You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT BAHASA INGGERIS KALI PERTAMA

SEKOLAH KEBANGSAAN CHENDERAWASIH


2017

Tarikh : 5 Januari 2018


Hari : Khamis
Masa : 1.35 petang
Tempat: Bilik Gerakan
Kehadiran : Puan Alam Ana bt Ilias ( Guru Besar )
Pn Zalina bt Mustapha ( GPK Pentadbiran )
Pn Fadhilla bt Ashari ( GPK Hal Ehwal Murid )
En Muhammad Rushdan bin Mohd Noor ( GPK Ko-kurikulum )
Pn Intan Nurbaizurra bt Mohd Rosmi (Ketua Panitia)
Pn Rayahin bt Mat Yusof

1. Ucapan Ketua Panitia

1.1 Pn Intan Nurbaizurra bt Mohd Rosmi mengucapkan terima kasih kepada


semua guru yang menghadirkan diri.
1.2 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru di atas kerjasama yang
diberikan sepanjang tahun 2016.
1.3 Mengharapkan semua kerjasama dari semua pihak agar setiap dirancang
berjalan dengan baik.

Tindakan : Semua guru Bahasa Inggeris

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas.


2.1 Puan Intan Nurbaizurra bt Mohd Rosmi membentangkan minit mesyuarat kali
ke empat 2016 untuk disahkan.
2.2 Puan Zalina bt Mustapha bersetuju minit mesyuarat kali ke empat di sahkan
dan diterima.
2.3 Puan Rayahin bt Mat Yusof menyokong.

3.Rancangan Pengajaran Tahunan,Format Ringkasan Mengajar,DSKP.


3.1 Setiap guru perlu mengikut standard ringkasan mengajar KSSR seperti yang
telah ditetapkan. Puan Rayahin menayangkan slaid mengenai kursus
CEFR yang telah di ikutinya pada tahun lepas secara ringkas untuk
makluman. Ladap mengenai CEFR telah dijalankan selama 4 hari pada awal
Disember.
3.2 Kursus yang beliau ikuti merujuk kepada Curiculum Induction dan akan
menyusul kursus yang seterusnya.
3.3 Manakala untuk guru-guru tahap dua perlu mengikut standard ringkasan
mengajar KSSR seperti yang telah ditetapkan. Mesyuarat dengan ini
menetapkan bahawa ringkasan mengajar perlu ditulis mengikut ketetapan
berikut :
1. Theme
2. Topic
3. Learning Standard
4. Behavioural Objectives
5. Teaching Materials
6. Pedagogical Activities
7. Reflection
3.4 Semua guru perlu mengikut urutan skills seperti yang telah ditetapkan iaitu
listening & speaking, reading, writing, grammar & language arts.
3.5 DSKP & Rancangan Pengajaran Tahunan perlu disediakan lengkap dan
dihantar pada minggu kedua bulan Januari untuk disahkan.Guru-guru perlu
memastikan rancangan pengajaran harian selari dengan rancangan
pengajaran
tahunan. Ditulis dengan lengkap bertarikh dan mengikut minggu.
3.6 Rekod persediaan mengajar perlu dikemaskini dan lengkap serta di hantar
untuk semakan guru besar setiap jumaat.
3.7 Untuk RPT guru boleh merujuk di dalam laman web sistem pendidikan
sebagai rujukan.

4. Prosedur Pembelian Panitia & Pengurusan Stok


4.1 Guru-guru boleh berbincang untuk menyediakan senarai peralatan atau bahan
bantu mengajar dan diberikan kepada ketua panitia untuk pengurusan
stok dan pembelian peralatan mengajar untuk murid.
4.2 Setiap guru perlu menyenaraikan peralatan yang hendak dibeli dan ketua

panitia akan menyerahkan anggaran belanjawan kepada kerani. Pembelian

bahan bantu mengajar perlu selaras dengan keperluan dan elakkan daripada
pembaziran. Semua pembelian perlu diuruskan dengan baik dan direkodkan.

Tindakan : Guru yang mengajar Bahasa Inggeris

5. Pentaksiran Bilik Darjah & Peperiksaan ( Penyediaan Soalan & Skema )


5.1 Pentaksiran bilik darjah perlu dibuat dan dinilai mengikut band murid. Setiap
guru perlu menyimpan borang rekod transit sebelum di serahkan
kepada SU
PBS untuk tujuan penyimpanan dan analisis data.
5.2 Guru perlu pastikan murid dinilai mengikut tahap mereka. Pentaksiran tidak

semestinya di taksir di dalam bilik darjah sahaja. Bagi penyediaan soalan

untuk setiap peperiksaan perlu disediakan seawal dua minggu sebelum


peperiksaan untuk dikumpul dan disemak. Soalan perlu digubal berdasarkan
tahap kemampuan murid.
Tindakan : Guru yang mengajar Bahasa Inggeris

6. PenetapanTarikh Mesyuarat
6.1 Semua guru Bahasa Inggeris bersetuju dengan tarikh/bulan yang telah dipilih
mengikut buku perancangan sekolah :

Mesyuarat Kali Pertama Januari


Mesyuarat Kali Kedua Mac
Mesyuarat Kali Ketiga Jun
Mesyuarat Kali Keempat Oktober

Tindakan : Semua Guru Bahasa Inggeris

7. Penyemakan Buku Rampaian Murid & Tugasan Murid

7.1 Guru Besar, guru-guru penolong kanan akan menyemak buku tulis murid
mengikut tahun.
7.2 Guru perlu menghantar 5 buah buku tulis dari setiap kumpulan murid yang
cemerlang, sederhana dan lemah mengikut hari yang telah ditetapkan.
Hari Isnin Penyemakan buku tulis Tahun 1 dan 4
Hari Selasa Penyemakan buku tulis Tahun 2 dan 5
Hari Khamis Penyemakan buku tulis Tahun 3 dan 6
7.3 Bagi latihan murid di dalam kelas, guru-guru perlu memastikan bahawa kerja

mereka di semak dan ditanda. Mesyuarat dengan ini menetapkan kecukupan


latihan perlu ada untuk murid mengikut aras. Latihan murid perlu selaras
dengan rancangan pengajaran harian. Adakan pengukuhan untuk murid yang
lemah.
7.4 Penentuan bilangan latihan murid adalah berdasarkan kepada guru itu sendiri.

Rangka bilangan latihan setiap minggu untuk memastikan perancangan guru


dapat dicapai.

8. Perancangan Aktiviti dan Program Tahun 6


8.1 Guru-guru dinasihatkan untuk menjalankan aktiviti bersesuaian yang
melibatkan proses P&P. Puan Rayahin mencadangkan agar program
dirancang mengikut program utama dan program sampingan.
8.2 Guru Besar memaklumkan bahawa panitia Bahasa Inggeris perlu bersedia

untuk program 5P Bahasa Inggeris Penulisan. Rangka program untuk


memastikan murid dapat menguasai Bahasa Inggeris Penulisan.
8.3 Ketua Panitia mencadangkan program SVOC ditekankan kepada semua murid
tahap 2 bagi memantapkan bahasa Inggeris Penulisan memandangkan murid
tidak boleh menulis dengan baik.
8.4 Oleh itu mesyuarat memutuskan untuk menjalankan program Read &
Memories, English Day, Kem Subjek dan Write Paragraph Per Week bagi
memastikan peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris setiap murid.
8.5 Bagi memastikan keberkesanan setiap program dirancang guru-guru perlu
menilai dan melakukan penambahbaikan.
8.6 Untuk makluman, guru tahun 6 perlu bersedia dengan peperiksaan P1 yang
akan diadakan dalam bulan Mac. Pastikan murid dalam keadaan bersedia.
Guru-guru perlu konsisten dengan setiap perancangan yang dibuat dan

aktiviti yang dirancang perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Analisis


peperiksaan selepas setiap ujian penilaian perlu dibuat. RCA perlu supaya
guru dapat melihat apakah kelemahan murid. Bantuan daripada guru yang
tidak mengajar tahun 6 adalah sangat dialukan.
8.7 Pastikan program yang dirancang mengikut takwim dan dijalankan
berdasarkan takwim yang telah disediakan.
8.8 Puan Intan berharap segala perancangan dirancang dapat dilaksanakan
dengan baik.

9. Hal-hal lain.
9.1 Terima kasih diatas kerjasama yang diberikan. Semoga tahun 2017 segala
perancangan dapat dijalankan dengan baik seperti yang dirancang.
9.2 Setiap masalah berkaitan boleh diutarakan dan dibincang bersama.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.15 petang

You might also like