You are on page 1of 4

SJK(T) LADANG SUNGAI WANGI,

32000 SITIAWAN, PERAK.


MINIT MESYUARAT GURU 3 2022/2023

Tarikh : 17.08.2022
Masa : 1.30 tgh
Tempat : Bilik TS25

Kehadiran : 1. Puan Rahmathunisa Beaham Binti Abdul Rahiman (Guru Besar)


2. Puan M.Rajamani (Penolong Kanan Pentadbiran)
3. Puan M.Kalpakanally (Penolong Kanan HEM)
4. Encik N.Raveendiran
5. PuanK.Komala
6. Puan T.Teepah
7. Encik M.Sivabalan
8. Puan M.Mageswary
9.Puan A.Venkata Lachmy
10. Puan A. Jayanthy
11.Puan S.Lenicer
12.Puan T.Muveena
13. Puan D.Deva Malar
14.Puan M.Nalini
15. Puan T.Mageswari
16. Puan. M.Kawita

Tidak Hadir: Encik S.Ganesan (Penolong Kanan KoKu)

1. Ucapan Aluan.

1.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan terima kasih kepada
semua guru atas kehadiran guru-guru ke mesyuarat guru kali ketiga bagi tahun 2022.

1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan komitmen tinggi yang diberikan
oleh semua guru. Beliau meminta semua guru bekerja sebagai satu pasukan dalam semua
aktiviti sekolah.
Tindakan: Makluman
2. Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Lalu.

2.1 Minit mesyuarat yang lalu dibaca dan dicadang oleh Puan Komala A/P Kannusamy dan
disokong oleh Encik Sivabalan A/L Munian.
Tindakan. Setiausaha.

3.0 Perkara-perkara Berbangkit.

3.1 Ucapan Guru Besar

3.1.1 Guru besar memberitahu semua guru bahawa hari Sabtu , 27.8.2022 akan diadakan
LADAP bagi memurnikan kerja-kerja keceriaan program TS25.

3.1.2 Guru besar juga memberitahu guru-guru untuk menjalankan PBD dan penjaminan kualiti
dalam minggu ini.

3.1.3 Beliau juga memberitahu peraturan-peraturan bagi guru-guru.


 Dye hanya 1 warna sahaja (Dark Brown) dibenarkan.
 Guru digalakkan memakai pakaian seragam persatuan.
 Buku latihan murid haruslah disemak dalam masa 3 hari.
 Guru dilarang untuk ugut atau kecam murid.
 Guru dilarang untuk baling buku-buku murid.
 Guru mesti tandatangan buku kehadiran sebelum balik.
 Guru bertugas wajib berada di kantin pada waktu rehat. Selepas makan murid-murid perlu
tunggu di dewan. Oleh itu, guru bertugas perlu membimbing murid-murid di dewan untuk
program bacaan.

3.1.4 RPH harus ditulis dalam CIDS and objektif perlu tulis dengan jelas serta impak mesti
ditulis setelah tamat sesi PdPC. Refleksi merupakan bukti PdP selesai.

3.1.5 Setiap minggu hari Khamis, Kelas English bagi mengukuhkan kemahiran membaca akan
dijalankan oleh bekas lawyer, En.Maniam dari pukul 12.45-2.45. Guru-guru harus bertugas
bergilir-gilir.

3.1.6 Guru kelas perlu menggalakkan murid-murid membeli Tshirt Pengakap dan PBSM.

3.1.7 Guru kelas harus mewujudkan sudut info murid dengan menggunakan bahan Recycle.

3.1.8 Guru yang berkenaan perlu letakkan info bagi setiap pokok yang ditanam.

3.1.9 Penggunaan PSS perlu dipelbagaikan.

Tindakan: Semua Guru

3.2 Ucapan PK Pentadbiran

3.2.1 PK Pentadbiran memberitahu bahawa mesyuarat panitia akan diadakan pada minggu depan
bagi membincangkan tentang PBD dan penjaminan kualiti.
3.2.2 Beliau juga memberitahu murid-murid Tahap 2 tidak ada kesedaran tentang ujian dan tidak
mempunyai kemahiran untuk menjawab soalan-soalan.

3.2.3 Beliau juga memberitahu bahawa Science Fair akan diadakan pada hari Rabu minggu
depan 24.8.2022.
 Penyampaian hadiah akan diadakan pada Hari Kokurikulum.
 Medal dan sijil penyertaan akan disampaikan kepada semua murid.
 Petandingan inovasi matematik akan diadakan pada waktu pagi manakala pertandingan
inovasi sains akan diadakan pada sebelah petang semasa waktu kokurikulum.

3.2.4 Semua guru harus menulis ulasan guru bagi murid yang mendapat TP1 dan TP2.

3.2.4 Beliau juga meminta semua guru untuk menulis impak selepas waktu pengajaran setiap
hari.

3.2.5 Beliau juga menerangkan program-program kecerian TS25.


 Suara guru harus disiapkan sebelum minggu depan.
 Kecerian bilik guru harus ditingkatkan.
 Setiausaha bidang masing-masing harus mengemaskinikan papan kenyataan bilik TS25.
 Semua buku program yang dibuat harus diletakkan dalam bakul yang disediakan di bilik
TS25.
 LADAP bagi keceriaan akan diadakan pada hari Sabtu, 27.8.2022 dari pukul 7.30 pagi
hinggal 2.00 petang.
 Semua guru perlu bekerjasama untuk melengkapkan pondok masing-masing.

3.2.6 Guru-guru boleh menjalankan ujian bulanan jika perlu mengikut tahap murid-murid.

3.2.7 Guru-guru yang berkenaan tolong pulangkan fail unit kurikulum dengan secepat mungkin.

Tindakan: Semua Guru


3.3 Ucapan PK HEM

3.3.1 PK HEM memberi taklimat APDM.


 Guru kelas harus mengemaskini bantuan murid dalam APDM.
 Guru kelas harus mencatat kehadiran sebelum 9.00 pagi.
 38 orang murid telah mendapat bantuan KWAPM. Terdapat 7 orang murid cicir akan
mendapat bantuan dalam sesi depan.
 Borang bantuan harus dikumpul sebelum 28.7.2022. Semua dokumen harus disahkan oleh
penghulu.

3.3.2 Beliau juga memberitahu Kelab Jenayah akan dijalankan pada masa perhimpunan. Isu-isu
semasa tentang buli, ugut akan dibincangkan dalam waktu Pendidikan moral dalam kelas.
Tetapi sebulat suara menyatakan bahawa isu-isu, semasa itu dijalanlan pada masa
perhimpunan.

3.3.3 Beliau juga memberitahu guru bertugas dan guru RMT harus menandatangan buku RMT
dan kantin dan memastikan guru bertugas harian berada di kantin dan dewan pada waktu
rehat.
3.3.4 Beliau juga memastikan semua guru untuk mengemaskinikan dan menghantar fail-fail
HEM.
Tindakan: Semua Guru

3.4 Lain-lain

3.4.1 5 buah buku nota dan buku Latihan perlu hantar kepada guru besar.

3.4.2 Program Sekolahku Sejahtera akan dijalankan pada 18/8/2022. Semua guru wajib pakai
pakaian batik.

3.5.3 Taklimat tentang techno-inovasi telah disampaikan oleh Pn.Kawita,

3.5.4 Kelas membaca bagi subjek Inggeris diberi keutamaan bagi murid yang lemah dalam mata
pelajaran Bahasa Inggeris.
Tindakan: Semua Guru

4.0 Ucapan Penangguhan:

4.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan berharap akan mematuhi apa
yang telah disarankan oleh Guru Besar dan berharap semua guru memainkan peranan
masing-masing dengan lebih dedikasi dalam meningkatkan prestasi anak murid dan
sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh:

……………………………
(PUAN MUVEENA A/P THURAIRAJU)
Setiausaha Mesyuarat Guru,
SJKT Ladang Sungai Wangi II

Disemak oleh:

………………………………..
(PUAN RAJAMANI A/P MUNUSAMY)
PK Pentadbiran
SJKT Ladang Sungai Wangi II

Disemak oleh:

………………………………..
(PUAN RAHMATHUNISA BEAHAM BINTI ABDUL RAHIMAN)
Guru Besar,
SJKT Ladang Sungai Wangi II

You might also like