You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BUAYA

48010 RAWANG, SELANGOR

MINIT MESYUARAT JK KOKURIKULUM BIL. 1/2021

Tarikh/Hari : 18 January 2021 (Isnin)


Masa : 3.00 -5.00 ptg
Tempat : Kediaman masing-masing (Google Meet)

Kehadiran :
Bil Nama Jawatan
1. Pn. Hjh. Sabariah binti Hj. Salleh Guru Besar (Pengerusi)
2. En. Annahari bin Sarif PK Pentadbiran
3. En. Ady Rizalman bin Ab Rahman PK Hal Ehwal Murid
4. Pn. Rafidah binti Darus PK Kokurikulum
5. Cik.Rehnuga A/P Mayil wahanam SU Kokurikulum
6. En. Mohd Nor Azmi bin Che Mat SU Sukan
7. Pn. Fadzilah binti Mohd Yusof Penyelaras Sukan/Permainan
8. Pn. Rosmaizatul Akma binti Ismail GP TKRS
9. Pn. Farhatul Madihah binti Mior Mohd Safri Ketua Rumah Kuning (Jerai)
10. En. Supian bin Menan GP Bola Sepak
11. Cik Zaina Aishah binti Zainol GP Pengakap
12. Tn. Hj. Mohammad Fharid bin Ibrahim GP Ping Pong
13. Pn. Norhafizah binti Nordin GP Kebudayaan
14. Pn. Mazita bt Ibrahiim GP Kelab Usahawan Muda
15. Pn. Norhana binti Mohd Isa GP Rekacipta
16. En. Mohd Rozaimi bin Zahari Penyelaras Rumah Sukan
17. En. Mohd Yazan bin Yahya Persembahan Pasukan Sekolah
18. En. Sadri Sham bin Abdullah GP Olahraga
19. Pn. Jurai binti Ahmad Rashdi Ketua Rumah Tahan (Merah)
20. Pn. Mageswari a/p Kupusami Setiausaha SPSK
21. Pn. Aznita binti Mat Junus Persatuan Bahasa Melayu
22. Pn. Mis Radziyah binti Ahmad Kelab Rukun Negara
23. Pn. Nurzuhaila binti Hj. Anuar Penyelaras Kelab/Persatuan
24. Pn. Nirmaladevi a/p Subramaniam GP Bahasa Inggeris
25. En. Mat Zainuri bin Md Nor Penyelaras Unit Beruniform
26. Cik. Noor Asyikin binti Baharudin Pandu Puteri Tunas
27. Pn. Siti Nor Akmal binti Zulkifli
28.

Turut Hadir (Tiada)

Tidak Hadir (Bersebab)


-Tiada-

Urus Setia Mesyuarat :


1. Cik.Rehnuga A/P Mayil wahanam Setiausaha Kokurikulum

AGENDA :

Mesyuarat JK Kokurikulum 1/2021 1


1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab dan pengerusi Pn. Hjh
Sabariah mengucapkan syukur kerana dapat melaksanakan mesyuarat Unit
Kokurikulum buat kali kedua bagi tahun 2021 walaupun secara atas talian
(Google Meet).
1.2 Puan Sabariah binti Haji Salleh, Guru Besar SK Sungai Buaya selaku Pengerusi
Mesyuarat mengalu-alukan kehadiran Ahli Jawatankuasa walaupun masih
dalam Fasa PKP.
1.3 Merakamkan ucapan setingi-tinggi terima kasih kepada Frontliner yang
bertungkus lumus mengawal Covid-19
1.4 DASAR-DASAR KPM – selepas PKP
1.4.1 Tiada sebarang perhimpunan rasmi dan kokurikulum ditangguhkan.
1.4.2 Tiada sambutan Hari Guru dan juga sambutan Hari Raya.
1.4.3 Tiada Majlis Sukan dan program-program Ko-Akademik.
1.4.4 Hanya guru sahaja akan hadir ke sekolah.
1.4.5 Jaga Penjarakan Sosial.
1.4.6 Guru yang masih berada di kampung, diberikan masa yang sesuai
untuk kembali ke tempat bertugas.
1.4.7 Kumpulan terawal yang akan ke sekolah ialah pelajar yang terlibat
dengan peperiksaan seperti pelajar Tingkatan 5 dan 6.
1.4.8 Pihak sekolah akan menyediakan peralatan pembersihan seperti
pencuci tangan dan pelitup muka.
1.4.9 Sewaan premis sekolah seperti kantin dan kedai buku akan
ditangguhkan sehingga bulan Mac.
1.4.10 Pergerakan ke pejabat sekolah hanyalah untuk urusan kewangan sahaja.
Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 1/2021 disahkan tanpa pindaan.


Cadangan : Pn. Jurai binti Ahmad Rashdi
Sokongan : Pn. Nurzuhaila binti Hj. Anuar

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Jawatankuasa kokurikulum

4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ ISU/ LAPORAN

4.1 Laporan PK Kokurikulum – Pn. Rafidah binti Darus

4.1.1 Pn. Rafidah binti Darus merakamkan ucapan terima kasih kepada Guru Besar,
rakan pentadbir dan semua guru kerana hadir ke Mesyuarat Induk
Kokurikulum kali pertama (Google Meet) bagi tahun 2021.

4.1.2 Telah menyertai kuiz unit beruniform peringkat kebangsaan 2020 secara dalam
talian.

4.1.3 Memperolehi sijil :


i) 4 orang murid – Peringkat Kebangsaan
ii) 12 orang murid memperolehi sijil Peringkat Negeri
iii)12 orang murid memperolehi sijil Peringkat Sekolah.

Mesyuarat JK Kokurikulum 1/2021 1


4.1.4 Pertandingan folio unit beruniform bagi murid tahun 6 2020.

4.1.5 Hari Anugerah kokurikulum 2020 telah diadakan bagi mengiktiraf pencapaian
murid tahun 6 (rujuk lampiran).

4.1.6 Pertandingan Reka Cipta 2020 dari bahan terbuang bagi murid tahun 4 dan 5.

4.1.7 Pertandingan ini diadakan bagi menggunakan peruntukan kewangan koku bagi
tahun 2020 dan pemenang-pemenang telah diberi hadiah medal dan sijil.

5. PERKARA-PERKARA BAHARU

5.1.1 Jawatankuasa ko-ku

5.1.2 Takwim aktiviti Koko 2021- (berpandukan takwim daerah)

Bilangan perjumpaan setahun


i. Unit beruniform - 12 kali
ii. Kelab & Persatuan - 12 kali
iii. Sukan & Permainan - 12 kali
Jumlah = 36 kali
- Karnival Koko
- Apreasiasi /Hari Anugerah Koko
(Sijil-sijil Penglibatan koko untuk semua murid Tahun 6)
Peringkat sekolah, Daerah, Negeri & Kebangsaan

5.1.3 Penyediaan Fail mingguan Koko 2021

i. Tanggungjawab Ketua penasihat & Penolong Penasihat.


ii Sediakan fail mengikut senarai semak yang tlah tersedia.
iii. Isi kanduangan buat pembahagian (untuk 3 Tahun)
- 2019
- 2020
- 2021
- Guna fail yang sama. (isi kandungan fail 2020 dan 2021)

5.1.4 Penyertaan Aktiviti Koko- Sukan & Ko-Akademik peringkat Sekolah dan
Daerah.

i. Penyertaan yang seimbang bagi semua unit.


ii. Ada unit yang kurang aktif .
iii. Aktiviti banyak secara online jika Covod -19 belum berakhir.
iv. Kemungkinan diwujudkan group ws @ telegram untuk aktifkan setiap unit.
v.Terdiri ahli-ahli & guru-guru penasihat.(Contoh- group setiap unit beruniform)

5.1.5 Perjumpaan Mingguan

i. PAJSK

Mesyuarat JK Kokurikulum 1/2021 1


Tahu Bil. A Bil. B Bil. C Jumlah Jumlah GPS %GPS
n laksana Murid
T4 1 63 1 65 65 2.0 75 %
T5 0 27 41 68 68 2.6 60 %
T6 13 29 24 65 65 2.18 70.5 %
GPS
KOKURIKULUM
2.77
%
KOKURIKULUM
68.25 %

Tindakan dan makluman semua guru

ii. GPK Koko mohon pengisian PAJSK diambil kira dalam semua katogeri dan situasi
semasa.
iii. Mungkin murid tidak aktif dalam bahagian sukan atau ko-akedemik diperingkat
daerah tetapi terlibat di peringkat sekolah. Pemarkahan boleh diberi.
iv.Bahagian sumbangan boleh diberi markah contoh murid menjadi ajk murid untuk
program diperingkat sekolah.
v. Guru-guru penilai PAJSK mesti merujuk panduan pengisian markah dan maklumat
penglibatan murid agar murid dapat gred yang betul.
vi.Untuk mengelakkan salah gred, murid yang patut dapat A tetap dapat B @ C.
vii.Pn. Guru Besar mohon guru-guru menurunkan aras penilaian mengikut setiuasi
semasa terutamanya situasi Pandemik Covid-19 supaya murid dapat markah dengan
gred yang lebih tinggi dan merujuk panduan pemarkahan PAJSK.

6. HAL-HAL LAIN

6.1 Laporan 2020 yang belum dihantar mohon hantar ke bilik Koko.
6.2 Kehadiran murid aktiviti koko diambil mengikut senarai kelas untuk mudahkan
pengiraan % kehadiran murid ikut kelas.
6.3 Kehadiran murid diambil terlebih dahulu sebelum aktiviti dijalankan.
6.4 Selesai ambil kehadiran mengikut kelas, murid dikumpulkan mengikut unit
masing-masing dan diberikan buku koko mengikut unit masing-masing. Guru
Penasihat ambil murid ke lokasi/tempat aktiviti.
6.5 Penyediaan Bengkel e-Data Kehadiran Aktiviti Kokurikulum.
i. Pengisian data keahlian.
ii. Setiap murid ada kad matrik untuk dibawa setiap kali Aktiviti Kokurikulum.
iii. Akan menggunakan e-mel GPK Kokurikulum. (Tertakhluk kepada situasi
semasa)
7. PENUTUP

7.1 Mesyuarat diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr dan tasbih kifarah
7.2 Mesyuarat tamat pada pukul 5.00 petang dan bersurai

Urus Setia
Unit Kokurikulum
SK Sungai Buaya
Tarikh : 19 January 2021

Mesyuarat JK Kokurikulum 1/2021 1

You might also like