You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SANTONG,

23100 PAKA,TERENGGANU DARUL IMAN.

Tel:09-81010110
Ruj kami:SKS 06/06/001(1)
Tarikh:23 Mac 2023

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL. 1/2023

Tarikh : 28 Mac 2023


Masa : 12:00 tghr
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Santong
Kehadiran :1)Pn.Mahanizam binti Mohd
2)Pn.Norhayati binti Abdul Aziz
3)Pn Wan Salawati binti Wan Ismail
4)Pn.Noorazina binti Azis

Turut Hadir :1.Pn Muzdalifah binti Md Judi - GPK 1

Tidak Hadir : tiada

AGENDA MESYUARAT

1. UCAPAN PENGERUSI
 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah
 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli
jawatankuasa (AJK) yang hadir dan mengalu-alukan AJK baharu.
 Memohon kerjasama semua AJK memantapkan organisasi pada tahun 2023.

Tindakan: Makluman
2. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

 Tiada perkara berbangkit

3. PENGURUSAN SUBJEK

3.1 DSKP,RPT & RPH

DSKP

 Boleh disediakan dalam bentuk softcopy.atau dicetak dan disimpan oleh guru mengikut tahun yang
diajar.

RPT
 Mestilah mengandungi maklumat seperti minggu,tema,tajuk,standard kandungan,standard
pembelajaran dan pengisian kurikulum.
RPH

 Maklumat yang perlu ada di dalam RPH seperti minggu,tarikh,hari,tema,tajuk,Standard


kandungan ,standard pembelajaran,objektif,aktiviti dan refleksi.
 Pengerusi menerangkan cara penulisan Rancangan Pelajaran Harian. Rancangan Pelajaran Harian
hendaklah diselaraskan berdasarkan keputusan yang telah dibuat dalam perancangan KSSR dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu hendaklah menggunakan sepenuhnya modul yang telah dibekalkan
kepada guru.
 Pengerusi mengingatkan semua guru supaya mempunyai sukatan pelajaran yang terkini setiap
subjek yang diajar.

Tindakan: Makluman

3.2 JADUAL WAKTU DAN BIODATA

 Semua guru yang mengajar Bahasa Melayu dikehendaki menyerahkan jadual waktu dan biodata
kepada setiausaha untuk disimpan dalam fail panitia.

Tindakan: Makluman
dan tindakan semua

3.3 PBD

 Murid sekurang-kurangnya mencapai tahap penguasaan (TP) 3. Murid yang mendapat TP 2 dan TP
1 adalah murid yang lemah.
 Guru diminta menyemak hasil kerja murid setiap kali latihan diberikan kepada murid.

Tindakan: Makluman
dan tindakan semua

3.4 Program intervensi

 Tahap 1
Murid-murid yng lemah dari segi 3M dihantar ke kelas pemulihan mengikut jadual yang telah
ditetap,kan oleh guru pemulihan.
 Tahap 2
Murid Tahap 2 khususnya murid tahun4 yang belum menguasai juga masih dirujuk ke kelas
pemulihan.

Tindakan:Makluman
dan tindakan semua.

4. PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN 2023

4.1 RANCANGAN STRATEGIK AKTIVITI JANGKA PANJANG


 Pengerusi meminta sudut BM di dalam kelas sentiasa dikemaskini.
 Karnival Ko akademik seperti pertandingan bercerita tahap 1 dan 2 akan diadakan seperti tahun-
tahun lepas.
 Pengerusi meminta mana – mana guru BM yang mempunyai cadangan berkaitan
penambahan aktiviti atau sebarang idea bagi memantapkan panitia BM agar
memaklumkan kepada beliau secepat mungkin supaya dapat dipanjangkan
dalam mesyuarat akan datang.
 Kempen bahasa yang melibatkan 3 bahasa.

Tindakan: Semua AJK

4.2 MINIT MESYUARAT

 Pengerusi menerangkan cara menyediakan minit mesyuarat ,surat panggilan dan minit curai yang
terkini .

Tindakan: Makluman
dan tindakan semua

5. LAIN-LAIN HAL

5.1 PERBELANJAAN

 Cara menggunakan/membelanjakan duit panitia.


 Baki terkumpul Peruntukan perbelanjaan Panitia Bahasa Melayu yang masih ada di dalam akaun
sekolah adalah sebanyak RM 533.96. .
 Pendapat daripada setiap ahli untuk membeli beberapa keperluan untuk Panitia Bahasa Melayu
seperti laminating,kertas A4,buku latihan murid,marker pen dan lain-lain.
 Pengerusi meminta AJK agar dapat membuat perbelanjaan secara berhemah.

5.2 BUKU TEKS

 Penggunaan buku teks sangat penting dan mesti digunakan sepenuhnya.


 Buku rujukan dan buku tambahan boleh digunakan.
 Guru mata pelajaran perlu memeriksa buku latihan atau buku kerja murid.

Tindakan:Semua AJK

6. PENUTUP

 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.
 Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan Al-Asr pada jam 3:00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:


---------------------------------- ------------------------------------------
( MAHANIZAM BINTI MOHD) ( Muzdalifah binti Md Judi )
Setiausaha, Penolong Kanan Pentadbiran,
Panitia Bahasa Melayu , Sk Santong
Dungun,Terengganu Dungun,Terengganu

Disahkan oleh:

………………………………
(SITI ZAHARAH BINTI YAZID)
Guru Besar,
SK Santong

s.k Fail Panitia Bahasa Melayu

SEKOLAH KEBANGSAAN SANTONG,

23100 PAKA,TERENGGANU DARUL IMAN.

Tel:09-81010110

Ruj. Kami : SKS 06/06/001( 1 )


Tarikh : 23 MAC 2023
Guru Besar ,
Penolong Kanan 1,
Semua Guru AJK Bahasa Melayu,

Tuan,

MESYUARAT PENYELARASAN PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA 2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 28 Mac 2023 ( Isnin )


Masa : 12 tghr
Tempat : Bilik Mesyuarat SKDM

3. Agenda mesyuarat:-

3.1. Ucapan Pengerusi


3.2 Perkara berbangkit
3.3 Pengurusan subjek
3.4 Perancangan aktiviti tahunan
3.5.lain-lain hal
3.6. Bersurai

4. Sehubungan dengan itu,semua dijemput hadir.

Sekian,terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………….
(MAHANIZAM BINTI MOHD)
Setiausaha,
Panitia Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Santong,
23100 Paka, Dungun,
Terengganu.

s.k :Fail Panitia Bahasa Melayu


Pengerusi Panitia Bahasa Melayu- puan dikehendaki mempengerusikan mesyuarat.
Guru Besar SKS - tuan dikehendaki hadir
Penolong Kanan 1 - tuan dikehendaki hadir

You might also like