You are on page 1of 2

CONTACT TIME BIL 4/2022

SK TOH JOHAN

Tarikh : 23 November 2022


Masa : 07.40 pagi
Hari : Khamis
Tempat : Kantin Sekolah

1. Ucapan kata-kata aluan dari Encik Mohamad Adib bin Sokri, Penolong Kanan
HEM dan berterima kasih atas kehadiran semua guru dalam Mesyuarat Contact
Time 4/2022.

2. Setiausaha Program Hari Kanak- Kanak ialah Encik Mohamad Faiz bin Abdol
Samad. Puan Siti Nora ‘Ani bt. Abdul Hadi akan menguruskan aktiviti senamrobik.

3. Beliau turut membincangkan aktiviti -aktiviti Hari Kanak- Kanak yang akan
diadakan pada hari Khamis, 24.11.2022. Sukaneka akan diadakan untuk murid-
murid prasekolah dan Tahap 1, manakala permainan murid lawan dengan guru
dijalankan untuk murid-murid Tahap 2. Aliran PPKI tidak akan meyertai Hari
Kanak-Kanak kerana akan mengikuti lawatan sambil belajar di Cameron
Highlands.

4. Semua guru telah menderma wang sebanyak RM 20 untuk pembelian ais krim
bagi murid-murid.

5. Guru-guru boleh menuntut wang yang dibelanjakan untuk pembelian barangan


untuk aktiviti permainan mengikut resit daripada Encik Mohamad Adib bin Sokri.

6. Puan Nor Hazita binti Abdul Basheer, Penolong Kanan Pentadbiran telah
berhubungan dengan pihak Marrybrown untuk menyediakan makanan sebiji
burger ayam dan air Ribena bagi semua murid pada Hari Kanak-Kanak pada
waktu balik sekolah.

7. Murid -murid diminta membawa wang saku seperti biasa untuk membeli makanan
di kantin sekolah atau bekalan makanan pada waktu rehat.
8. Penolong Kanan Hem berharap program tersebut dijalankan dengan lancar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………… …………………………………………………...
( PUVEENA A/P LANGAR ) ( EN.MOHAMMED SOBRI B. DATO’HJ.TERMIZI
)
Pencatat Guru Besar
SK Toh Johan SK Toh Johan

You might also like