : Perkara 4.6.3
Pengerusi memaklumkan bahawa laporan aset belum dapat dibuat
memandangkan tiada data jelas bagi aset yang ditinggalkan.
En. Kastamy memaklumkan bahawa bermula pada bulan Mac, laporan aset akan
dibuat oleh guru data aset SMK Sri Matang. Bagi bulan sebelumnya masih di bawah
tanggungjawab SMKA SHOAW.
Makluman semua guru.

3.10 : Perkara 4.7
Pengerusi meminta supaya sampah-sampah dibersihkan sama ada dalam kelas ,
dewan atau di persekitaran sekolah bagi mewujudkan budaya sekolah yang bersih.
Murid-murid Tingkatan 1 di dewan perlu memastikan kebersihan dewan sebelum
waktu persekolahan tamat.
Tindakan: Semua guru.

3.11 : Perkara 4.8
Pengerusi memaklumkan bahawa semua guru terlibat dalam jadual bertugas
harian.
Makluman semua guru.



3


4.0 : Perkembangan Pendidikan.
4.1 : Program Transformasi Daerah
Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat dua program iaitu SIP Plus yang
bertujuan membantu pengetua dan SISC Plus yang diwujudkan bagi membantu
guru terutama bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
Makluman semua guru.

4.2 : Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pengerusi memaklumkan PBS diteruskan dan berjalan seperti biasa
Tindakan: Semua Ketua Bidang

4.3 : Pelan Strategik Kurikulum

Makluman semua guru.

4.4 : Program 3K
Pengerusi mencadangkan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas diadakan.
Pengerusi turut mencadangkan supaya kelas diagihkan kepada kawasan
pembersihan tertentu.
Tindakan: AJK Kebersihan dan keceriaan Kelas dan semua guru.

4.5 : Program Ko-kurikulum.
4.5.1 : J/K Kejohanan Olahraga MSS Kuching .
En. Kastamy memaklumkan bahawa SMK Sri Matang telah dilantik sebagai
AJK Sambutan dan Protokol bagi Kejohanan Olahraga MSS Kuching . SMK Sri
Matang telah diminta menyumbangkan 7 kotak air minuman, 3 rim kertas
dan wang tunai RM200.
2 orang guru iaitu En. Johny dan En. Fabian dicadangkan sebagai pegawai
teknikal.
En. Kastamy turut memaklumkan bahawa SMK Sri Matang menghantar
penyertaan bagi kejohanan olahraga ini dan guru pengiringnya ialah En.
Azrul.
Makluman semua guru.

4.5.2 : Program 1 Murid 1 Sukan
En. Kastamy memaklumkan bahawa pendaftaran bagi sukan dan permainan
telah dibuat.
En. Kastamy turut menyatakan bahawa mesyuarat ko-kurikulum akan
diadakan pada hari Khamis (13/2/2014) dan tumpuan diberikan kepada
sukan terlebih dahulu.
Makluman semua guru.

5.0 : Hal-hal Lain
5.1 : Buku Persediaan Mengajar
Pengerusi memaklumkan bahawa penyemakan Buku Rekod Mengajar akan
dilakukan oleh Ketua Bidang terlebih dahulu dan penulisan refleksi yang betul perlu
diberikan penekanan.
Tindakan : Semua Ketua Bidang.

5.2 : Penghantaran Buku Rekod Mengajar
4

Pn. Rosita ingin mengetahui tarikh penghantaran Buku Rekod Mengajar.
Pengerusi memaklumkan bahawa tarikh penghantaran Buku Rekod Mengajar
ialah pada setiap hari Isnin.
Tindakan : Semua guru.

5.3 : Pn. Sufiani ingin mengetahui tentang bilangan fail yang perlu diwujudkan bagi
setiap panitia.
Pengerusi memaklumkan bahawa hanya 3 fail perlu diwujudkan.
Tindakan: Semua Ketua Panitia

5.4 : Pn. Chang ingin mengetahui tentang Jawatankuasa Bilik Guru.
Pengerusi memaklumkan bahawa Jawatankuasa Bilik Guru telah dilantik dan
setiausahanya ialah Pn. Nurhayati.
Makluman semua guru.

5.5 : En. Mahathir meminta cadangan tentang aktiviti yang boleh dilakukan oleh murid-
murid asrama antara waktu Maghrib dan Isyak yang melibatkan murid Islam dan
bukan Islam.
Pengerusi meminta Panitia Bahasa untuk membincangkan aktiviti yang sesuai.
En. Kastamy mencadangkan supaya waktu prep dimulakan selepas waktu Magrib.
Makluman semua guru.

5.6 : Daripada Penolong Kanan 1
5.6.1 En. Kastamy memaklumkan tentang urusan pemangkuan Gred DG41 ke
DG44.
5.6.2 Beliau turut memaklumkan bahawa guru data akan berkursus di PKG
Kuching pada 12/2/2014 (Rabu)
5.6.3 Beliau memaklumkan bahawa SMK Sri Matang tidak dapat menyertai
Festival Nasyid.
5.6.4 Data KWAMP perlu dihantar.
5.6.5 Makluman Cuti belajar separuh gaji bagi guru-guru yang berkenaan.
5.6.6 Surat berkaitan pertandingan forum remaja telah diterima.
Makluman semua guru.

5.7 : Ucapan Penangguhan
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan mengharapkan agar semua perkara
yang dibincangkan akan diambil tindakan sewajarnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.15 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

____________ ___________
(SURIANE BT. NASIB) (KASTAMY B. MUDIN)
Penolong Kanan 1
SMK Sri Matang.

You might also like