You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 8 (F) MINIT MESYUARAT GURU 4/2022

MINIT MESYUARAT GURU KALI KEEMPAT 2022


SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 8 (FELDA)

Hari : Rabu
Tarikh : 15 Februari 2023
Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan SK Palong 8

Kehadiran :

1. EN. NOR AZMAN BIN ISHAK


2. PN. RAFEAH BINTI ABDUL RAZAK
3. EN. MOHD GHAZALI BIN ABDULLAH
4. EN. MAZLAN BIN MOHIBBUDDIN
5. EN. MOHD SAFUAN BIN ABD. HABIB
6. EN. YUSUP BIN AZIZ
7. EN. FAZLE BIN ASMIL @ ISMAIL
8. EN. SHUKOR BIN AHMAD
9. PN. WAN HARTINI BINTI WAN HAMAT
10. CIK NORHANA BINTI ALIAS
11. PN. NURUL KHAIRANI BINTI KAHAR
12. PN. UMI KALSOM BINTI ABD RAHIM
13. PN. NORHIDAYAH BINTI MD JALI
14. PN. YATIMA BINTI SAHARI
15. EN. MOHD ZAKI BIN ZAINOL
16. EN. MOHD TARMIZI BIN GHAZALI
17. PN. NUR SYAZATUL AINAA BINTI MAZLAN
18. EN. ABD MANAN BIN MOHD SHARIF
19. EN. MUHAMMAD NAIM BIN AZHAR
20. CIK NURHAIQAL BINTI ABDUL RAZAK
21. EN. MUHAMAD AKMAL BIN JAMALUDIN
22. EN. MOHD ZIKRI SAFUAN BIN SAMSULBAHRI
23. CIK SITI NUR AFIQAH BINTI AHMAD KAMIL
24. EN. MUHAMAD NORFAI’Z BIN MOHD ZIN
25. CIK JESSICA WANG JIA EN
26. CIK SITI NUR NABILLAH BINTI ROSLAN
27. EN. ZAKARIA ANSORI BIN ZAINAL ABIDIN
28. PN. BATUMA A/P BALACHANDRAN
29. PN. IRA NUR ZAYYANI BINTI RAZALI
30. PN. SITI KHADIJAH BINTI MOHD
31. EN. KAMARUDIN BIN MOHAMED YASSIN
32. CIK NUR AZLIN BINTI MOHAMAD NOOR

Tidak hadir:

1. EN. SUPIAN BIN BASRI - TIADA SEBAB


2. EN. FAZLY BIN IBRAHIM - BERSEBAB
3. CIK NUR AQILLAH BINTI AB SHUKOR - BERSEBAB
4. PN. SUZALIANA BINTI HAMZAH - BERSEBAB

1
SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 8 (F) MINIT MESYUARAT GURU 4/2022

1. PERUTUSAN PENGERUSI (GURU BESAR, EN. NOR AZMAN BIN ISHAK)

1.1. Memulakan mesyuarat dengan ucapan selamat datang dan berterima kasih atas
kerjasama yang diberikan sepanjang sesi persekolahan 2022.
1.2. Pengerusi berterima kasih di atas komitmen yang sangat baik yang telah diberikan oleh
semua guru dalam dalam menjayakan segala aktiviti sekolah.
1.3. Peringatan kepada semua untuk menjaga penjawatan individu. Setiap guru haruslah
berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan dari masa ke semasa.
1.4. Permohonan cuti perlu dibuat lebih awal dan diisi dalam HRMIS. Maklumkan kepada
pihak pentadbir jika ada keperluan untuk cuti.
1.5. Penggunaan PCG setiap panitia telah selesai. Diharap Ketua Panitia dapat memainkan
peranan yang lebih lagi bagi sesi persekolahan 2023.
1.6. Cikgu Kamarudin dan Ustazah Norhana adalah Guru Kanan yang boleh dirujuk jika
terdapat sebarang masalah.

Tindakan :Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU, BIL 4/2022

2.1. Cadangan : Pn. Umi Kalsom Binti Abd Rahim


2.2. Sokongan : Pn. Wan Hartini Binti Wan Hamat

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada

4. PENGURUSAN SEKOLAH
4.1. KURIKULUM (GPK KURIKULUM, PN. RAFEAH BINTI ABD RAZAK)

4.1.1 Pn. Rafeah mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada semua guru atas
segala pencapaian dan kerjasama sepanjang tahun ini.
4.1.2 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) telah dijalankan dan disemak.
4.1.3 Penyerahan Slip PBD akan dilaksanakan pada 17 Februari 2023. Mohon guru
kelas memaklumkan kepada kelas masing-masing.
Tindakan : Guru kelas

4.1.4 Penguasaan 3M murid perlu ditekankan oleh setiap panitia. Program bantu
Membaca yang dilaksanakan melalui Panitia Bahasa Melayu dapat dijadikan
sebagai panduan.
4.1.5 Setiap guru adalah AJK bagi Program HIP. Laporan setiap program yang
melibatkan HIP boleh diserahkan kepada Cik Jessica.
4.1.6 Borang Serah Tugas perlu diserahkan di pejabat sebelum cuti sekolah.

Tindakan :Makluman

2
SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 8 (F) MINIT MESYUARAT GURU 4/2022

4.2. HAL EHWAL MURID ( GPK HEM, EN. MOHD GHAZALI BIN ABDULLAH )

4.2.1. GPK HEM mengucapkan terima kasih dan tahniah atas kerjasama setiap unit
bagi sesi persekolahan 2022.
4.2.2. Guru kelas diminta untuk mengemaskini data murid dalam Sistem APDM.
Semak bahagian pendapatan penjaga murid.
4.2.3. Peringatan juga supaya guru kelas menyemak Fail Peribadi Murid. Pastikan
terdapat salinan Sijil Lahir dan salinan PBD di dalam fail. Hal ini dapat
memudahkan proses perpindahan keluar murid.

Tindakan : Guru Kelas

4.3. KOKURIKULUM ( GPK KOKU, EN. MAZLAN BIN MOHIBBUDDIN )


4.3.1. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang telah berganding bahu dalam
melaksanakan segala program bagi sesi 2022.
4.3.2. Makluman kepada guru Tahun 6, Sijil PAJSK telah dicetak bagi kedua-dua
kelas.

Tindakan : Guru kelas Tahun 6

5. HAL-HAL LAIN
5.1 Daripada En. Safuan, Jualan Buku Sekolah adalah pada 17 hingga 19 Mac 2023 ( Jumaat hingga
Ahad ). Senarai harga buku dan alatan sekolah yang lain akan diberitahu kemudian.
5.2 Unit Disiplin akan mengeluarkan nama murid yang telah dipilih sebagai pengawas sebelum cuti
sekolah.
5.3 Daripada Ustaz Zakaria, makmal komputer sekolah akan dibekalkan dengan komputer riba yang
baru dan penyelenggaraan pendingan hawa. Tarikh yang diberikan adalah pada 24 Februari
2023.
5.4 Pengerusi BKS sekolah, En. Kamarudin mencadangkan 18 Mac 2023 sebagai tarikh Hi-tea untuk
ahli kelab. Maklumat lanjut akan diberitahu kemudian.

6. UCAPAN PENANGGUHAN
6.1. Pengerusi berterima kasih sekali lagi kepada semua guru kerana telah berjaya
menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Diharap sekolah akan mencapai
lebih banyak kemajuan dan kecemerlangan pada sesi akan dating.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.05 petang

Disediakan oleh,                                            

......................................                                
Nur Azlin binti Mohamad Noor
Setiausaha
Mesyuarat Guru
SK Palong 8 (Felda)

3
SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 8 (F) MINIT MESYUARAT GURU 4/2022

You might also like