You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT KURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN CHENDERAWASIH


26700 MUADZAM SHAH PAHANG.

BIL : 1 TAHUN : 2019

_______________________________________________________________

Tarikh : 29 Disember 2018


Hari : Sabtu
Masa : 11.40 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran : Encik Nordin bin Wahab ( Guru Besar )


Pn Zalina bt Mustapha ( GPK Pentadbiran )
Pn Fadhilla bt Ashari ( GPK Hal Ehwal Murid )
En Muhammad Rushdan bin Mohd Noor ( GPK Ko-
kurikulum )
En Amri bin Zakaria
En Che Rosli bin Che Hassan
En Azman bin Ismail
Pn Khairiah binti Abd Wahab
Pn Siti Nurdina Mardhiah binti Mazli
Pn Nurul Hidayah binti Abdul Latif
Pn Intan Nurbaizurra bt Mohd Rosmi
Cik Hamelatul Hamilah binti Abdul Hamid

Tidak Hadir :
En Mohd Luqman bin Shaharuddin
En Shaharuddin bin Mohamad

Agenda 1 : Alu-aluan Pengerusi Majlis

1.1 Pn Zalina binti Mustapha mengucapkan tahniah kepada semua guru


yang dapat menghadirkan diri ke mesyuarat kurikulum kali pertama.
1.2 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru di atas kerjasama
yang diberikan sepanjang tahun 2018 dan memohon maaf seandainya
terdapat cacat cela dalam bidang pengurusan. Semoga segala
kelemahan dapat diperbaiki dan ditambah baik.
1.3 Mengharapkan semua kerjasama dari semua pihak agar setiap
dirancang berjalan dengan baik dan semua guru perlu memastikan
buku perancangan yang telah diedarkan tidak dihilangkan kerana
segala perkara penting dicatatkan di dalam buku tersebut.

Tindakan : Semua guru


Agenda 2 : Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 4/2018

2.1 Dicadang oleh Puan Khairiah binti Abd Wahab dan disokong oleh
Puan Siti Nurdina Mardhiah binti mazli

Agenda 3 : Perkara Berbangkit

3.1 Tiada

Agenda 4 : Perbincangan Bidang Kurikulum

4.1 Jawatankuasa Pentadbiran 2019

4.1.1 Semua guru boleh merujuk kepada buku perancangan yang


telah diedarkan bagi bidang tugas masing-masing. Setiap
guru perlu menjalankan tugas masing-masing berdasarkan
skop garis kerja dan panduan yang telah diberikan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
4.1.2 Untuk tahun 2019, jawatankuasa baru telah diwujudkan bagi
melicinkan pentadbiran sekolah iaitu Jawatankuasa PLC dan
Jawatankuasa HIP.
4.1.3 Guru yang dilantik boleh merujuk kepada pihak pentadbir
seandainya terdapat masalah dalam menguruskan
jawatankuasa masing-masing.
4.1.4 Bagi Jawatankuasa Pengurusan Aset, penambahan ahli
jawatankuasa telah dilakukan bagi membantu jawatankuasa
tersebut dalam menjalankan tugas. Umum mengetahui
bahawa aset merupakan cabang penting di dalam
pentadbiran sekolah maka ahli jawatankuasa baru yang
telah dilantik dapat membantu cikgu Hamelatul Hamilah binti
Abdul Hamid bagi menguruskan aset.

Tindakan : Semua guru

4.2 Jadual Waktu Guru dan Jadual Waktu Kelas

4.2.1 Agihan jadual waktu kelas dan jadual waktu guru adalah
mengikut opsyen masing-masing.
4.2.2 Bagi matapelajaran PJ/PK waktu minimum ialah sebanyak
48 jam iaitu bersamaan 32 waktu pendidikan jasmani dan 16
waktu bagi pendidikan kesihatan.
4.2.3 Guru yang mengajar wajib berpakaian seperti yang telah
ditetapkan oleh pihak kementerian. Guru adalah dilarang
sama sekali untuk berpakaian selain daripada pakaian
sukan.
4.2.4 Guru kelas perlu memastikan jadual waktu kelas diedarkan
pada murid-murid pada hari pertama persekolahan bagi
mengelakkan masalah jadual.
4.2.5 Jadual waktu adalah termasuk jadual waktu kokurikulum
sebanyak dua kali seminggu iaitu pada hari Rabu dan
Khamis.
4.2.6 Waktu kehadiran adalah sebelum 7.40 pagi dan Waktu balik
dari sekolah pada hari Isnin dan Selasa ialah pukul 1.30
petang, Rabu dan Khamis ialah pukul 2.30 petang dan pada
hari Jumaat ialah pukul 12.00 tengah hari.
4.2.7 Sebarang permasalahan mengenai jadual waktu boleh
dirujuk.

Tindakan : Semua guru

4.3 Perancangan Panitia dan Pdpc

4.3.1 Untuk makluman, ketua panitia yang telah dipilih pada tahun
ini adalah berdasarkan keupayaan dan pengalaman guru
tersebut. Ketua panitia wajib merujukkepada bidang tugas
masing-masing. Rancang segala perancangan aktiviti
mengikut takwim yang diberi. Pastikan semasa mesyuarat
pertama, tekankan mengenai rancangan pengajaran
tahunan, rancangan pengajaran harian,
takwim,perancangan aktiviti, belanjawan panitia serta
pentaksiran bilik darjah.
4.3.2 Ketua panitia memainkan peranan penting bagi sesebuah
panitia.
4.3.4 Tarikh bagi penghantaran fail panitia adalah pada akhir
bulan Januari iaitu 31hb Januari 2019.
4.3.5 Perancangan panitia hendklah dihantar pada minggu
pertama persekolahan.
4.3.6 Pentaksiran bilik darjah adalah sebanyak dua kali setahun
mengikut subjek dan perlu diisi di dalam tapak yang telah
disediakan. Guru-guru perlu menyimpan salinan pbd bagi
memudahkan seandainya terdapat pemantauan.
4.3.7 Untuk bilik khas, penyelaras dilantik menjurus kepada ketua
panitia. Makmal sains akan diserahkan kepada cikgu Che
Rosli bin Che Hussin memandangkan cikgu Amri bin Zakaria
telah memegang makmal komputer. Pastikan semua bilik-
bilik khas dijaga dengan baik dan boleh berfungsi.
4.3.8 Jadual pencerapan bagi semua guru boleh dirujuk di dalam
Dokumen Perancangan dan Pengurusan Sekolah. Setiap
guru akan dicerap sebanyak empat kali setahun.

Tindakan : Semua guru

4.4 Dialog Prestasi

4.4.1 Dialog Prestasi telah dicadangkan untuk dilakukan bagi


semua sekolah berfokuskan pada subjek yang memerlukan
intervensi untuk lulus. Pada tahun ini, subjek Bahasa
Inggeris Penulisan merupakan subjek yang akan
dibincangkan di dalam dialog prestasi.
4.4.2 Keputusan UPSR pada tahun 2018 meletakkan peratus
sebanyak 56.25 % berbanding tahun 2017 iaitu 75 %. BM 1,
BM 2 dan Sains mendapat 100% lulus. Matematik mendapat
87.5 % lulus, Bahasa Inggeris Kefahaman sebanyak 81.3%
dan Bahasa Inggeris Penulisan sebanyak 62.5%.

. Tindakan : Semua guru

Agenda 5 : Hal-hal lain

5.1 Minit mesyuarat hendaklah diedarkan dalam masa seminggu.


5.2 Semua guru diminta menjaga etika pemakaian ketika berada
disekolah.
5.3 Segala permasalahan berkaitan boleh dirujuk. Semoga semua
jawatankuasa dapat menjalankan tugas dengan baik dan
kecemerlangan sekolah dapat diteruskan.

Agenda 6 : Penutup
6.1 Mesyuarat diakhiri dengan bacaan Tasbih Kifarah dan surah Al-
asr.
6.2. Mesyuarat ditangguhkan pada 1.00 petang.

Disediakan oleh,

……………………………
(ZALINA BINTI MUSTAPHA)
GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
Sekolah Kebangsaan Chenderawasih
26700 Muadzam Shah
Pahang.

You might also like