You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN MUDZAFFAR SHAH

BUJANG, 08100 BEDONG, KEDAH DARUL AMAN

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS


Bil. 3 2022/2023

TARIKH : 14 NOVEMBER 2022


HARI : ISNIN
MASA : 12.40 TENGAHARI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT

HADIR:
BIL NAMA GURU JAWATAN
1. EN. ISMAIL BIN JEMALUDIN GURU BESAR
2. PN. NUR IZZATI BT ISMAIL PENGERUSI / KETUA PANITIA B. INGGERIS
3. PN. SAKINAH BT MUSA SETIAUSAHA
4. PN. HJH NORHAMISHAH BT ABD HALIM GURU BAHASA INGGERIS
5. PN. ZURAINI BT DAHILI GURU BAHASA INGGERIS
6. PN. FATIMAH BT AHMAD GURU BAHASA INGGERIS
7. CIK MAIZATUL AKHMA BT MOHD LAZIM GURU BAHASA INGGERIS
8. PN. NORSYABIHA BT MAHIDEN GURU BAHASA INGGERIS
9. EN. ZAHIR B HASHIM GURU BAHASA INGGERIS
10. CIK ROHAYA BT ROSLE GURU BAHASA INGGERIS
11. PN. NOOR HAFIZATUL BT CHE MAN GURU BAHASA INGGERIS
12. PN. NUR FAIZAH BT CHE ME GURU BAHASA INGGERIS
13. EN. MOHD SOFI BIN SAFAR GURU BAHASA INGGERIS
14. PN. FATIN HANNANI BT RAMLI GURU BAHASA INGGERIS

URUS SETIA

1. Pn. Sakinah binti Musa (Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris)

I. PERUTUSAN PENGERUSI – Pn. Nur Izzati binti Ismail

2. Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua guru Bahasa
Inggeris ke mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris kali ketiga untuk tahun 2022/23.

1
II. PERUTUSAN PENTADBIR – Encik Ismail bin Jemaludin (Guru Besar)

3. Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada guru-guru Bahasa Inggeris yang
hadir pada mesyuarat panitia pada kali ini.

4. Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru Bahasa Inggeris
kerana melaksanakan tugas dengan baik sepanjang tahun dan berharap cikgu-cikgu
akan buat lebih baik pada sesi akan datang.

III. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU

10. Pn. Sakinah binti Musa membentangkan minit mesyuarat kali ke 2, 2022/2023 untuk
diteliti dan disahkan.

Cadangan disahkan : Pn. Nur Hafizatul bt Che Man


Disokong oleh : Puan Norhamishah bt Abd Halim

IV. PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) DISEMBER 2021

5. Pn. Izzati selaku Ketua Panitia membentangkan Laporan PBD mengikut tahun.
Laporan PBD seperti dalam lampiran.

V. CATCH UP PLAN 1

6.1 Mengenal pasti sama ada Kandungan Asas Kurikulum (KAK) yang terdapat di dalam
Dokumen Penjajaran telah selesai diajar atau belum semasa pdpr dilaksanakan. Peratus
KAK ini akan menentukan strategi yang sesuai dilakukan dalam membantu murid-
murid yang tercicir semasa sesi pdpr.

6.2 Mengenal pasti Tahap Penguasaan murid dalam PBD yang telah dilaksanakan sepanjang
pdpr. Terdapat beberapa kaedah pentaksiran PBD seperti pemerhatian, penulisan, lisan

2
dan gabunga. Kandungan Asas Kurikulum (KAK) dan Tahap Penguasaan (TP) adalah
saling berkait.

6.3 Pentaksiran Standard Setara (PSS) pula dilakukan bagi melihat sejauh mana kefahaman
murid semasa pdpr dahulu. Guru perlu mencatatkan jumlah murid yang lulus dan gagal
bagi peringkat ini. Mengambil kira Tahap Penguasaan (TP) murid yang telah ditaksir
dalam PBD dan markah PSS.

6.4 Murid yang tercicir akan dilihat hasil daripada TP dalam PBD dan PSS yang telah
dijalankan. Mula melaksanakan Strategi 1 dimana merujuk kepada pemulihan kepada
murid yang telah dikenalpasti.

Tindakan: Semua guru

VI. CATCH UP PLAN 2

7. Merancang Strategi Mengikut TP Murid

Strategi 1: Bagi kelompok murid yang hanya pada TP 1 dan TP 2. Strategi 1 adalah
strategi Pemulihan.

Strategi 2: Bagi kelompok murid pada TP 3 dan TP 4. Strategi 2 pula merujuk kepada
pengukuan dimana para guru hanya perlu mengukuhkan murid yang berada pada Tahap
Penguasaan ini melalui aktiviti-aktiviti pengukuhan.

Strategi 3: Bagi kelompok murid TP 5 dan TP 6. Strategi 3 adalah dimana merujuk


kepada Penggayaan khusus kepada murid pada Tahap Penguasaan 5 dan 6.

Tindakan: Semua guru

VII. PEMILIHAN BUKU KERJA UNTUK SESI 2022/2023

8. Guru-guru bersetuju sepakat menggunakan buku-buku kerja berikut mengikut tahun:

3
TAHUN JUDUL BUKU PENERBIT HARGA
1 1. Year 1 CEFR English Workbook (Fotostat) RM10.00
2. Buku latihan Masteri A KSSR Semakan PEP RM 5.00
Tahun 1
2 1. Year 2 CEFR EnglishWorkbook (Fotostat) RM10.00
2. Buku latihan Masteri A KSSR Semakan PEP RM 5.00
Tahun 2
3 1. Year 3 Teacher’s Fiera Workbook (Fotostat) RM15.00
2. Buku latihan Masteri A KSSR Semakan PEP RM 5.00
Tahun 3
4 Get Smart Plus 4 Workbook MM Publication RM29.90
5 English Plus 1 Year 5 Workbook myBookstore Sdn Bhd RM15.90
6 English Year 6 Workbook (kiv) (kiv) (kiv)

VI. HAL-HAL LAIN

9. Tuan Guru Besar berharap guru-guru terus berusaha memikirkan bagaimana untuk
menarik murid-murid aktif dan memahami pdpc seperti melakukan aktiviti yang
interaktif.

Tindakan: Semua guru

VII. PENUTUP

10. Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru Bahasa Inggeris kerana
melaksanakan pdpc dengan baik. Guru Besar mengingatkan guru-guru bahawa mengajar
adalah tugas dan tanggungjawab utama guru.

11. Ketua Panitia mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang menyertai mesyuarat
dan berharap agar semua guru bersemangat menjalankan tugas dengan baik.

12. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2 petang.

4
Disediakan oleh, Disemak oleh,

........................................... .......................................
(PN. SAKINAH BT MUSA) (PN. NUR IZZATI BT ISMAIL )
Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris, Ketua Panitia Bahasa Inggeris,
SK Sultan Mudzaffar Shah. SK Sultan Mudzaffar Shah
31 JANUARI 2022 31 JANUARI 2022

Disahkan oleh,

..............................................................
(EN ISMAIL BIN JEMALUDIN)
Guru Besar,
SK Sultan Mudzaffar Shah.
20 NOVEMBER 2022

You might also like