You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HOSBA

06010 CHANGLUN
KEDAH DARUL AMAN
MALAYSIA
KEA4062

Telefon : +604-924 3128 (Pejabat Am)


Telefon : +604-924 2790 (Pejabat Asrama)
Faks : +604-924 3130
Emel : KEA4062@moe.edu.my

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS


KALI KEDUA 2023

TARIKH : 24 September 2023


HARI : Ahad
MASA : 2.30 - 4.00 petang
TEMPAT : Bilik Mesyuarat

KEHADIRAN:

BIL. NAMA
1. FAIZAH BINTI DARUS (GK Bahasa)
2 ANUAR BIN ABDULLAH (Ketua Panitia)
3 NOORITA BINTI HUSSAIN
4 MOHAMAD KHAIRI BIN RAMLI
5 CHU HAU TAN
6 HASLINDA BINTI AHMAD
7. MOHD. MARPHY BIN RAZALI
8. SAIFUL AMIR BIN ISMAIL
9. NORAINI BINTI SALLEH

I. ALUAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab.
1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran Guru Kanan bahasa dan semua guru ke Mesyuarat
Panitia Bahasa Inggeris kali kedua dan mengucapkan terima kasih kerana dapat
meluangkan masa bersama.
Tindakan: Makluman

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT


Pn. Noorita mencadangkan supaya minit mesyuarat lalu disahkan. Disokong oleh Pn. Chu Hau
Tan. Minit Mesyuarat kali pertama telah disahkan tanpa sebarang pindaan.
Tindakan: Makluman

3. BORANG OPPM DAN PINTAS


3.1 Semua guru diminta menyiapkan borang OPPM dan Pintas kelas masing masing
dalam kadar segera.
Tindakan: Semua Guru

1
4. KELAS ANJAL
4.1 Senarai kehadiran murid Tingkatan 5 untuk kelas anjal akan dimantapkan kembali.
4.2 Kelas Tambahan Jumaat dan Sabtu oleh guru-guru yang terlibat akan diteruskan seperti
biasa.
Tindakan: Guru Tingkatan 5

5. PERKAMPUNGAN ILMU SPM SIRI 2


5.1 Perkampungan Ilmu Siri 2 SPM akan diadakan pada 12 Oktober hingga 14
Oktober, iaitu Khamis, Jumaat dan Sabtu.
5.1.Jawatankuasa program Perkampungan Ilmu telahpun dibentuk dan jadual akan dikongsi
dalam grup Telegram Guru SPM.
Tindakan: Guru Tingkatan 5

6. ANALISIS PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2023


6.1 Semua guru perlu mengisi markah Peperiksaan Pertengahan Tahun dalam Sistem
Bersepadu KPM (MOEIS) menggunakan idMe. Prosedurnya lebih kurang sama dengan
SAPS, guru-guru boleh terus masuk ke idMe dan seterusnya ke Pengurusan
Pentaksiran.
6.2. Tarikh kemasukan markah bermula pada 5 Oktober hingga 15 Oktober manakala bagi
tingkatan 1 hingga tingkatan 4 pula 5 Oktober hingga 5 November.
6.3. Semua guru perlu melihat kembali bilangan calon yang gagal dalam setiap mata
pelajaran. Sebagai contoh seramai 110 orang murid Tingkatan Satu gagal Bahasa Inggeris,
Tingkatan 2, 74 dan Tingkatan 3 64 orang murid.
Tindakan: Semua Guru

7 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)


7.1 Analisis keseluruhan TP 2:
Bahasa Inggeris (Ting.5) 10 orang murid
7.2 Guru-guru perlu berbincang tentang Catch-up Plan. Bagi murid yang mendapat TP 1 dan
TP 2.
7.3 Bagi murid yang mendapat TP3 dan TP4 pengukuhan perlu dilakukan untuk mendapat
TP5 dan TP6. Bagi murid yang mendapat TP5 dan TP6 pengayaan perlu dilakukan.
Tindakan: Semua Guru

8. PROFESIONAL LEARNING KOMUNITI (PLC)


8.1 Guru-guru yang sudah melaksanakan PLC perlu melengkapkan surat panggilan dan
sebagainya untuk diisi dalam SPLKPM. Guru digalakkan untuk membuat PLC untuk
memantapkan lagi profesionalisme guru.
Tindakan: Makluman

9. PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK


9.1Pengerusi memohon semua ahli agar dapat merancang aktiviti yang boleh memberi impak
kepada kemenjadian murid
9.2 Antara program yang akan dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi akademik ialah
i. Perkampungan Ilmu/Bengkel Teknik Menjawab
2
ii. Kelas Anjal SPM
iii. Kelas Tambahan NCER
9.3 Calon-calon SPM juga akan didedahkan kepada soalan percubaan negeri dan modul
set peperiksaan.
9.4 Bagi tingkatan 1 dan 4, buku kerja murid yang berformatkan kertas soalan boleh
Digunakan.
Tindakan: Semua Guru
10. PROGRAM HIP
10.1 Program HIP perlu dikemaskini dari masa ke semasa. Program HIP berjalan seiring dengan
program Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia lain. Kerjasama dari semua guru untuk
menjayakan program HIP amatlah dihargai.
10.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada penyelaras HIP Puan Chu Hau Tan kerana telah
berjaya menyediakan sudut HIP. .
Tindakan: Semua Guru
11. HAL – HAL LAIN
11.1 Ahli-ahli panitia disarankan supaya sentiasa berada dalam keadaan bersedia ketika
menjalankan PDPC di dalam kelas. Ini adalah kerana pencerapan oleh Ketua Panitia dan
pihak Pentadbiran boleh dilakukan secara “walk-ins” atau “corridor walks” tanpa makluman
kepada guru dengan lebih awal.
11.2 Semua guru Bahasa Inggeris diminta suapaya mengenalpasti murid-murid di kelas masing-
masing dan dibahagikan kepada tiga kumpulan– lemah, sederhana dan cemerlang.
Guru-guru perlu merancang dan menyediakan latihan pemulihan,pengayaan dan
pengukuhan untuk setiap kumpulan.
Tindakan: Semua Guru

12. PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru.
Mesyuarat ditangguhkan pada 4.00 petang

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

……………………………........... ................................................. .
(PN HASLINDA BINTI AHMAD) (EN ANUAR BIN ABDULLAH)
KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS
SMK HOSBA

You might also like