You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 47

SK SERI KAMPUNG RENGGAM, KLUANG, JOHOR


TAHUN 2021

Tarikh : 1 Mei 2021

Hari : Sabtu

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Seri Kampung Renggam

Kehadiran : Seperti dalam lampiran pendaftaran

1. Bacaan Doa
Bacaan doa di pimpin oleh En. Muhammad Arif Khairul B. Nasir

2. Ucapan Pn. Hjh. Normila Binti Hj. Mohamed


(Guru Besar SK Seri Kampung Renggam)

2.1 Ucapan terima kasih kepada pengacara majlis,YDP, guru-guru dan ibu bapa yang dapat
hadir di talian Google Meet untuk sama-sama menyempurnakan Mesyuarat Agung PIBG kali
ke-47.
2.2 Beliau memaklumkan kepada hadirin bahawa tahun ini kita terpaksa menjalankan mesyuarat
melalui Google Meet secara maya disebabkan pandemik Covid19 yang melanda negara kita
sejak Mac tahun 2020.
2.3 Beliau memaklumkan buat masa sekarang, pengoperasian sekolah SKSKR terdiri daripada
13 orang guru, 2 orang AKP iaitu seorang PT Dan seorang PPM prasekolah. Sekolah masih
kekurangan seorang guru akademik, seorang PO dan seorang FT.
2.4 Beliau ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YDP PIBG dan ahli jawatankuasanya
kerana banyak sumbangan yang diberikan kepada pihak sekolah. Antaranyaialah:
2.4.1 Projek mengecat pagar sekolah-sumbangan daripada PPD Kluang.
2.4.2 Sumbangan barang dapur kepada pelajar yang terkesan akibat PKP sebanyak
RM300.
2.4.3 Memasang papan dikelas-kelas untuk mengelakkan burung bersarang sebanyak
RM1500(beli barang dan upah).
2.4.4 Membeli thermometer dan cat (spray) sebanyak RM400.
2.4.5 Pembelian langsir di kelas anak-anak sebanyak RM645.
2.5 Beliau berhasrat untuk mencari dana kewangan untuk projek melestarikan Bilik Darjah

1
PAK21. Dana tersebut bertujuan untuk membeli smart TV di bilik darjah bagi proses Pdpc.

2.6 Beliau juga ingin menyentuh mengenai kehadiran murid ke sekolah. Bagi bulan Mac, peratus
kehadiran murid ialah 97.22% dan bagi bulan April ialah 94.30%. Pihak sekolah berharap
agar kehadiran murid boleh mencapai KPI 95% pada hujung tahun ini. Beliau memohon ibu
bapa menghantar anak-anak ke sekolah kecuali murid yang bergejala seperti demam, batuk
dan selsema dan mohon daripada ibu bapa menyertakan surat MC bagi murid yang betul-
betul tidak sihat.
2.7 Beliau memaklumkan pada 26 April yang lalu Menteri Kanan Pendidikan iaitu Dr. Radzi b.
Jidin telah menyatakan dalam ucapannya telah memaklumkan bahawa Peperiksaan UPSR
telah dimansuhkan terus. Ini bermakna, UPSR 2019 merupakan UPSR yang terakhir bagi
negara kita. Murid-murid sekolah rendah tidak dibebani dengan orientasi peperiksaan.
2.8 Beliau juga memaklumkan kini guru-guru akan menperkasakan PBS(Pentaksiran
Berasaskan Sekolah) iaitu merangkumi PBD, PAJSK dan Psikometrik. Bagi murid-murid
tahun 6 yang akan memohon sekolah berasrama penuh akan menduduki peperiksaan khusus
di akhir tahun tersebut.
2.9 Beliau berharap agar anak-anak dapat dipantau dan dibantu dari segi perantinya dan data
internetnya.Beliau berterima kesih kepada ibu bapa di atas keprihatinannya menyediakan
keperluan Pdpr anak-anak.
2.10Beliau juga memaklumkan setakat ini beberapa aktiviti sekolah dapat dijalankan walaupun
dalam norma baharu diantaranya ialah Minggu Anti Dadah, Program Ihya Ramadhan dan
Mesyuarat Agung PIBG. Sehubungan dengan Program Ihya Ramadhan, pihak sekolah
berhasrat untuk memberi sumbangan kepada anak yatim dan anak asnaf.
2.11Beliau sekali mengucapkan terima kasih di atas segala Kerjasama yang ibu bapa berikan
terhadap pihak sekolah.

Makluman : Semua

3 Ucapan En. Saminan b. Haji Jemali


(YDP PIBG SK Seri Kampung Renggam)

3.1 Ucapan terima kasih kepada pengacara majlis, ibubapa, guru-guru.

3.2 Beliau berharap ibu bapa dapat memantau anak-anak semasa cuti dan BDR.

3.3 Mengucapkan terima kasih di atas segala program yang dijalankan oleh pihak sekolah.

3.4 Beliau juga berharap kerjasama dari semua pihak dapat diteruskan demi kecemerlangan

2
murid-murid.
.

Makluman: semua

4. Mesyuarat Agung PIBG


4.1 Pembentangan Mnit Mesyuarat Agung kali ke-47
Oleh Setiausaha PIBG En. Muhamad Nazmi b. Salim ( Minit Mesyuarat disahkan oleh Pn.
Marliyana bt Mat Syed dan mendapat sokongan dari En. Mahdi).
4.2 Pembentangan Penyata Kewangan yang bermula 1.1.2020 hingga 31.12.2020 oleh
Bendahari
PIBG Cik Nor Asmini bt Yaakub (Penyata kewangan disahkan oleh Pn. Fazilah bt Abdullah
dan disokong oleh En. Mahdi b. Mat Toha).

4.3 Perkara berbangkit cadangan bagi murid cemerlang untuk tahun ini 1 keluarga sumbang RM5.

4.4 Sumbangan PIBG dikekalkan sebanyak RM50 bagi satu keluarga.

4.5 Perbahasan usul:


5.3.1 Cadangan: Anis Zulaika memohon supaya pihak sekolah mengadakan kelas
tambahan.
Respon: Guru Besar menjawab, untuk sementara waktu ini kelas tambahan
tidak
dapat dijalankan selain daripada pdpc.

5.Pembubaran dan Perlantikan AJK 2018/2019

5.1 YDP membubarkan AJK PIBG SKSKR 2020/2021 dan Pn. Nor Azyznti mencadangkan En.

Saminan di lantik sebagai pengerusi sementara disokong oleh Pn. Marliyana.

Cadangan: (1) Pn. Fazilah mencadangkan En.Mohamad Normazley b. Masni(YDP)

(2) En. Normazley mecadangkan En. Mahdi (NYDP)

3
6. Ucapan Pn. Hjh. Normila bt Hj. Mohamed(Guru Besar SK Seri Kampung Renggam)

6.1 Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada mantan YDP segala bakti beliau kepada
sekolah dan beliau mudah memberi Kerjasama sangat baik dan jitu. Beliau juga mengucapkan
tahniah kepada YDP yang baru En. Normazley, En. Mahdi Mat Toha dan AJK yang baru untuk tahun
2020/2021.

7. Ucapan Penangguhan

7.1 En. Saminan bin Jemali (YDP )

7.1.1 Ucapan terima kasih kepada pihak sekolah yang memberi Kerjasama dan membantu selama

beliau memegang jawatan sebagai YDP.

7.1.2 Beliau mengharap Kerjasama dari AJK dalam program yang di jalankan oleh pihak sekolah.

7.1.3 Beliau menangguhkan mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi

Di sediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………………. …………………………

(EN. MUHAMMAD NAZMI B. SALIM) (EN.MOHAMAD NORMAZLEY BIN MASNI)

Setiausaha PIBG, Yang Di Pertua PIBG

SK Seri Kampung Renggam SK Seri Kampung Renggam

4
JAWATANKUASA PIBG SESI 2019/2020
SK SERI KAMPUNG RENGGAM

Penaung : Pegawai Pelajaran Daerah Kluang

Penasihat : En. Hjh. Normila bt Mohamed

Yang Di Pertua : En. Mohamad Normazley b. Masni

Naib Yang Di Pertua : En. Mahdi b. Mat Toha

Setiausaha : En. Muhammad Nazmi b. Salim

Naib Setiausaha : Pn. Nik Rozila bt Yusuf

Bendahari : Cik Nor Asmini bt Yaacob

Ahli Jawatankuasa (Guru) : 1. En. Zuri Azani bin Mat Yajid

2. Pn. Sarimah bte Abdullah

3. Pn. Hadhirah bt Abu Samah

4. Pn. Hjh. Rosnah bt Johari

AJK (Ibu bapa) : 1. En. Khairuzanee b. Saiman

2. Pn. Marliana bt Mohd Syed

3. Pn. Norliyati bt Hassan

4. Pn. Kartina bt Jani

5. Pn. Fazilah bt Abdullah

6. Pn. AniS Zulaikha

5
6

You might also like