You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN GESIR TENGAH

44020 KUALA KUBU BHARU


HULU SELANGOR, SELANGOR.

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA UNIT UNIFORM PENGAKAP BILANGAN 1/2022

Tarikh : 30 MAC 2022 (Rabu)


Masa : 1:15 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan

1. Pn Noor Fauziah binti Mat Ghaus Guru Penolong Kanan Kokurikulum


2. Pn Nurul Aida binti Mohd Norani Ketua Penyelaras Pengakap
3. Pn Suzanariah binti Shamsuddin Setiausaha Kokurikulum /Guru
Penasihat
4. Pn Latifah binti Mohamad Guru Penasihat Pengakap
5. En Khairullah bin Anuar Guru Penasihat Pengakap

Turut Hadir :
Tiada

Urus Setia Mesyuarat:


En.Khairullah b Anuar Ketua Penyelaras Pengakap

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI -PN NOOR FAUZIAH BINTI MAT GHAUS (GPKKOKURIKULUM)
Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua ahli jawatan kuasa induk unit
kokurikulum dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua.
Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerja buat semua guru sepanjang 2021 dan
berharap unit kokurikulum akan lebih cemerlang pada tahun 2022/2023.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1. Cadangan: Pn Latifah binti Mohamad
2.2. Sokongan: Pn Suzanariah binti Shamsuddin

3.0 PERKARA BERBANGKIT


- Tiada

4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 Aktiviti Sukan dan kokurikulum

4.1.1 Aktiviti telah diadakan secara bersemuka mulai 23 Mac 2022 tetapi masih terikat
dengan SOP 3.
4.1.2 Guru Penolong Kanan Kokurikulum memfokuskan kerja berpasukan supaya guru
tidak rasa terbeban dalam menjalankan tugas. Beliau juga menasihati guru supaya
melaksanakan tugas secara sistematik dan membuat pengurusan masa untuk
melaksanakan tugas dan tidak melengahkan tugasan untuk mengelakkan tugasan
tertangguh dan bertimpa.

4.1.3 Aktiviti Sukan dan Permainan pada 30 Mac 2022 – Pemilihan AJK rumah sukan.
Setiausaha Sukan dikehendaki menyediakan senarai nama murid tahun 4, 5 dan 6
mengikut rumah sukan masing-masing serta menyediakan borang kehadiran dan
dimasukkan di dalam fail. Senarai nama murid tahun 1,2 dan 3 boleh dibuat secara
beransur-ansur.

4.1.4 Guru pengganti Pn Maznah akan mengambil alih semua tugasan Pn Maznah. Ketua
unit Pengakap akan dipegang oleh En Khairullah sekiranya Pangkat Guru Baharu itu
lebih tinggi kita serah pada beliau.Tetapi masih dalam perbincangan kerana ustaz
juga telah memegang jawatan penting dalam kokurikulum.

4.1.5 Aktiviti sukan dan permainan boleh dijalankan di dalam atau di luar kelas. Murid
digalakkan membawa peralatan yang akan digunakan sendiri seperti reket
badminton atau bad ping pong. Guru juga boleh menyediakan bahan bercetak atau
mengadakan aktiviti menonton video.

4.1.6 Guru digalakkan mengadakan pertandingan unit sukan dan permainan untuk
menggalakkan penyertaan dan melihat pencapaian murid. Murid yang mempunyai
2 pencapaian kedudukan akan mendapat pencapaian B.
Makluman

4.2 Sukan Mini / Sukan Tahunan

4.2.1 – Akan diadakan pada 27 Jun – 2 Julai 2022

4.2.2 – Peruntukan sebanyak RM1900.00 telah sedia ada.

4.2.3 – Guru boleh mencari idea bagi aktiviti yang akan dilaksanakan. Pertandingan
dijalankan dalam masa satu minggu.Minggu Bukan Akademik.

Tindakan : Setiausaha Sukan

4.3 Karnival Kokurikulum

4.3.1 – Akan diadakan pada 3 Ogos 2022


4.3.2 – Aktiviti yang akan dijalankan :
4.3.2.1 – Tahun 4 : Permainan Bahasa
4.3.2.2 – Tahun 5 : Penulisan terbaik
4.3.2.3 - Tahun 6 : Mencipta sajak
4.3.2.4 – Pengakap, TKRS , PPIM
Makluman
4.4 Sasaran pencapaian A – murid mesti sekurang-kurangnya mempunyai 2 penyertaan
peringkat daerah.
Makluman
4.5 Harapan pada tahun ini, murid-murid Pengakap dapat menunjukkan kebolehan dan
pencapaian yang cemerlang.

4.6 Antara aktiviti tahunan yang akan dijalankan adalah seperti berikut:
4.6.1 Pengenalan Pengakap
4.6.2 Simpulan dan ikatan
4.6.3 Pertolongan cemas
4.6.4 Keselamatan jalan raya
4.6.5 Latihan kecergasan badan
Makluman

4.7 Pemilihan jawatankuasa Pengakap di kalangan murid telah dijalankan pada mesyuarat agung
tahunan.

5.0 Pembentangan Kertas Kerja/Isu/Laporan

5.1. Pembentangan kertas kerja Rancangan Tahunan Pengakap.


5.2. Penerangan oleh Pn Nurul Aida.
5.3. Mengharapkan agar Rancangan tahunan Pengakap ini dapat dilaksanakan mengikut
Tarikh perjumpaan aktuiviti yang telah ditetapkan.

6.0 Hal-hal lain.

6.1 Setiap unit dikehendaki mengemaskini kehadiran murid.


6.2 Semua maklumat mengenai kokurikulum hendaklah dimasukkan di dalam telegram
unit kokurikulum.
Makluman

7.0 Penutup.

7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru di atas segala kerjasama
dalam menjayakan mesyuarat pada kali ini. Beliau berharap semua guru dapat
menjalankan tindakan susulan agar semua perancangan berjalan lancar.

7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1:50 tengahari.

Urus Setia

Penyelaras Pengakap
SK Gesir Tengah
30 MAC 2022

You might also like