You are on page 1of 7

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN MASJID TANAH (INTEG)


MELAKA

Mesyuarat Agung PIBG SK Masjid Tanah (Integ) bagi kali ke-49 telah diadakan pada 7 Disember
2021 (Selasa) jam 2:00 petang bertempat di Balai Komuniti Kg. Pinang, Masjid Tanah, Melaka.

Majlis Perasmian:

1. Ucapan YDP PIBG (En. Md. Danial Abd Ghani).

1.1 Menyatakan kesyukuran atas terlaksananya mesyuarat PIBG kali ini selepas
ditangguhkan pada tahun lepas berikutan situasi pandemik COVID.

1.2 Mengalu-alukan kehadiran Tuan Akmal bin Haji Abdul Manaf, CEO MICOST
kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri perasmian mesyuarat pada kali ini.

1.3 Menzahirkan ucapan terima kasih kepada AJK PIBG dan guru-guru yang telah
membuat persediaan bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar. Penghargaan
terima kasih juga kepada para ibu bapa yang sudi meluangkan masa menghadiri
majlis pada petang ini.

1.4 Menerangkan serba sedikit tentang perancangan pembangunan untuk tahun hadapan
yang sedang diusahakan. Antaranya ialah membina tempat menunggu di luar pagar
sekolah untuk pelajar-pelajar yang menunggu ibu bapa pada waktu balik.
Makluman : Semua ahli PIBG

2. Ucapan Guru Besar SKMT, En. Hazri bin Ayob


(disampaikan oleh Pn. Hjh. Habibah Mohamad – GPK Kurikulum).

2.1 Menyatakan kesyukuran kerana diberi keizinanNya untuk mengadakan majlis pada
petang ini.

2.2 Merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Akmal bin Haji Abdul Manaf, YDP
PIBG kerana sudi hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SKMT pada kali
ini.

2.3 Mengucapkan tahniah kepada para ibu bapa atau penjaga murid-murid SKMT yang
hadir pada petang ini serta penghargaan kepada barisan guru dan AJK PIBG yang
melaksanakan mesyuarat ini.

2.4 Menyampaikan info tentang data SKMT terkini:

2.4.1 Enrolmen: Guru : 22 orang


AKP : 5 orang
Murid : 158 (aliran perdana – 128, pra sekolah – 25, PPKI – 5)

2.4.2 Aliran perdana (Tahun 1 – 6) menjalani pembelajaran secara penggiliran,


Kump. A dan B, manakala pra sekolah dan PPKI dilaksanakan tanpa
penggiliran.

1
2.4.3 Dua orang guru yang telah bersara (Pn. Kamariah Mokhtar dan Pn. Aminah
Mustafar), dua orang guru telah bertukar ke sekolah lain (En. Tn. Mohd.
Fadzlim dan Pn. Zaidatul Umira) serta seorang Penolong Pegawai IT telah
bertukar ke sekolah lain (Pn. Mahdatul Annur). Pn. Mahdatul Annur telah
digantikan oleh Pn. Nur Aishah Abd Wahid.

2.4.4 Semua guru, AKP, pekerja pembersihan, pengusaha kantin dan pengawal
keselamatan telah mendapat sekurang-kurangnya dua suntikan vaksin
COVID-19. Maka, ibu bapa tidak perlu khuatir dengan keselamatan kesihatan
anak-anak di sekolah.

2.5 Memaklumkan tentang surat pekeliling ikhtisas Bil. 5 yang telah dikeluarkan oleh
KPM pada 2001 mengenai peranan PIBG serta Batasan bidang kuasa PIBG dalam
pentadbiran di sekolah. PIBG ditubuhkan bertujuan untuk mewujudkan pemuafakatan
antara ibu bapa dan guru bagi kecemerlangan sekolah.

2.6 Mengingatkan agar PIBG tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang boleh
menggugat kestabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat termasuklah
ketidakwajaran ahli persatuan terlibat dalam aktiviti-aktiviti anti kerajaan atau
menjadikan persatuan sebagai platform untuk berpolitik.

2.7 Menjelaskan bahawa mesyuarat petang ini juga dijadikan medium untuk para ibu
bapa dan pihak sekolah berbincang tentang usul-usul daripada ibu bapa serta
mendapatkan persetujuan mengenai kutipan bayaran persekolahan untuk tahun 2022.

2.8 Mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan atau kepakaran dari kalangan ibu bapa
dalam bidang yang berkaitan yang boleh membantu pihak sekolah.

2.9 Menggariskan beberapa isu penting berkaitan pemansuhan amalan peperiksaan bagi
Tahap 1, PBS, PAK-21 dan elemen KBAT, penguasaan bidang STEM serta
perkembangan Revolusi Industri (IR4.0).

2.10 Mengharapkan agar para ibu bapa mengambil berat tentang tahap penguasaan anak-
anak dalam pelajaran, di mana kecemerlangan anak-anak sebenarnya bermula dari
didikan di rumah dan tidak meletakkan sepenuh tanggungjawab mendidik anak
kepada guru dan pihak sekolah.

2.11 Memaklumkan tentang pemilihan SKMT sebagai Sekolah Transformasi (TS25)


Kohort 6 yang memberi focus kepada penambahbaikan dalam aspek kepimpinan
sekolah, kualiti guru serta sokongan PIBG dan komuniti setempat.

2.12 Akhir kata, terima kasih sekali lagi atas sokongan yang diberikan kepada pihak
sekolah selama ini dan berharap agar mesyuarat berjalan dengan lancar.
Makluman : Semua ahli PIBG

3 Ucapan Perasmian oleh Tuan Akmal bin Abdul Manaf (CEO MICOST).

3.1 Menyampaikan penghargaan atas jemputan untuk merasmikan mesyuarat PIBG pada
petang ini. Mengucapkan terima kasih kepada para hadirin yang sudi hadir.

2
3.2 Menzahirkan penghargaan kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus
menjalankan PdPR sepanjang PKP dan memahami kesibukan serta bebanan tugas
yang dialami guru. Berharap agar para ibu bapa terus memberi sokongan kepada guru
dan pihak sekolah dalam memastikan kecemerlangan anak-anak.

3.3 Tuan Akmal selaku ketua eksekutif Kolej Antarabangsa Sains & Teknologi Melaka
(MiCost) telah menyampaikan info kepada semua ahli PIBG yang hadir.

3.3.1 MiCost merupakan IPT Swasta milik kerajaan Negeri Melaka yang
menawarkan kursus di peringkat diploma dan pra diploma. MiCost
menyediakan pelbagai kursus dari tiga fakulti iaitu Fakulti IT,
Pengurusan dan Perniagaan dan Sains Kesihatan.

3.3.2 MiCost menawarkan program secara kerjasama dengan UITM dan


Universiti Cyberjaya antaranya Diploma Sains dan Diploma
Psikologi. MiCost juga menyediakan kursus Pra Diploma untuk
sesiapa yang mendapat keputusan kurang daripada lima kepujian
yang menyebabkan pelajar tersebut tidak layak untuk menyambung
pelajaran ke peringkat diploma.

3.3.3 Menjelaskan antara kursus di MICOST yang sering mendapat


permintaan tinggi dalam dunia pekerjaan masa kini adalah dari
bidang farmasi dan keselamatan dan kesihatan (safety and health).
MiCost juga sering menjalankan program khidmat bakti serta
memberi bantuan yang diusahakan untuk pelajar-pelajar dari
keluarga kumpulan B40.

3.4 Mengalu-alukan lawatan dari SKMT ke MICOST sekiranya MKN dan KPM
membenarkan lawatan sekolah. Pihak MICOST juga bersedia menjalankan aktiviti
khidmat bakti yang melibatkan pelajar-pelajarnya. Antara aktiviti yang boleh
dicadangkan adalah membuat mural di dinding sekolah.

3.5 Mengulas isu keciciran murid, saban hari penguasaan murid dalam pembelajaran
semakin merosot. Jika perkara tersebut berterusan apa yang akan terjadi kepada
generasi pada masa yang akan datang.

3.6 Mengingatkan para ibu bapa agar menerapkan anak-anak dengan nilai murni dan
adab yang baik terhadap guru-guru. Memastikan anak-anak sentiasa mementingkan
ilmu dan bercita-cita untuk meneruskan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

3.7 Akhir sekali, terima kasih sekali lagi atas jemputan untuk merasmikan majlis dan
mohon salah silap sekiranya terdapat salah silap dalam bicara.

Makluman : Semua ahli PIBG

3
CATATAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
BAGI KALI KE-49

1. Ucapan YDP PIBG (En. Md. Danial Abd. Ghani).

1.1 Mengucapkan terima kasih atas kesudian para hadirin menghadiri mesyuarat agung kali
ini.
1.2 Projek pembangunan yang telah dirancang akan diteruskan untuk tahun hadapan.
Makluman : Semua ahli PIBG

2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat kali ke-48

2.1 Pencadang : Pn. Nur Fazila Mustaffa Al-Bakri


2.2 Penyokong : Pn. Zanariah Ibrahim
Makluman : Semua ahli PIBG

3. Membentang dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2020.

3.1 Pencadang : Pn. Hasnah Awang


3.2 Penyokong : Pn. Siti Nor Zulaifa

3.3 Penyata Kewangan dibentangkan oleh Bendahari PIBG (Pn. Saadiah Hashim).

Makluman : Semua ahli PIBG

4. Membentang dan membincangkan usul.

4.1 Usul kutipan Sumbangan PIBG 2023 mengikut kadar yang lama iaitu sebanyak RM
90.00 sekeluarga telah dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa PIBG Kali ke -2 sesi
2020/2022 bertarikh 19 Januari 2022. Kadar lama dicadangkan untuk menampung
keperluan program dan aktiviti yang biasa dilaksanakan sepanjang tahun pada tahun
depan setelah berakhirnya endemik.

- Encik Mohd rais Bin Ishah mencadangakan agar kadar bayaran bagi tahun 2023
dikurangakan dari RM 90.00 kepada RM 70.00 untuk membantu ibubapa yang
terkesan dan baru pulih dari segi ekonomi. Puan Noor Safrina Binti Hamdani
bersetuju agar dengan cadangan tersebut agar sumbangan PIBG bagi tahun
2022/2023 di twtapkan rm 70.00 sekeluarga.

- Pihak ibu bapa /Penjaga sebulat suara bersetuju dengan cadanagn kutipan
sumbangan PIBG 2022/2023 sebanyak RM 70.00 sekeluarga.

4.2 Cadangan sumbangan kepada pihak PIBG untuk tahun 2022/2023 akan dikutip pada
penggal tiga sesi persekolahan 2022/2023 dan telah dipersetujui dalam mesyuarat
Jawatankuasa kali ke 49 sesi 2020/2021 bertarikh 19 Januari 2022 :

1. Sumbangan PIBG : RM 20.00 (1 keluarga)


2. Kurikulum : RM 10.00
3. HEM : RM 10.00

4
4. Kokurikulum : RM 10.00
5. Kerohanian : RM 7.00
6. ICT : RM 8.00
7. Kertas Lembaran A4 : RM 10.00

- Pihak ibu bapa / Penjaga sebulat suara bersetuju dengan cadangan kutipan
sumbangan PIBG 2022/2023 akan dikutip pada akhir cuti penggal tiga 2022/2023.
Kutipan akan dilakukan oleh pihak sekolah melalui guru kelas.

Makluman : Semua ahli PIBG

4 Hal-hal lain.

4.2 Pn. Saadiah Hashim memaklumkan tentang perpindahan En. Tuan Mohd Fadzlim Bin
Tn. Mohd Azmi ke SK Sri Laksamana dan jawatannya sebagai Setiausaha PIBG
digantikan oleh Pn. Rohayanti Binti Yaakop.

4.3 Pertukaran penandatangan akaun semasa PIBG SK Masjid Tanah


4.3.1 Memandangkan penandatangan yang lama iaitu En Tuan Mohd
Fadzlim Bin Tn Mohd Azmi (810513036039) telah berpindah ke
sekolah lain, ahli mesyuarat telah sebulat suara bersetuju dengan
penamaan penanda tangan yang baru, oleh itu, penandat angan bagi
akaun semasa PIBG telah bertukar kepada Pn. Rohayanti Binti
Yaakop (800401045310) selaku Setiausaha PIBG yang baru seperti
berikut:

Nama Bank : BANK RAKYAT


Nama Akaun : PIBG SK Masjid Tanah, Melaka
Nombor Akaun : 220455272132
Nama Penanda Tangan Asal: 1. En. Md Danial Bin Abd Ghani
(660418045091)
2. En. Tuan Mohd Fadzlim Bin Tn. Mohd Azmi (810513036039)
3. Pn Saadiah Binti Hashim (730207045236)
Nama Bank : BANK RAKYAT
Nama Akaun : PIBG SK Masjid Tanah, Melaka
Nombor Akaun : 220455272132
Nama Penanda Tangan Baru 1. En. Md Danial BinAbd Ghani (660418045091)
2. Pn Rohayanti Binti Yaakop (800401045310)
3. Pn Saadiah Binti Hashim(730207045236)
Makluman : Semua ahli PIBG

5
4.4 Pn Saadiah Hashim telah memaklumkan tentang bayaran sumbangan PIBG dan juga
pembelian buku untuk sesi persekolahan 2022/2023 (rujuk muka surat 13). Semua
ahli mesyuarat yang hadir telah bersetuju dengan jumlah bayaran yang ditetapkan.
Makluman : Semua ahli PIBG

4.5 Pihak sekolah mohon agar PIBG mengeluarkan surat akuan penerimaan sumbangan
dari luar.
Makluman : Semua ahli PIBG

4.6 Pn. Habibah Mohamad memaklumkan tentang takwim persekolahan untuk sesi
2021/2022, seperti berikut:

4.6.1 Cuti akhir tahun 2021: 11 Disember 2021 – 2 Januari 2022


4.6.2 Sesi persekolahan 2022 bermula pada 3 Januari 2022 – 25 Februari
2022
4.6.3 Cuti akhir sesi 2021 : 26 Februari 2022 – 20 Mac 2022
4.6.4 Sesi baru akan bermula pada 21 Mac 2022 – 17 Februari 2023.

Proses penutupan dan pembukaan sekolah adalah tertakluk kepada operasi standard yang
telah ditetapkan oleh MKN dan KPM.
Makluman : Semua ahli PIBG

5 Ucapan penangguhan.
5.2 YDP PIBG mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi atas kesudian para ibu bapa
meluangkan masa pada petang ini serta sumbangan yang telah diberikan kepada pihak
sekolah dari semasa ke semasa.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4:46 petang.

Disediakan oleh:

Pencatat 1 : Pencatat 2 :

CIK. SITI HANIS HASINEEA BT MD SHAMLAN CIK. NUUR HIDAYAH BT ABDUL HAMID

Disemak oleh:

EN. MD DANIAL BIN ABD GHANI 6

YDP PIBG
SK Masjid Tanah (Integ)
7

You might also like