You are on page 1of 6

UNIT KURIKULUM SK SALAK 2022

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS


BIL 2/2022

Tarikh : 1 November 2022


Hari : Selasa
Masa : 12.40 tengah hari – 1.40 tengah hari
Tempat : Makmal Komputer SK Salak

AGENDA MESYUARAT

1.0 Ucapan Pengerusi


2.0 Pengesahan Minit
3.0 Perkara Berbangkit
4.0 Perkara Baharu
4.1 Minggu Bahasa Inggeris Tahun 2022
4.2 Laluan Bahasa Inggeris
4.3 LADAP Pembugaran KSSR Bahasa Inggeris Tahun 6
4.4 Highly Immmersive Programme (HIP Programme)
4.5 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
5.0 Hal-Hal Lain
6.0 Penutup

KEHADIRAN

HADIR
1. Puan Hjh. Husna Syakirah binti Hj. Harun Ketua Panitia Bahasa Inggeris

2. Cik Ainina Syakirah binti Abd Manaff Setiausaha

3. Puan Erna Farhana binti Hamid Guru Bahasa Inggeris

4. Puan Liza Rozana binti Masaat Guru Bahasa Inggeris

5. Puan Noorelliana binti Abdul Rahman Guru Bahasa Inggeris

6. Puan Azura binti Muda Guru Bahasa Inggeris

7. Encik Mohd Khairulazhar bin Abdullah Guru Bahasa Inggeris

8. Puan Nor Fazila binti Bahri Guru Bahasa Inggeris


Tidak Hadir
Cik Shazwina Shamien bt Abdul Basit PdPC sesi petang
Puan Sabrina binti Malbaki
Puan Jamilah binti Haron

URUS SETIA MESYUARAT


1. Puan Hjh. Husna Syakirah binti Hj. Harun Ketua Panitia Bahasa Inggeris
(Pengerusi)
2. Cik Ainina Syakirah binti Abd Manaff Setiausaha Panitia
(Pencatat Minit)

AGENDA

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli Panitia
Bahasa Inggeris 2022 yang dapat meluangkan masa untuk Mesyuarat
Panitia Bahasa Inggeris kali ke-2 bagi tahun 2022.

Tindakan: Untuk Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT


2.1 Pengesahan minit meyuarat Panitia Bahasa Inggeris Bil.1/2021 telah
dicadang untuk disahkan tanpa pindaan oleh Puan Noorelliana Binti Abdul
Rahman dan disokong oleh Puan Liza Rozana binti Masaat.

3.0 PERKARA BERBANGKIT


Tiada

4.0 PERKARA BARU

4.1 Perbincangan Minggu Bahasa Inggeris Tahun 2022

4.1.1 Pengerusi mencadangkan tarikh minggu Bahasa Inggeris diadakan


pada 7 November 2022 sehingga 18 November 2022.
4.1.2 Guru-guru Bahasa Inggeris bersetuju dengan Tarikh yang
dicadangkan oleh pengerusi.
4.1.3 Pengerusi membincangkan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang
minggu Bahasa Inggeris.
4.1.4 Hasil perbincangan adalah seperti berikut:

Aktiviti Tindakan
Spelling Bee
 Murid Tahun 1,2 dan 3  Dikendalikan oleh guru yang
 Murid Tahun 4,5 dan 6 mengajar di dalam kelas pada waktu
PdPC.
 3 pemenang bagi setiap kelas.
(Tahun 1,2,3)
 5 pemenang bagi setiap tahun
(Tahun 4,5,6)
Singing Competition
 Dikendalikan oleh
 Terbuka kepada semua murid  Tiga pemenang bagi setiap tahun.
Tahun 1-6
Scrabble
 Dikendalikan oleh En. Khairul.
 Terbuka kepada semua murid  Tiga pemenang bagi setiap tahun
Tahun 4-6
Word Search  Dikendalikan oleh
 Semua murid Tahun 4  3 pemenang bagi setiap kelas

Formation of Words  Dikendalikan oleh guru yang


 Semua murid Tahun 5 mengajar di dalam kelas pada waktu
PdPC.
 3 pemenang bagi setiap kelas
Crossword Puzzle  Dikendalikan oleh guru yang
 Semua murid Tahun 6 mengajar di dalam kelas pada waktu
PdPC.
 3 pemenang bagi setiap kelas

4.2 Laluan Bahasa Inggeris


4.2.1 Pengerusi berbincang bersama guru-guru Bahasa Inggeris
berkenaan Laluan Bahasa Inggeris.
4.2.2 Hasil perbincangan Laluan Bahasa Inggeris akan dinamakan
sebagai ‘Pitstop’.
4.2.3 Tindakan guru-guru Bahasa Inggeris untuk menukar perkataan di
papan putih Pitstop apabila;
4.2.3.1 Ruangan bina ayat telah dipenuhkan oleh murid.
4.2.3.2 Seminggu sekali.
4.2.4 Guru Bahasa Inggeris juga perlu membuat semakan ayat yang
telah ditulis oleh murid sebelum memadamnya.
4.2.5 Guru juga perlu mengenal pasti murid yang aktif membina ayat di
ruangan Pitstop sebagai pemenang ‘Best Writer of the Months’.
4.2.6 Seorang pemenang akan dipilih secara rawak setiap bulan
berdasarkan nama murid yang membina ayat di ruangan Pitstop.

Tindakan: Makluman

4.3 LADAP Pembugaran KSSR Bahasa Inggeris Tahun 6

4.3.1 Pengerusi telah membuat perbentangan slaid berkenaan LADAP


Pembugaran KSSR Bahasa Inggeris Tahun 6 kepada guru-guru
Bahasa Inggeris.

Tindakan: Makluman

4.4 Highly Immmersive Programme (HIP Programme)

Tindakan: Makluman

4.5 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Tindakan: Makluman

5.0 Hal-Hal Lain


5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pada 2 November 2022 (Rabu), guru-guru
Bahasa Inggeris untuk turut serta menghias Pitstop selepas aktiviti
kokurikulum.

Tindakan: Makluman
6.0 Penutup
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru Bahasa Inggeris
yang hadir pada mesyuarat kali ini.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 tengah hari.


Disediakan oleh :

Urus Setia
Panitia Bahasa Inggeris
SK Salak
Tarikh : 1 November 2022

You might also like