You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN TOH JOHAN

34800 TRONG,
PERAK
KOD SEKOLAH : ABA 6013 Telefon & Faks: 05-8577223
_________________________________________________________________________

MINIT TAKLIMAT MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA 2021


___________________________________________________________________________

BIL. MESYUARAT : 01 TAHUN 2021


TARIKH : 14 JANUARI 2021
MASA : 09.30 – 10.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SKTJ

Hadir:

1
1 En. Mohammed Sobri b. Dato’ Hj.Termizi Guru Besar / Pengerusi
2 Pn. Nor Hazita bt. Abdul Basheer GPK Pentadbiran
3 En. Mohamad Adib b. Sokri GPK Hal Ehwal Murid
4 Pn. Shahpina bt. Shahrin GPK Kokurikulum
5 En. Abu Bakar b. Mad Isa Guru Bahasa Melayu
6 Pn. Bathnah bt. Mohamed Taib Guru Bahasa Melayu
7 Pn. Siti Nora ‘Ani bt. Abdul Hadi Guru Bahasa Melayu / Guru Data
8 Pn. Nooraishah bt. Ahmad Guru Matematik
9 En. Mazlan b. Mat Hasan Guru Bahasa Melayu
10 En. Mohamad Faiz b. Abdol Samad Guru Kelas Pemulihan
11 En. Ahmad Adlan b. Mohd Sabri Guru Pend. Jasmani & Kesihatan
12 Pn. Mariani bt. Nordin Guru Sains
13 En. Mohd Zahari b. Abdul Razak. Guru Pendidikan Agama Islam
14 Pn. Shuhaily bt. Yazid Guru Sains
Agenda
15 En. Azmin b. Ismail Guru Pendidikan Khas :
16 Pn. Sa’adiah bt. Abu Bakar Guru Muzik 1.0 P
17 Pn. Masitah bt. Shakore Guru Matematik e
18 Pn. Norailah bt Ibrahim Guru Bahasa Arab r
19 Pn. Hamidah bt. Abdul Khalid Guru Pra Sekolah u
20 En. Mohamad Nazim b. Hj Zahari Guru Bahasa Inggeris t
21 Guru Pendidikan Agama Islam
u
Pn. Siti Nur Aishah bt Mohd Moin
s
22 En. Zulkhibri b. Ahmad Guru Reka Bentuk dan Teknologi a
23 Pn. Siti Latipah bt. Abdul Latip Guru Pendidikan Agama Islam n
24 Pn. Hashibah bt Ishak Guru Pendidikan Agama Islam
25 En. Shahrulnizam bin Saud Guru Pendidikan Agama Islam
26 Pn. Umaananthani a/p Ramakasnian Guru Bimbingan Kaunseling
27 En. Mohamad Arif b. Abdul Hamid Guru Pendidikan Agama Islam
28 En. Muhamad Faiz b. Mohamed Yusop Guru Pendidikan Khas
29 Pn. Nor Ramizah bt. Zulhaimee Guru Pendidikan Khas
30 Pn. Saadiah bt. Ismail Guru Prasekolah
31 Pn. Grace Chitra a/p Packirnathan Guru Bahasa Inggeris
32 Pn. Rohana bt. Shamsuddin Guru Bahasa Inggeris
33 En. Mohd Yusoff b. Mahyudin Guru Bahasa Melayu

Tidak Hadir
Bi Nama Guru Perkara
l
1 En. Ahmad b. Man Tidak Hadir bersebab
2 Cik Norehan bt. Yunus Tidak Hadir bersebab
3 Pn. Nor Shamsiah bt Mad Isa Tidak Hadir bersebab

Pengerusi
2.0 Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran
3.0 Pusat Sumber Sekolah

2
4.0 Hal-hal Lain
5.0 Ucapan Penangguhan

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 En. Mohammed Sobri b. Dato’ Hj. Termizi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul
Kitab, mengucapkan assalamualaikum, selamat pagi dan berterima kasih atas kehadiran
semua guru dalam mesyuarat Kurikulum kali pertama 2021.
1.2 Guru-guru hadir ke sekolah perlu ikut SOP kerana kita semua berada dalam norma baharu
untuk mencegah penularan jangkitan Covid 19.
1.3 Semua guru perlu berada dalam stesen masing-masing.
1.4 Pembukaan sekolah prosedur sama waktu PKPP. Murid hadir guru ambil suhu badan. Murid
Tahun 4,5,6 guna sanitizer, murid Tahun 1,2,3 guna pencuci tangan.
1.5 Kehadiran guru ke sekolah pukul 7.30 pagi. Guna kad kehadiran, ambil suhu badan.
1.6 Guru bertugas pukul 7.00 pagi perlu ada di depan pagar sekolah. Setiap guru hanya bertugas
satu hari dalam seminggu mengikut giliran jadual bertugas yang telah ditetapkan.
1.7 SKTJ dapat seorang guru baru opsyen Matematik dari Sabah.
1.8 Guru hendaklah mengetahui dengan jelas mengenai We Deliver.
We merujuk kepada Pegawai-pegawai Pendidikan di JPN, PPD, Pengetua, GB, guru-guru.
Kita perlu Deliver dari segi Penyampaian maklumat, Kepakaran, Kemahiran, Kebajikan, paling
utama dari segi penyampaian, pembelajaran, pengajaran, pemudahcaraan di dalam bilik darjah.
1.9 Penerangan kepada semua guru mengenai Taklimat Khas PPD.
1.10 Pembukaan sekolah tahun 2021. Penghulu SKTJ dari PPDLMS masih lagi Encik Mohd
Redzuan bin Abu Hassan (Pendidikan Khas - Penolong Pegawai Pendidikan Daerah). Hari
pertama sekolah Encik Redzuan dan jemaah Nazir akan datang melawat ke SKTJ.
1.11 Murid aktif sukan dan lain-lain aktiviti dari tahun 4,5 dan 6 baru boleh dapat A dalam PAJSK.
1.12 Prasekolah tidak dibenarkan mengutip apa-apa bayaran dari ibu bapa / penjaga. Galakkan ibu
bapa sertai PIBG.
1.13 Transisi Tahun 1 ( 9 minggu = 43 hari )
1.14 Penjajaran Kurikulum 2.0. Rujuk Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK) 2.0. Rancangan
Tahunan hendaklah berasaskan DPK 2.0. Tahun 2,3,4,5 boleh ambil kemahiran tahun lepas
untuk ajar murid pada awal tahun 2021.
1.15 Waktu perhimpunan pagi setiap Isnin akan diselitkan dengan aktiviti tertentu.
1.16 Mata pelajaran TMK tahun 2021 hanya murid Tahun 6 sahaja.
1.17 Buku Ringkasan Mengajar / Fail hendaklah dihantar pada 29 Januari 2021. Buku ringkasan
mengajar guru kena beli sendiri. Guru guna Fail boleh teruskan. Fail Ringkasan Mengajar
hendaklah dihantar ke pejabat setiap minggu pada hari Jumaat.
1.18 CIDS – Buku Ringkasan Mengajar pihak sekolah tidak ambil pesanan untuk tahun 2021.
Penggunaan fail mengajar boleh diteruskan. Penggunaan CIDS digalakkan di negeri Perak.
LADAP CIDS pada 19.01.2021.
1.19 Ketua Panitia pastikan fail panitia lengkap dan mesyuarat panitia empat kali setahun.
1.20 Dialog Prestasi. Tahun 2021 dari kelas Prasekolah hingga Tahun 6.
1.21 Tahun 1 dan Prasekolah hendaklah buat intervensi untuk pastikan murid boleh membaca.
1.22 Laporan PAJSK / SEGAK / Psikometrik / PBD hendaklah dibentangkan dalam setiap
perjumpaan supaya semua guru mendapat maklumat terkini.
1.23 Kedudukan guru. SKTJ kurang dua orang guru. Guru Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Guru BM sebab Cik Norehan bt Yunus diarahkan mengajar di kelas Pendidikan Khas.
1.24 Takwim 2021. Jumlah hari persekolahan tahun 2021 termasuk cuti am negeri Perak = 194
Hari – Tolak 2 hari Cuti Am Negerii Perak (Cuti Thaipusam = 28.01.2021 Khamis, Nuzul
Al-Quran - 29.04.2021 Khamis). Tolak 2 hari Cuti Peristiwa. Jumlah Hari Persekolahan
Tahun 2021 : 194 hari – 4 hari cuti = 190 hari.

3
Tindakan : Makluman / Semua Guru Terlibat

2.0 Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran (PKP)


2.1 Puan Nor Hazita binti Abdul Basheer (PK Pentadbiran) mengucapkan Assalamualaikum dan
Selamat pagi kepada semua guru yang hadir dalam Mesyuarat Kurikulum 1/2021.
2.2 Terima kasih atas segala komitmen yang telah diberikan sepanjang tahun 2020 dan berharap
2021 mendapat kerjasama semua guru dalam mempertingkatkan PdPc dengan lebih
cemerlang dalam norma baharu. Guru-guru hendaklah mengikut SOP ketika berada dalam
kawasan sekolah.
2.3 Jawatankuasa Kurikulum 2021 rujuk Manual Pengurusan Sekolah 2021 m/s 29 – 33.
2.4 Guru hendaklah masuk ke kelas mengikut jadual waktu kelas dan jadual waktu guru mata
pelajaran yang ditetapkan.

2.5 DSKP dan RPT


2.5.1 Penulisan RPH dan RPT hendaklah merujuk DSKP yang terkini. Rujuk Dokumen
Penjajaran Kurikulum (DPK) 2.0. Rancangan Tahunan hendaklah berasaskan DPK 2.0.
2.5.2 Satu salinan DSKP dan RPT terkini hendaklah disimpan dalam fail panitia.
2.5.3 DSKP dan RPT hendaklah dihantar kepada Guru Besar untuk disemak dan disahkan
untuk kegunaan tahun semasa.

2.6 Rancangan Pelajaran Harian


2.6.1 Penulisan RPH hendaklah diselaraskan mengikut panitia mata pelajaran.
2.6.2 Objektif pengajaran mestilah yang boleh diukur pencapaian murid.
2.6.3 Aktiviti pengajaran mestilah mempunyai aktiviti PdPc PAK21 dan ada unsur KBAT.
2.6.4 Ruangan impak perlu ditulis setiap kali selesai aktiviti pengajaran.
Tindakan : Makluman / Semua Guru Terlibat

2.7 Guru Kelas / Pengurusan Mata Pelajaran


2.7.1 Guru Kelas Tahun 2021.
NAMA GURU NAMA KELAS
PN. NOR SHAMSIAH BT MAD ISA PRA IBNU SINA (P)
PN. SAADIAH BT. ISMAIL PRA IBNU ABBAS
PN. HAMIDAH BT. ABDUL KHALID PRA IBNU KHALDUN
PN. BATHNAH BT. MOHAMED TAIB 1 IBNU SINA (P)
PN. MASITAH BT. MOHMED SHAKORE 1 IBNU ABBAS
PN. NOORAISHAH BT. AHMAD 2 IBNU SINA (P)
PN. SITI NUR AISHAH BT. ABDUL MOIN 2 IBNU ABBAS
PN. HASHIBAH BT. ISHAK 3 IBNU SINA ((P)
EN. MOHAMAD NAZIM B. HAJI ZAHARI 3 IBNU ABBAS
PN. ROHANA BT. SHAMSUDDIN 4 IBNU SINA (P)
PN. NORAILAH BT. IBRAHIM 4 IBNU ABBAS
EN. MOHD ZAHARI B. ABDUL RAZAK 5 IBNU SINA (P)
EN. MOHD YUSOFF B. MAHYUDIN 5 IBNU ABBAS
PN. GRACE CITRA a/p PACKIRNATHAN 6 IBNU SINA (P)
PN. MARIANI BT. NORDIN 6 IBNU ABBAS
***(P) – penyelaras tahun

4
2.8 CIDS (Collaborative Instructional Design Systems).
2.8.1 Guru-guru dinegeri Perak digalakkan menggunakan CIDS.
2.8.2 LADAP CIDS pada 11.01.2021 (Isnin) dan 19.01.2021 (Selasa).
Tindakan :Makluman/Semua Guru Terlibat

2.9 Program Peningkatan Akademik


2.9.1 Setiap panitia mata pelajaran hendaklah membuat program peningkatan akademik dan
Simpan dalam fail panitia untuk rujukan pihak sekolah, PPD, JPN, KPM.
2.9.2 Kertas kerja/cadangan hendaklah dikemukakan sekiranya terdapat program yang dapat
meningkatkan kecemerlangan murid.
2.9.3 Pelaksanaan PLC dalam kumpulan panitia dapat membantu peningkatan akademik.
2.9.4 Pelaksanaan dalam Perancangan Strategik Sekolah. Program-program yang dirancang perlu
menggunakan nama yang jelas dan spesifik. Ia juga perlu mengambil kira scenario planning
untuk memastikan kemenjadian murid & kemahiran guru dapat dipertingkatkan walaupun
dengan pelaksanaan pembelajaran di rumah (home-based learning).
Tindakan :Makluman/Semua GuruTerlibat

2.10 PAK21
2.10.1 Sentiasa tingkatkan pengetahuan dan pelaksanaan dalam Pdpc dalam kelas.
2.10.2 Fokus pada PdPC (Pengajaran dan Pemudahcara). Guru membimbing murid dalam
aktiviti Pembelajaran /kumpulan.
2.10.3 Kedudukan susunan meja dan kerusi di dalam kelas secara berkumpulan. Norma baharu
kedudukan murid mengikut SOP dan penjarakan fizikal. Aktiviti dijalankan mengikut
kesesuaian.
2.10.4 Setiap panitia boleh membeli peralatan PAK21.
2.10.5 PdPc berpusatkan murid.
Tindakan :Makluman/Semua GuruTerlibat

2.11. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


2.11.1 PBD dilaksanakan dalam semua mata pelajaran.
2.11.2 Mengutamakan kemajuan setiap murid.
2.11.3 Kaedah Pentaksiran seperti kuiz, kerja projek, bercerita, permainan, main peranan,
ujian bulanan pada peringkat sekolah.
2.11.4 Templete Pelaporan PBD. Ketua panitia selaraskan penggunaan Rekod Transit. Borang
Transit ini perlu diisi ke dalam Sistem Pelaporan PBS untuk disimpan pihak sekolah
setiap 2 kali setahun.
2.11.5 PBD adalah komponen PBS .
Setiausaha PBD Tahap 1 : En. Mohamad Arif b. Abdul Hamid.
Setiausaha PBD Tahap 2 : Pn. Siti Nur Aishah Bt. Abdul Moin.
Tindakan :Makluman/Semua GuruTerlibat

2.12 Panitia Mata Pelajaran


2.12.1 Mesyuarat kali pertama panitia hendaklah dijalankan pada
hari Selasa 19. 01. 2021.
2.12.2 Semua ketua panitia hendaklah sentiasa kemaskini fail panitia.
2.12.3 Mesyuarat panitia empat kali setahun.
2.12.4 Bulan Panitia. Pertandingan dijalankan mengikut panitia.

5
2.12.5 Barang panitia hendaklah dibeli pada awal tahun (Mac).
2.12.6 Berikut maklumat mengenai Panitia mata pelajaran 2021.

Mata Pelajaran Ketua Panitia Setiausaha Panitia


Bahasa Melayu En. Mazlan b. Mat Hasan Pn. Bathnah bt. Mohamed Taib
Bahasa Inggeris En. Mohamad Nazim b. Haji Zahari Pn. Grace Chitra a/p Packirnathan
Matematik Pn. Nooraishah bt. Ahmad En. Abu Bakar b. Mad Isa
Sains Pn. Shuhaily bt. Yazid Pn. Mariani bt. Nordin
Pendidikan Islam En. Shahrul Nizam b. Saud Pn. Hashibah bt. Ishak
Pendidikan Jasmani En. Ahmad Adlan b. Mohd Sabri
Pendidikan Kesihatan En. Abu Bakar b. Mad Isa
Pendidikan Kesenian Pn. Sa’adiahbt Abu Bakar
Sejarah En. Mohd. Yusoff b. Mahyudin
Pendidikan Bahasa Arab Pn. Norailah bt. Ibrahim
Pendidikan Moral En. Ahmad b. Man
Reka Bentuk &Teknologi En. Zulkhibri b. Ahmad
Teknologi Maklumat & En. Zulkhibri b. Ahmad
Komunikasi
Tindakan :Makluman/Semua GuruTerlibat

3.0 PUSAT SUMBER SEKOLAH


3.1 Pn.Shuhaily bt. Yazid guru Pusat Sumber Sekolah memaklumkan mengenai sistem IQ-Nilam.
3.2 Berdasarkan surat daripada KPM bertarikh 7 Januari 2021, sistem IQ-Nilam boleh mula
digunakan oleh semua murid bermula tahun ini.
3.3 Tahun 2020 seramai 20 orang murid telah menjalankan rintis IQ-Nilam untuk merekod bahan
bacaan seperti bahan buku dan bukan buku.
3.4 Sistem boleh diakses melalui laman sesawang iqnilam.moe.gov.my. Toturial pengisian data
Nilam boleh diakses melalui video http://youtube.be/KV1sZtZE2cA.
3.5 Untuk murid Tahun 1,2 dan 3, murid boleh merekod secara manual dalam buku Nilam. Guru
dan Pengawas PSS akan merekod dalam IQ Nilam.
Tindakan :Makluman/Semua GuruTerlibat
4.0 Hal – Hal Lain
4.1 En. Mohammed Sobri b. Dato’ Hj. Termizi memaklumkan mengenai permohonan cuti.
4.2 Tahun 2021 akan digunakan Kad Cuti / Isi borang cuti / Isi dalam HRMIS. Guru mohon
cuti lebih awal. Pengisian data isytihar harta perlu diisi dalam HRMIS.
4.3 Jadual waktu akan diserah pada semua guru
pada 19.01.2021 (Selasa).
Tindakan :Makluman/Semua GuruTerlibat

5.0 Ucapan Penangguhan


Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh semua
yang hadir. Beliau berharap semua guru dapat menjalankan tugas dengan penuh rasa
tanggungjawab, ikhlas dan berintegriti demi untuk memperkasa dan memajukan sekolah
serta kemenjadian murid. Semoga kita semua sihat dan patuhi SOP dalam norma baharu.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi.

Yang menjalankan tugas:

6
_________________
(SITI NORA ‘ANI BT. ABDUL HADI)
Setiausaha Kurikulum
Sekolah Kebangsaan Toh Johan

Disemak oleh:

_________________
(NOR HAZITA BT. ABDUL BASHEER)
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Toh Johan

Disemak oleh:

_________________
(MOHAMMED SOBRI B. DATO’ HJ. TERMIZI)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Toh Johan

You might also like