You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN JIJAN,

71800 NILAI, NEGERI SEMBILAN


Tel : 06- 7914191 Fax : 06-7917591 Emel : NBA4011@moe.edu.my

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM


Bil 2 Tahun 2020

Tarikh : 28 Julai 2020


Masa : 2.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Jijan

Hadir

1. Pn. Rafeah binti Ismail Pengerusi


2. En. Mohd. Fairuz Nizam bin Salleh Udin PK Kokurikulum
3. Pn. Aida binti Hassan PK Pentadbiran
4. En.Zahiruddin bin Amirudin PK Hal Ehwal Murid
5. Pn. Sa’adatul Jannah binti Abd Jalil
6. Pn. Siti Raezaihan binti Tukiman
7. Pn. Nadiah binti Mohammad
8. Pn. Shakinah binti Tahir
9. Datin Hajah Hanesabirin binti Yusoff
10. En. Shamsul Kamar bin Ariffin
11. Pn. Wan Sureyani binti Wan Ismail
12. En. Sathiaseelan A/L R.Krishnagopal
13. Pn. Wan Zuraini binti Wan Ramli
14. Pn. Norizan binti Adam
15. En. Izwar Arfany bin Abd Jais
16. En. Mohd Rusydan bin Osman
17. Pn. Umyati Samtifa binti Mohamad Shamsuddin
18. Pn. Nurul Huda binti Zainal Abidin
19. Pn. Noor Erlizai binti Ab Rahman
20. Pn. Nurul Huda binti Muhamad
21. En. Amran bin Abdul Wahab
22. Pn. Noor Ziah binti Sheikh Omar
23. Pn. Wan Ilyani Yusrina binti Wan Mustama Setiausaha

Tidak Hadir Bersebab


1. Pn. Mawar binti Bakar
2. Pn. Vasanthi A/P Manickam
3. Pn. Rodziah binti Zainal
4. Pn. Serinor Dalila binti Md. Derus
5. En. Azhar bin Punandir

1
1. UCAPAN PENGERUSI – Pn. Rafeah binti Ismail
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan umul kitab dan mengalu-alukan
kehadiran semua guru ke mesyuarat Jawatankuasa Induk Kokurikulum Bilangan 2
tahun 2020 dan mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat
melaksanakan aktiviti kokurikulum pada 3 bulan pertama sebelum PKP 2020
dengan sebaiknya.
1.3 Terdapat banyak aktiviti kokurikulum yang tidak dapat dijalankan kesan daripada
PKP Covid19.
1.4 Berharap agar aktiviti kokurikulum dapat terus dilaksanakan bermula selepas
persekolahan bermula selepas PKPB ini.
Makluman

2. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BILANGAN 1


2.1 Minit mesyuarat Bilangan 1 tahun 2020 bertarikh 24 Disember 2019 telah
dicadangkan untuk disahkan tanpa pindaan dengan cadangan oleh Pn. Nurul Huda
binti Zainal Abidin dan disokong oleh Pn. Wan Sureyani binti Wan Ismail.
Makluman

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Borang kebenaran membawa murid yang baharu sudah disediakan dan berada di
pejabat.
3.2 Sekiranya ada pergerakan melibatkan murid, guru-guru boleh mengambil dan
mengisi borang yang tersebut.
3.3 Borang pergerakan ini menggunakan format yang disediakan oleh PPD Seremban.
Tindakan : Semua guru

4. PEMBENTANGAN ISU

4.1 Pertandingan Atas Talian Ko-Akademik dan Kesenian


4.1.1 Terdapat beberapa pertandingan dalam talian yang disediakan di peringkat
negeri sepanjang PKPP.
4.1.2 Sekolah akan menghantar penyertaan bagi kategori pertandingan berikut:
a. Pertandingan Mengarang Sajak Bahasa Melayu
b. Pertandingan Mengarang Sajak Bahasa Inggeris
c. Pertandingan Menulis Esei Bahasa Melayu
d. Pertandingan Menulis Esei Bahasa Inggeris
e. Pertandingan Story Telling
f. Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu
g. Pertandingan Nyanyian Solo
h. Pertandingan Menulis Poster
4.1.3 Setiap pertandingan akan diwakili oleh 3 orang peserta.
4.1.4 Keutamaan diberikan kepada murid tahun enam dan ini akan membantu markah
pengisian PAJSK.

2
4.1.5 Setiap penyertaan pertandingan dalam talian ini merupakan penyertaan
peringkat negeri.
4.1.6 Borang penyertaan dan kertas konsep bagi setiap pertandingan boleh dirujuk di
link yang telah diberikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum
Tindakan : Semua guru penasihat

4.2 PAJSK
4.2.1 Pendaftaran kelab dan persatuan serta unit beruniform dalam sistem PAJSK
telah diselesaikan.
4.2.2 Pengisian tersebut adalah sehingga 31 Julai 2020.
Tindakan : Semua guru penasihat

4.3 Fail Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan , Sukan dan Permainan
4.3.1 Unit kokurikulum akan menyediakan fail yang baharu bagi semua Kelab
Persatuan dan Unit Beruniform.
4.3.2 Semua guru penasihat perlu mengemaskini fail tersebut dengan mengisi
maklumat yang baharu bagi tahun 2020.
4.3.3 Partition fail telah disediakan dalam fail yang baharu.
4.3.4 Guru-guru penasihat perlu mengemaskini unit kokurikulum masing-masing.
Tindakan : Semua guru penasihat

4.4 Takwim Kokurikulum 2020


4.4.1 Aktiviti kokurikulum masih belum dapat dilaksanakan berikutan Covid19.
4.4.2 Setakat ini belum ada arahan terkini yang dikeluarkan oleh PPD atau JPN
berkaitan dengan aktiviti kokurikulum murid.
Makluman

5. HAL-HAL LAIN
5.1 Semua guru hendaklah bekerja mengikut masa yang ditetapkan tanpa menunggu saat-
saat akhir.
5.2 Semua guru bertanggungjawab menyiapkan kerja dan tugasan dalam unit masing-
masing.
Tindakan : Semua guru

6. PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat serta berharap agar
tindakan dapat dibuat dengan segera dan mematuhi prosedur.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Makluman

3
Disediakan oleh:

Setiausaha,
Jawatankuasa Induk Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Jijan
Bertarikh : 5 Ogos 2020.

You might also like