You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT KURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN DUSUN TUA


BILANGAN 1 TAHUN 2019

Tarikh: 26 Disember 2018


Masa: 8.00 pagi
Tempat: Balai Wawasan SKDT.

KEHADIRAN:
BIL NAMA JAWATAN

1 Pn. Merianah bt Jamaludin Guru Besar

2 Pn. Kasmani bt Salleh GPK Kurikulum

3 En. Adlan b Mohd Ali GPK HEM

4 En. Razali b Ismail GPK KoKurikulum

5 Pn. Ruzaihan bt Yatim GPK PPKI

6 Pn. Nyai @ Mariani bt Ujud Guru Bimbingan

7 Pn. Intan Zahrani Bt Ishak Setiausaha HEM

8 Pn. Nurulsuhada bt Md Nor Setiausaha Kokurikulum

9 Pn. Umi Habibah bt Yaacob Setiausaha SKPMg2/SPSK

10 En. Muhd Ahyauddin b Shamsudin Penyelaras ICT

11 Pn. Amalina bt Adullah Guru Pemulihan

12 Pn. Salawati bt Shamsuri Penyelaras PPKI

13 Pn. Norfadila bt Ismail Ketua Panitia Bahasa Melayu

14 Pn. Nur Hafizah bt Mohd Faiz Ketua Panitia Bahasa Inggeris

15 En. Norazamri b Ishak Ketua Panitia Agama Islam

16 Pn. Norafizah bt Sawa Ketua Panitia Matematik

17 Pn. Mazlina bt Muhammad Idris Ketua Panitia Sains

18 Pn. Siti Huzaimah bt Abd Rahman Ketua Panitia TMK

1
19 Pn. Masitah bt Ahmad Ketua Panitia Dunia Seni Visual

20 Pn. Azliza bt Abu Hassan Ketua Panitia Pendidikan Muzik

21 Pn. Nor Sabarina bt Sauid Ketua Panitia PJK

22 Pn. Suzilah bt Abd Kadir Guru Sains

23 Pn. Salmah bt Kamari Guru Matematik

24 Pn. Nor Asmida bt Ahmad Guru Matematik

25 En. Nazamuddin b Said Doll Hardari Guru Matematik

26 En. Mohd Taufiq b Abd Hadi Guru Matematik

27 Pn. Nurul Aiman bt Abd Halim Guru Matematik

28 En. Azman Bin Tolos Guru Bahasa Malaysia

29 Pn. Siti Mardhiyyah bt Ramli Guru Bahasa Malaysia

30 Pn. Zulhayati bt Ibrahim Guru Bahasa Malaysia

31 Pn. Murni bt Sujang Guru Bahasa Inggeris

32 Pn. Zarina bt Bahari Guru Bahasa Inggeris

33 En. Muhamad Hakim b Azaman @ Azman Guru Bahasa Inggeris

34 En. Muhd Nur Azim b Mohd Zainol Guru Bahasa Inggeris

35 Pn. Rosmawati bt Jusoh Guru Agama

36 Pn. Noraimah bt Mat Zin Guru Agama

37 En. Amran Bin Mansor Guru Agama

38 Pn. Hafizhah Bt Che Halim Guru Agama

39 En. Mohamad Bin Sha’ari Guru Agama

40 Pn. Nur Fatiyah bt Anuar Guru Agama

41 Pn. Roslina bt Salleh Guru Agama

42 Pn. Salwa bt Zakaria Guru PPKI

43 Pn. Shahriah bt Jaafar Guru PPKI

2
44 Pn. Amirah Asyran bt Aminuddin Guru PPKI

45 Cik Nuzafira Natasha bt Mat Zura Guru PPKI

46 En. Mohd Faizal b Zainudin Guru PPKI

47 En. Mohd Khalik b Kamarudin Guru Pra Sekolah

48 Pn. Nur Aifa bt Aidil Guru Pra Sekolah

49 Pn. Sapiah bt Daud Setiausaha

TIDAK HADIR DENGAN KENYATAAN


BIL NAMA JAWATAN

50 Cik Siti Husaini bt Khaizudin Guru Agama


51 En. Mohd Raif b Zainuddin Ketua Panitia RBT
52 En. Muhamad Fauzee b Mohamad Nor Guru PPKI
53 En. Karthik A/L Ramar Guru Matematik

AGENDA MESYUARAT
1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI
1.1 Guru Besar Pn. Merianah binti Jamaludin memulakan perutusan dengan
mengucapkan salam sejahtera dan salam satu Hulu Langat.

1.2 Beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua guru kerana dapat
hadir dalam mesyuarat kurikulum kali pertama untuk Tahun 2019 ini.

1.3 Memaklumkan bahawa guru perlu mencipta satu inovasi dalam membantu
pengajaran serta meningkatkan pencapaian murid.

1.4 Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah atas pencapaian yang
membanggakan keputusan UPSR 2018. Tidak lagi fokus kepada akademik
cemerlang, sebaliknya tumpuan kepada pembudayaan pembelajaran secara
berterusan, disamping program akademik yang masih perlu diteruskan
sepanjang tahun.

1.5 Fokus SK Dusun Tua untuk Tahun 2019


1. Pentadbiran
1.1 Melaksanakan Program PPPM-Membina Negara Bangsa, Membangunkan
Modal insan (guru dan murid), memperkasakan SKDT menjadi pilihan ibu
bapa muri/pelanggan sekolah.

3
1.2 Pengurusan Aset Alih Kerajaan – dilaksanakan oleh semua unit dan
semua peralatan / barang didaftarkan / direkodkan.
1.3 Anugerah Bilik Khas – semua bilik bersih, cantik, ceria, dikemaskini,
berinformasi, berfungsi dan mengandungi dokumentasi. Penilaian dibuat
dalam bulan April dan Ogos.
1.4 Etika Perguruan dipatuhi, SPI dibace dan diikuti serta aduan dapat
dihindari.
1.5 Pengurusan Kewangan dan akaun sekolah terancang dan kemaskini.

2. Kurikulum
2.1 Pencapaian UPSR 2019: Peratus lulus semua subjek mencapai 80% dan
Gred Purata Sekolah 2.5 dan 10 orang mendapat 6A.
2.2 Pemulihan Khas dilaksanakan dalam setiap kelas murid sederhana dan
HALUS – bacaan kuat dan didengar oleh semua guru mata pelajaran
semasa PdPc demi membantu kecemerlangan murid.
2.3 Kuota buku di Pusat Sumber SKDT, 1 MURID : 15 buah buku dan
meningkatkan keceriaan PSS serta program NILAM dipertingkatkan ke
tahap cemerlang.
2.4 Pengurusan Prasekolah dapat mencapai tahap ‘Prasekolah Cemerlang”.
2.5 Pencapaian PBS 100%; tahap penguasaan 4 – 6 bagi semua murid Tahun
1 hingga Tahun 6 serta meminimumkan penguasaan tahap gred E,
terutama bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.
2.6 Penggunaan VLE Frog dalam PdPc mencapai 70%
2.7 Pembudayaan Pembelajaran Abad Ke-21(PAK21) dalam kalangan guru
mencapai 85%.

3. Hal Ehwal Murid


3.1 Program 1 Murid, 1 kerusi, 1 Meja dan 1 set buku teks SPBT pada hari
pertama persekolahan 2019.
3.2 Program Guru Penyayang – guru subjek waktu pertama PdPc membaca
murid ke kelas. Guru berada di pagar bagi mengalukan kehadiran murid,
seawal 7.10 hingga 7.20 pagi, manakala guru subjek akhir membawa
murid hingga ke laluan bawah di tapak perhimpunan.
3.3 Program Jom Cermin Diri – 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan);
guru memeriksa kuku jari tangan murid pada setiap hari jumaat.
3.4 Program Kemenjadian Murid – semua guru merupakan guru disiplin yang
berperanan ke arah kemenjadian murid.
3.5 Program Manual Nilai 5 minit – Guru Bimbingan dan Kaunseling/Guru
PPDa menyampaikan nilai murni/info dadah, manakala mruid-murid
mencatat info.

4
4. Kokurikulum
4.1 Badan Beruniform – Pengakap dan TKRS mewakili peringkat
Zon/Daerah/Negeri.
4.2 Pasukan Hoki dan Bola Sepak – persediaan awal, latihan bersungguh-
sungguh – kejayaan peringkat Zon/Daerah/Negeri.
4.3 Persatuan dan kelab – Persediaan awal peringkat sekolah dalam
pertandingan Pidato dan sebagainya.
4.4 Penglibatan semua guru dalam aktiviti kokurikulum mengikut takwim.
4.5 Persediaan awal setiap aktiviti, ada inovasi dan kreativiti – membina
ketrampilan ahli.
4.6 Sukan – melahirkan murid yang sihat, cergas dan cerdas.

Makluman

2. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT BIL.4/2018


Cadangan: Pn. Nyai @ Mariani bt Ujud
Sokongan: En. Mohamad b Sha’ari

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Perkara 3.2, Buku Rekod Mengajar (RPH) guru hendaklah dihantar mengikut
masa yang ditetapkan dan mestilah diutamakan kepentingannya.
Tindakan: Semua Guru

3.2 Perkara 3.4, Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
telah dimuat turun dalam Channel Telegram Kurikulum Sekolah sebagai sumber
rujukan dan makluman untuk semua guru. Pengoperasian Penjaminan Kualiti
dalam pelaksanaan PBS hendaklah dilaksanakan oleh semua guru dengan
bimbingan pihak pengurusan dan ketua panitia sebagai mentor.

Tindakan: Ketua Panitia

3.3 Perkara 4.1.7, Pemantuan Pra Sekolah, puan pengerusi mengucapkan tahniah
kepada Prasekolah di atas peningkatan markah pemantauan berbanding dengan
pemantauan terdahulu. Puan Pengerusi meminta Pra Sekolah menambah baik
sistem fail dan juga rekod bekalan makanan basah.
Tindakan: Guru Prasekolah

4. PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1 Visi dan Misi
4.1.1 Pn. Kasmani membentangkan Visi dan Misi Unit Kurikulum sebagai
pemakluman kepada semua guru.
Makluman

5
4.2 Dasar Ketetapan Kurikulum SKDT
4.2.1 Dasar ketetapan Kurikulum SKDT telah dibentangkan pada hari ni dan
dimaklumkan agar semua mesyuarat panitia dapat dijalankan sebanyak 4 kali
mengikut tarikh dalam takwim pengurusan sekolah berdasarkan standard
piawaian jabatan pelajaran dan mematuhi prosedur SPSK.

4.2.2 Dasar ketetapan panitia juga boleh dijadikan panduan dalam membincangkan
perancangan panitia untuk merangka program yang lebih berkesan. Selain itu
surat pekeliling iktisas (SPI) juga hendaklah diguna pakai oleh panitia dalam
melaksanakan mesyuarat dan perancangan program atau aktiviti dengan lebih
berkesan.

4.2.3 Mesyuarat panitia kali pertama hendaklah merangkumi perkara berikut untuk
dibincangkan,
i) Dasar ketetapan panitia
ii) Pelan strategik panitia
iii) Mewujudkan carta organisasi panitia dengan ketua panita sebagai
pengerusinya dan semua guru yang mengajar adalah AJK panitia.
iv) Perancangan rancangan pelajaran panitia.
v) Program panitia yang perlu dijalankan dalam tahun semasa berdasarkan
takwim pengurusan sekolah.
vi) Post mortem peperiksaan akhir tahun 2018.
viii) Jadual penyemakan buku latihan murid.
x) Keperluan dan cadangan buku latihan yang diperlukan untuk Tahun 2020.
xi) Menyediakan analisa untuk pengisian skor SKPMg2.
xii) Peruntukan kewangan panitia.
Tindakan : Ketua Panitia

4.2.4 Waktu persekolahan Tahun 2019 masih sama seperti Tahun 2018 kecuali hari
Jumaat, sesi persekolahan tamat pada pukul 12.20 tengah hari. Ini adalah
kerana waktu pertama hari Jumaat adalah PdPc bacaan Yassin, semua murid dan
guru berada di tapak perhimpunan.

4.2.5 Pencerapan guru untuk Tahun 2019 dibawah pihak pentadbir yang sama dan
senarai nama akan dimaklumkan di dalam telegram rasmi sekolah.
Makluman

4.2.6 Setiap panitia diingatkan agar mempunyai perancangan kewangan yang jelas
bagi mencatat peruntukkan PCG dalam mesyuarat kali pertama panitia. Bagi
mesyuarat seterusnya, panitia mestilah mencatat baki wang PCG dalam minit
mesyuarat. Ketua Panitia boleh merujuk kepada kerani kewangan untuk
mengetahui tentang kewangan panitia masing-masing.
Tindakan: Ketua Panitia

6
4.1.3 Semua penyelaras Tahun dipohon untuk menyelaraskan RPT mata pelajaran
mengikut takwim sekolah iaitu 38 minggu akademik dan 43 minggu
persekolahan. Guru perlu memasukkan perancangan aktiviti selepas PKSR 2 di
dalam RPT dan diselaraskan untuk Tahun masing-masing.
Tindakan: Penyelaras Tahun

4.3 Jawatankuasa Pengurusan, Pentadbiran dan Kurikulum 2019


4.3.1 Jawatankuasa pengurusan, pentadbiran dan kurikulum 2019 dibentangkan
kepada semua guru.
Makluman

4.4 Post Mortem Analisa Keputusan PKSR Akhir Tahun dan UPSR 2018
4.4.1 Analisa Peperiksaan Akhir Tahun & UPSR dibentangkan oleh Pn. Norasmida dan
telah dimaklumkan di dalam channel telegram rasmi Kurikulum. Analisa
pencapaian semua kelas bagi setiap subjek teras dan elektif dibentangkan
kepada semua guru untuk diambil tindakan susulan pada Tahun 2019.
Makluman

4.4.2 Puan Kasmani berharap agar semua panitia dapat membincangkan post mortem
Analisa Keputusan PKSR Akhir Tahun dan UPSR 2018 semasa mesyuarat panitia
kali pertama yang perlu dijalankan oleh setiap panitia. Panitia juga perlu
menetapkan sasaran pencapaian TOV subjek masing-masing untuk Tahun 2019.

4.4.3 Penilaian untuk Tahap 2 akan di adakan 3 kali untuk Tahun 2019, iaitu ujian
bulanan, PKSR 1 dan PKSR 2. Ketas soalan untuk ujian bulanan dan PKSR 2 akan
dibina sendiri oleh guru subjek, manakala kertas soalan untuk PKSR 1 sahaja yang
akan dibeli oleh pihak sekolah. Tahap 1 akan dijalankan Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD), dimana ketetapan untuk menentukan Band bagi setiap skor yang hendak
dicapai haruslah dibincangkan.
Tindakan: Ketua Panitia

4.5 Perancangan Strategik Kurikulum


4.5.1 Pn. Kasmani membentangkan perancangan strategik Kurikulum dan menyatakan
program-program yang dirancang bawah unit kurikulum sepanjang tahun 2019
dan sehingga Tahun 2020. Beliau juga berharap pelan strategik ini dapat
menjadi garis panduan bagi semua ketua panitia khasnya dalam menjalankan
program dan penetapan sasaran KPI panitia masing-masing.
Makluman

7
4.5.2 Pn. Kasmani juga berharap semua panitia dapat menghantar pelan strategik
sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini. Setiap panitia mesti
mengenal pasti isu/maklumat yang diperlukan dalam merancang pelan strategik.
Seterusnya panitia hendaklah tahu peranan untuk mengatasi isu yang dihadapi
dalam panitia untuk dimasukkan dalam pelan strategik sebagai KPI yang perlu
dicapai oleh panitia.

4.6 Anggaran belanjawan Tahun 2019


4.6.1 Guru Besar membentangkan laporan kewangan yang berakhir pada 01
November 2018. Beliau berharap semua panitia dapat menggunakan laporan
kewangan yang ada untuk mengurus perbelanjaan panitia untuk Tahun 2019
dengan lebih berhemah.
Tindakan : Ketua Panitia

5. HAL-HAL LAIN
5.1 Puan guru besar memaklumkan berkaitan penggunaan laman sesawang bagi
permohonan untuk sekolah mengadakan lawatan sambil belajar. Dimaklumkan
mulai Tahun 2019 penggunaan borang lawatan adalah secara atas talian dan
semua borang permohonan boleh dimuat turun melalui aplikasi tersebut.
Tindakan: Penyelaras Lawatan

5.2 Puan Kasmani memaklumkan berkaitan keputusan UPSR yang telah dikeluarkan
pada hari Khamis 29 November 2018. Beliau mengucapkan tahniah dan syabas
kepada guru Tahun 6 yang telah dapat menyiapkan semua pelaporan murid di
dalam folder masing-masing mengikut SOP yang disarankan oleh pihak PPD. Isi
kandungan folder murid Tahun 6 ialah:
1) Slip UPSR
2) Sijil UPSR
3) Sijil herhenti sekolah
4) Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
5) Pelaporan PAJSK
6) Pelaporan SEGAK
7) Psikometrik
Makluman

6. PENANGGUHAN MESYUARAT
Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mesyuarat ditangguhkan tepat jam 12.45 tengah hari

Disediakan oleh:
Setiausaha Kurikulum

Bertarikh : 10 Januari 2019

SAD/MINITMESYUARAT KURIKULUM BIL.1/2019

You might also like