You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2021

TARIKH : 21 Januari 2021

HARI : Khamis

MASA : 11:00 pagi

TEMPAT : Di tempat masing – masing secara Google Meet

AGENDA :
1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Penasihat
3. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
4. Perancangan dan Pengurusan panitia
5. Norma Baharu
6. Penjajaran Kurikulum
7. Penulisan dan penggunaan eRPH
8. PBD/PBS
9. Ladap/PLC dan Pencerapan Guru
10. Hal – hal lain

KEHADIRAN : Pn Rafini binti Ismail ( PK Kokurikulum)


: Pn Norin binti Shaari (KP Sains)
: Pn Siti Aminah binti Din ( Setiausaha )
: Pn. Noor Shahazatul Syima binti Yahaya
: En Hasmezan bin Hassan

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi


1.1 Pn Norin selaku Ketua Panitia mengalu-alukan kehadiran semua
AJK Panitia Sains dan berterima kasih di atas kehadiran semua ahli
panitia.

1.2 Mesyuarat panitia kali pertama ini dijalankan secara online Google Meet..

2. Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum

2.1 Pn Rafini binti Ismail mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
guru
hadir ke mesyuarat panitia kali pertama dan tahniah kerana dapat
memberikan komitmen yang begitu tinggi terhadap tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan.

2.2 Pn Rafini mengucapkan tahniah kepada Pn Norin di atas lantikan menjadi


Setiausaha Panitia Sains dan berterima kasih di atas.
3. Pengesahan minit yang lalu
3.1 En Hasmezan bin Hassan mencadangkan minit mesyuarat yang
lalu disahkan.

3.2 Disokong oleh Pn Siti Aminah binti Din.

4. Perancangan dan Pengurusan Panitia


4.1 Pelan Strategik dan Perancangan Panitia
Pengerusi memaklumkan panitia perlu menghantar Pelan Strategik
2021- 2023 dan OPPM selewat – lewatnya hujung bulan Februari.

4.2 Panitia bercadang akan menjalankan beberapa aktiviti seperti


a) Kelas Bimbingan/Kelas Tambahan Tahun 6
b) Klinik Sains
c) Minggu Sains
d) Teknik Jawab Soalan Tahun 4, 5 & 6
e) Latih Tubi Berfokus
f) Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains(Tahun 6) khusus sebagai
persediaan UPSR 2021

4.3 Jadual pelaksanaan perancangan aktiviti panitia akan diperincikan dalam


Perancangan Strategik Panitia Sains 2021-2023

5. Norma Baharu
5.1 Bermula 20/1/2021 murid – murid belajar dalam norma baharu iaitu PdPR
secara dalam talian.

5.2 Pengerusi memaklumkan PdPR berjalan seperti jadual yang ditetapkan


oleh PK Pentadbiran. Guru Sains perlu mengisi seperti format yang
disediakan. PdPR juga mesti didaftarkan laporannya pada link
http://gg.gg/pdprpenang2021

5.2 Penggunaan bilik Sains, guru boleh membawa murid ke makmal Sains
dengan mematuhi SOP yang ditetapkan. Walaupun begitu, guru boleh
menjalankan aktiviti Sains / PdPc Sains di dalam kelas

Tindakan : Makluman untuk semua guru Sains


6. Penjajaran Kurikulum

6.1 Dalam mesyuarat Kurikulum Kali Pertama 2021 baru – baru ini, Penolong
Kanan Pentadbiran telah memaklumkan tentang penjajaran Kurikulum
yang dilaksanakan pada PKP dan PKPB. .

6.2 Dokumen Standart Penjajaran Kurikulum (DSPK) telah dicapai dalm portal
website BPK KPM. Guru – guru Sains telah mencetaknya.

6.3 Ketua Panitia Sains memaklumkan DSPK telah dicetak untuk simpanan fail
panitia. Salinannya juga dibuat dan diedarkan kepada ahli panitia.

7. Penulisan eRPH

7.1 Bermula sesi persekolahan 2021 E-RPH akan digunakan. Semua guru
perlu
membina ringkasan mengajar masing – masing menggunakan portal
e-prema.com rancangan pengajaran tidak lagi menggunakan Buku
Ringkasan Mengajar bermula 20/1/2021.

7.2 Penulisan E- RPH adalah berpandukan DSPK. Contoh penulisan RPH


boleh dirujuk pada whattsaps Sains.

Tindakan : Makluman

8. PBD/PBS

8.1 Guru – guru telah maklum mulai tahun 2019, peperiksaan Tahap 1 akan
dimansuhkan dan digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif.
Diteruskan bagi tahun 2021.

8.2 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) seiring dengan pemansuhan amalan


peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun bagi murid Tahap 1.

8.3 PBD secara sumatif dalam bentuk peperiksaan pertengahan dan akhir
tahun diganti dengan aktiviti pentaksiran berupa projek mudah, kuiz,
permainan, main peranan dan bercerita.
Hasil kerja murid dinilai sebagai bahan pentaksiran yang dijalankan dalam
PdPc.

9. PLC/Ladap dan Pencerapan Guru Sains

9.1 Berkaitan Ladap/PLC dan pencerapan guru.


Bagi meningkatkan pengetahuan guru Sains , Panitia akan menjalankan
Ladap PLC Sains dengan memilih topik yang sesuai

9.2 Pencerapan guru akan dibuat dari masa ke semasa oleh Ketua Panitia
dan Pentadbir sekurang-kuragnya 3 kali setahun.

9.3 Penekanan pencerapan berdasarkan PLC iaitu Profesional Learning


Community.

9.4 Pencerapan juga melibatkan menyemak hasil kerja murid dari segi
latihan dan bilangan latihan. Guru diminta menyemak buku dan kerja
murid dari masa ke semasa.

Tindakan : Ahli Panitia


10. Hal – hal Lain

10.1 Berkaitan Jadual penggunaan Bilik Sains 1 dan 2 dalam proses


penyediaan dan akan bermula pada bulan Februari.

10.2 Makluman kepada semua ahli panitia supaya menghantar jadual waktu
mengajar dan biodata kepada Setiausaha Panitia.

10.3 Memohon ahli panitia menyenaraikan bahan/peralatan BBM yang


diperlukan dalam borang pesanan.

10.4 Mengharapkan guru-guru memberi sokongan dan kerjasama agar


semua aktiviti dapat dilaksanakan.

Tindakan : Ahli Panitia

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.25 tengahari.

You might also like