You are on page 1of 7

$

SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN BAHARU,


31300 KG KEPAYANG,
PERAK DARUL RIDZUAN

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH BIL. 2 SESI 2020

Tarikh : 1.12.2020 (Selasa)


Masa : 9.00 pagi
Tempat : Tempat masing-masing (Google meet)
Pengerusi : En Shafari Bin Taib
Kehadiran (Bilangan ) : 30/30
Nama yang Hadir :
1. En. Shafari Bin Taib Guru Besar (Pengerusi)
2. Pn. Erni Suzana Binti Baharuddin Penolong Kanan Pentadbiran
3. Pn Noor Azita bt Ismail Penolong Kanan Petang
4. En Abdul Rahim bin Mohd Daud Penolong Kanan HEM
5. En Mohd Fairuz bin Hairudin Penolong Kanan Kokurikulum
6. Pn Arfah bt Mohd Shamshudin Guru Bahasa Inggeris
7. En Saipol b Ibrahim Guru Matematik
8. Pn. Rohana bt Mohammad Guru Sains/PJ
9. Pn. Safarina Nora bt. Abd. Malik Guru Bahasa Inggeris
10. Pn Noorhaslindawati bt Walid Guru Bahasa Melayu / SU Peperiksaan
11. Pn Suraya binti Md.Salleh Guru Agama/GuruMedia/PSS
12. Pn. Faridah Hanum bt. Yaakub Guru J-qaf
13. Pn Nor Aniza bt Abdul Murad Guru Prasekolah
14. Pn. Norhaniza bt Abd Rahman Guru Prasekolah
15. Pn. Norsarah bt. Yaakob Guru Pendidikan Islam
16. Pn Sariah bt Pandak Guru Matematik
17. Pn. Haslina bt. Ngah Yahya Guru Pemulihan
18. Pn. Zanuziana bt. Mohd Yusof Guru J-qaf
19. Pn Tuan Noorliza bt Syed Abdullah Guru Sains / Guru Agama
20. Pn Tun Nurul Fatinah bt Mat Jaafar Guru Bahasa Inggeris
21. En Mohd Nor Rushdee bin Mat Jusoh Guru Pendidikan Jasmani
22. Pn.Sharifah Hanis bt Sheik A.Bakar Guru Agama
23. Pn Ruhaida bt Khalid Guru Bahasa Melayu
24. Pn Afiqah bt Basir Guru Pemulihan
25. Pn Nurul Ainsyifa Binti Rosnan Guru Pendidikan Seni
26. Pn Nur Haniza Binti Shahabuddin Guru Bahasa Melayu
27. Pn Tun Nurul Fatinah bt Mat Jaafar Guru Bahasa Inggeris
28. Pn.Zalina Binti Azmi Guru Matematik
1
29. Pn. Nor Afidah Binti Nordin Guru Bimbingan dan Kaunseling
30. Pn. Zahratulnani Binti Zainan Guru Bahasa Inggeris

Tidak Hadir Bersebab


Tiada

2
Pengerusi Mesyuarat : En. Shafari Bin Taib

Agenda Mesyuarat

1. Ucapan Pengerusi
2. Pembentangan Minit dan Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
3. Perkara Berbangkit
4. Perkara dibincangkan
i. E- RPH/CIDS
ii. PBD
iii. Pemilihan buku kerja dan buku tulis
iv. Penyusunan guru subjek dan kelas bagi tahun 2021
v. Kewangan

5. Hal-hal lain
6. Ucapan Penangguhan

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Tuan pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan terima kasih kepada semua guru
yang dapat melibatkan diri dan meluangkan masa dalam google meet ini.
1.2 Pengerusi juga berdoa agar kita semua dapat dihindari daripada pandemik Covid-19 dan dapat
hidup seperti sedia kala.
1.3 Menyampaikan maklumbalas kepada semua guru.
1.3.1 Guru-guru masih menjalankan PdPc secara atas talian sepanjang tempoh PKPB.
1.3.2 Guru-guru tidak perlu datang ke sekolah jika tidak ada keperluan yang mendesak
1.3.3 Guru perlu mendapatkan surat kebenaran hadir ke tempat kerja yang ditanda tangani oleh
ketua jabatan iaitu tuan guru besar.
1.3.4 Peperiksaan Akhir Tahun tidak akan dijalankan untuk murid tahun 4, 5 dan 6 tahun ini.
1.3.5 Setiap Panitia mesti mengadakan mesyuarat Panitia Ke tiga pada masa yang
dicadangkan oleh pihak sekolah.
1.3.6 Tempoh PKPB adalah bermula pada 9 November 2020 hingga 6 Disember 2020.
Sekolah akan dibuka semula pada sesi persekolahan tahun 2021 iaitu 21 Januari 2021.
Sepanjang tempoh PKPB murid akan melalui kaedah PdPR.
1.3.7 Fail panitia perlu dilengkapkan dan dikemaskini dengan baik.
1.3.8 Guru hendaklah berada di stesyen masing-masing sepanjang tempoh ini..

Makluman : Semua guru

3
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat.

2.1 Minit Mesyuarat kali perdua telah disahkan tanpa sebarang pindaan. Cadangan oleh
Pn Nor Afidah bt Nordin dan di sokong oleh Pn. Nur Haniza bt Shahabudin.

3.0 Perkara Berbangkit

Tiada

4.0 PERKARA YANG DIBINCANGKAN

4.1 e- RPH/CIDS

4.1.1 Semua guru yang telah menghadiri LADAP/bengkel CIDS perlu membuat e-RPH
menggunakan sistem yang telah dibangunkan itu. Guru-guru digalakkkan menggunakan
CIDS untuk membuat RPH mulai bulan Oktober lagi. Penggunaan CIDS sepenuhnya akan
bermula pada sesi persekolahan 2021.

4.1.2 Semua guru perlu mengisi laporan PdPR selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran menggunakan alamat URL yang diberi iaitu
https://sites.google.com/edidik.edu.my/spb-jpn-perak/home.

4.1.3 Maklumat yang perlu disi ialah bilangan kelas mengajar, jumlah murid, bilangan
murid yang menyertai PdPR dan bilangan murid yang tidak menyertai PdPR.

4.1.4 Semua guru perlu menjalankan PdPR atas talian mengikut jadual waktu yang diberi
oleh pihak sekolah.

Tindakan : Semua guru

4.2 PBD

4.2.1 Semua guru kelas perlu mencetak laporan PBD individu dan ditandatangani oleh guru
besar.

4.2.2 laporan PBD tersebut hendaklah disimpan di dalam fail peribadi murid masing-masing.

4.2.3 Guru-guru subjek hendaklah membuat analisa dan pelan intervensi murid yang
mendapat TP yang rendah (1-3). Perlu dibincangkan dalam Mesyuarat Panitia masing-
masing.

Makluman : Ketua Panitia dan semua guru

4
4.3 Pemilihan buku kerja dan buku tulis bagi tahun 2021

4.3.1 Semua Panitia perlu berbincang dan memilih jenis buku kerja dan buku tulis untuk
penggunaan murid-murid pada tahun hadapan.

4.3.2 Semua contoh buku yang dicadangkan berada di bilik guru besar.

4.3.3 Segala faktor harus diambil kira seperti bilangan buku tulis, dan sebab-sebab buku kerja
dipilih. Antaranya bermutu, ringkas, mudah difahami dan harga berpatutan.
4.3.4 Setelah selesai memilih buku kerja tersebut, guru-guru boleh memberikan contoh buku
tersebut kepada Penolong Kanan Pentadbiran.

Tindakan : Ketua Panitia

4.4 Penyusunan guru subjek dan guru kelas tahun 2021

4.4.1 Untuk penyusunan guru-guru subjek dan guru kelas bagi tahun 2021, akan dilakukan
oleh jawatankuasa Jadual Waktu bersama para pentadbir.

4.4.2 Sesi persekolahan akan dibuka pada 21 Januari 2021 dan diharapkan situasi semakin
baik.

Makluman : Semua guru

4.5 Kewangan

4.5.1 Penyata kewangan bagi semua subjek telah pun dikeluarkan.

4.5.2 Ketua panitia diminta menyemak baki 2020 dan berbincang bersama ahli panitia untuk
merancang pembelian bahan bagi tahun 2021.

4.5.3 Semua guru diminta supaya membelanjakan peruntukan diberi dengan berhemah.

Makluman : Semua guru

5 HAL – HAL LAIN

5.1 Pengerusi meminta semua fail termasuk fail Panitia dilengkapkan sebelum
sesi persekolahan berakhir. Ketua Panitia hendaklah memastikan semua fail
berada dalam keadaan tip top dan terkini.
5.2 Fail persediaan mengajar guru hendaklah diserahkan di pejabat sebelum sesi
persekolahan berakhir.
5.3 Kunci-kunci bilik khas, buku SPBT dan buku rujukan juga hendaklah
diserahkan

5
di pejabat.

5.4 Cadangan tarikh Mesyuarat Panitia

Isnin - 14.12.2020 - Matematik/ Sains/ P. Islam/ P. Moral

Selasa – 15.12.2020 – BM/ BI/ PSV/ Sejarah

Rabu – 16.12.2020 - RBT/ PJPK/ Muzik

Makluman dan tindakan : Semua guru

6.0 Ucapan penangguhan


6.1 Pengerusi mengingatkan semua guru supaya melengkapkan semua tugasan sebelum cuti
sekolah bermula.
6.2 Beliau juga mengingatkan bahawa guru-guru boleh diminta datang ke sekolah jika diminta
berbuat demikian.
6.3 Tuan guru besar mengucapkan jutaan terima ksih kepada semua guru yang sudi hadir
dalam mesyuarat kali ini.

Tindakan: Semua Guru

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi dan ditutup dengan tasbih kifarah dan bacaan surah
Al-Asr.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh

............................................... .............................................. ...................................


(Pn Rohana bt Mohamad) (Pn. Erni Suzana binti Baharuddin) (En Shafari bin Taib )
Setiausaha Kurikulum Penolong Kanan Pentadbiran Guru Besar
SK Pengkalan Baharu SK Pengkalan Baharu SK Pengkalan Baharu

6
7

You might also like