You are on page 1of 17

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGKAI

35600 SUNGKAI
PERAK DARUL RIDZUAN

Panitia Matematik
SK Sungkai
AJK Panitia Matematik 16 Jun 2021
SK Sungkai

Tuan/puan
Notis Mesyuarat Panitia Matematik Bil 2 / 2021

Dimaklumkan bahawa panitia akan mengadakan mesyuarat seperti berikut :


Tarikh : 18/06/2021
Hari : Jumaat
Masa : 3:00 petang
Tempat : Google Meet (https://meet.google.com/vkj-udgt-gma)
Agenda :
1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Penasihat
3. Pembentangan & pengesahan minit mesyuarat Bil 1/ 2021
4. Perkara berbangkit
5. Perkara yang dibincangkan
5.1. Analisa Ujian 1
5.2. Analisa PBD/ Analisa Pencapaian Murid/ Kenalpasti Murid
5.3. Justifikasi dan Intervensi
5.4. Pemulihan Numerasi
5.5. PdPR/ Permasalahan/ Tindakan
5.6. CIDS
5.7. Merancang dan Menyemak Program Panitia
6. Hal-hal lain
7. Ucapan Penangguhan

2. Penyertaan dan kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih.


Sekian, terima kasih.

Yang Menjalankan Tugas,

……………………………….
NUR ALINA SYUHADA BINTI ABD RAHIM
Setiausaha Panitia Matematik 2021
Minit Mesyuarat Panitia Matematik
Bil 2/ 2021

Tarikh : 18/06/2021
Hari : Jumaat
Masa : 3:00 petang
Tempat : Google Meet
Kehadiran :
Pn. Suraya binti Mohd Lot ( PK Pentadbiran)
Pn. Nor Azlina bt Zainal Abidin ( Ketua Panitia)
Pn. Nur Alina Syuhada binti Abd Rahim (Setiausaha)
Pn. Siti Mashsitoh bt Md Hashim
Pn. Syakirah bt Abu Hanifah
Pn. Hasmita bt Abd Majid
Pn Lavina Nair a/p Madawan Nair
Tidak Hadir : Pn. Umi Syahidah bt Mahmud ( Guru Pemulihan)

Agenda :
1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Penasihat
3. Pembentangan & pengesahan minit mesyuarat Bil 1/ 2021
4. Perkara berbangkit
5. Perkara yang dibincangkan
5.1. Analisa Ujian 1
5.2. Analisa PBD/ Analisa Pencapaian Murid/ Kenalpasti Murid
5.3. Justifikasi dan Intervensi
5.4. Pemulihan Numerasi
5.5. PdPR/ Permasalahan/ Tindakan
5.6. CIDS
5.7. Merancang dan Menyemak Program Panitia
6. Hal-hal lain
7. Ucapan Penangguhan
1. UCAPAN PENGERUSI
1.1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al – Fatihah
1.2. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas penyertaan semua ahli panitia walaupun sedang
Bekerja Dari Rumah (BDR).
1.3. Puan Umi tidak dapat bersama hari ini kerana ada urusan yang perlu diselesaikan.
1.4. Pengerusi berharap semua guru masih terus bersemangat menjalankan tugas dalam waktu
pandemik ini dan perlu fokus kepada kemenjadian murid.

2. UCAPAN PENASIHAT
2.1. Puan Suraya (PK 1) selaku wakil pihak pentadbir mengucapkan syukur kerana dapat bersama
dalam mesyuarat kali ini.
2.2. PK1 mengucapkan selamat kembali bertugas kepada Pn. Syakirah setelah tamat tempoh Cuti
Bersalin dan berharap dapat menjalankan tugas dengan penuh semangat.
2.3. Ucapan terima kasih diucapkan kepada Pn. Azlina, Pn. Hasmita, Pn. Siti Mashitoh dan Pn. Alina
yang mengambil kelas Matematik Pn. Syakirah.
2.4. Ucapan tahniah juga ditujukan kepada Panitia Matematik kerana aktif menjalankan aktiviti di
dalam kelas.
2.5. Permintaan PK1 agar Panitia memikirkan cara untuk memperkasakan panitia terutamanya
sewaktu PdPR ini di mana kemahiran ICT daripada guru-guru amat diperlukan dalam memastikan
murid menguasai empat operasi asas terutamanya sifir sebelum memasuki Tahap 2.
Tindakan : Ahli Panitia Matematik
2.6. Pihak PPD juga meminta program sekolah dalam memperkasakan panitia. Justeru itu, PK1 telah
menghantar program panitia seperti yang disenaraikan oleh Ketua Panitia, Pn. Azlina.
2.7. PK1 mohon panitia menjalankan program seperti mana yang dirancang sekurang-
kurangnya satu program.
Tindakan : Ahli Panitia Matematik
2.8. Panitia boleh juga meneruskan program PinTas TS25 yang telah dijalankan pada tahun lepas
iaitu membina MT (Multiplication Table) yang mana juga bertujuan memperkasakan sifir di
kalangan murid SK Sungkai. Cadangan PK1 agar program ini dijjadikan satu pertandingan
dengan menggalakkan penglibatan semua murid dan secara tidak langsung membantu murid
dalam amalan baik untuk Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM).
Tindakan : Ahli Panitia Matematik

3. PEMBENTANGAN & PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 1/ 2021


3.1. Minit dibentangkan oleh Puan Alina selaku Setiausaha Panitia Matematik 2021.
3.2. Minit mesyuarat diterima oleh Pn. Syakirah dan disokong oleh Pn. Lavina.
4. PERKARA BERBANGKIT
4.1. Perkara 3.1 : Pengerusi memaklumkan agihan tugas berubah bagi mengambil alih kelas Pn.
Syakirah yang cuti bersalin.
4.1.1.Kelas 1C : Pn. Alina ( diserahkan semula kepada Pn. Syakirah bermula 14 Jun 2021)
4.1.2.Kelas 1B : Pn. Azlina
4.1.3.Kelas 3B : Pn. Hasmita
4.1.4.Kelas 3P: Pn.Mashitoh (diserahkan semula kepada Pn.Syakirah bermula 14 Jun 2021)
Tindakan : Makluman
4.2. Perkara 4.7.1 : Format ujian bagi setiap kelas berbeza mengikut kesesuaian murid masing-
masing. Oleh itu, jadual penggubal soalan ini tidak digunakan.
Tindakan : Makluman
4.3. Perkara 4.10 : PLC masih tidak dapat dilaksanakan. Walaubagaimanapun borang pementoran
boleh diisi oleh guru yang terlibat.
Tindakan : Guru berkenaan

5. PERKARA YANG DIBINCANGKAN


5.1. Analisa Ujian 1 ( Seperti Lampiran 1)
5.1.1.Tahun 4
i. Kedua-dua kelas diajar oleh Puan Azlina.
ii. Ujian 1 ini menggunakan soalan di dalam buku aktiviti yang boleh dikatakan soalan aras
tinggi bagi murid Tahun 4 SK Sungkai dan menyumbang kepada prestasi yang kurang
memuaskan.
iii. Ini juga merupakan pengalaman pertama murid Tahun 4 ini menjawab soalan ujian
berbanding semasa mereka berada Tahap 1 yang tiada ujian.

5.1.2.Tahun 5
i. Kelas 5C yang diajar oleh Pn. Lavina menggunakan soalan buku aktiviti. Seorang murid iaitu
Dhiya Insyirah gagal dan Damia tidak hadir. Berdasarkan prestasi di dalam kelas Dhiya
sepatutnya mendapat C dan Damia mendapat D paling minimum.
ii. Kelas 5B yang diajar oleh Pn. Mashitoh juga menggunakan soalan di dalam buku aktiviti
yang banyak menguji kemahiran darab dan bahagi murid. Kemungkinan yang menyumbang
kepada prestasi murid ini ialah lemah sifir dan tiada suasana peperiksaan menyebabkan
murid tidak serius semasa menjawab ujian.
iii. Kelas 5P yang diajar oleh Pn. Azlina menggunakan soalan yang dibina sendiri. Berdasarkan
pemerhatian, murid kelas ini ramai yang tidak minat untuk belajar dan perlu bimbingan untuk
menjawab soalan.
iv. Puan Suraya memaklumkan penilaian berterusan sangat penting memandangkan
peperiksaan sudah dimansuhkan. Matematik ini perlu diperkukuhkan asas terutamanya
fakta asas dan sifir kemudian barulah murid lihat Matematik ini mudah.
5.1.3.Tahun 6
i. Kelas 6C yang diajar oleh Pn. Azlina dan 6B yang diajar oleh Pn. Mashitoh menggunakan
soalan buku aktiviti dan lulus 100%. Tahniah diucapkan.
ii. Kelas 6P yang diajar oleh Pn. Alina menggunakan soalan yang dibina sendiri iaitu soalan
asas matematik. Walaubagaimanapun hanya 6/23 orang murid yang lulus. Berdasarkan
pemerhatian, murid ini semakin kurang minat untuk belajar terutamanya apabila peperiksaan
dimansuhkan dan masalah kehadiran juga merupakan salah satu faktor menyukarkan guru
membantu murid.
iii. Cadangan daripada Puan Suraya agar guru menceritakan kepada murid pentingnya Tahap
Penguasaan 1 hingga 6 agar mereka sedar mereka dinilai berdasarkan TP. Beliau juga
meminta guru-guru mencari kaedah atau cara untuk menarik minat murid terhadap
Matematik.
Tindakan : Ahli Panitia Matematik

5.2. Analisa PBD/ Analisa Pencapaian Murid/ Kenalpasti Murid


( Seperti Lampiran 2 dan 3)
5.2.1.Pengerusi mengingatkan semula bahawa PBD adalah pentaksiran berterusan daripada awal
tahun hingga akhir tahun semasa.
5.2.2.Tahun 1
i. 1C terdapat 2 orang murid TP2 kerana masih memerlukan bimbingan semasa
melengkapkan latihan dan ejaan masih perlu diperbaiki.
ii. 1B murid berada di tahap sederhana dan masih tiada yang mencapai TP4 kerana belum
masuk tajuk penyelesaian masalah.
iii. 1P terdapat 3 orang murid TP1 iaitu Muaz, Al-Amin dan Aryan. Murid-murid ini juga
mempunyai prestasi sama bagi subjek lain yang mana masalah kehadiran dan akan dirujuk
kepada Pn. Umi untuk pemulihan khas.

5.2.3.Tahun 2
i. Ketiga-tiga kelas Tahun 2 diajar oleh Pn. Hasmita.
ii. 2C kebanyakkannya berkemahiran dan mencapai TP3 cuma terdapat beberapa orang murid
perlu dibimbing lagi.
iii. 2B muridnya berada di tahap sederhana dan pencapaian ini masih boleh diperbaiki lagi jika
berpeluang bersemuka.
iv. 2P terdapat 3 orang TP1 iaitu Faresha, Solihin dan Firas Absyar. Faresha dan Solihin ini
dirujuk untuk kelas PPKI kerana masalah pembelajaran dan pertuturan. Faresha telah
disahkan ke kelas PPKI tetapi Solihin masih tertangguh kerana mungkin masalah keluarga
untuk menguruskan pengesahan daripada pihak hospital. Bagi Firas Absyar pula walaupun
masalah pertuturan tetapi masih kekal di kelas pemulihan kerana ada potensi dan sokongan
kuat daripada keluarga.
5.2.4.Tahun 3
i. 3C kebanyakkannya mempunyai prestasi yang baik.
ii. 3B murid berada di tahap sederhana dan masih boleh diperbaiki.
iii. 3P terdapat 10 orang TP2 yang mana murid 6 orang murid pemulihan. Murid ini lemah fakta
asas jadi Pn. Mashitoh lebih fokus kemahiran tambah dan tolak manakala tajuk darab dan
bahagi masih belum diajar. Salah seorang murid iaitu Ain Erisya memang lemah dan tidak
faham apa yang dipelajari. Murid-murid ini dilihat lebih suka melakukan aktiviti semasa
belajar.

5.2.5.Tahun 4
i. 4C tiada masalah dan murid boleh mengikuti pembelajaran dengan baik.
ii. 4B ada 3 orang TP2 iaitu Mior, Firdaus dan Imam. Mior ada potensi untuk ke TP3 tetapi
perlu lebih latihan dan usaha. Firdaus memang lemah asas dan pasif di dalam kelas
manakala Imam masalah kehadiran menyukarkan guru membimbing.

5.2.6.Tahun 5
i. 5C sebenarnya ada 2 orang murid yang boleh mendapat TP5 tetapi Pn. Lavina ingin
memperkukuh dahulu kemahiran menyelesaikan masalah mereka sebelum menaikkan
daripada TP4 ke TP5.
ii. 5B juga ada 2 orang berpotensi untuk TP5 tetapi perlu diperkukuh kemahiran penyelesaian
masalah. Kelas ini tiada calon yang menunjukkan potensi untuk mendapat TP6 setakat
pertengahan tahun ini.
iii. 5P terdapat 2 orang TP4 iaitu murid baharu. Kebanyakkan murid kelas ini lemah dan takut
dengan penyelesaian masalah iaitu penilaian bagi TP4.

5.2.7.Tahun 6
i. 6C terdapat 4 orang TP3 iaitu Syifa, Punitha dan Mimi yang memerlukan bimbingan individu
serta Al-Adib yang mempunyai masalah kehadiran. Jika berterusan, Al-Adib ini bimbangi
akan keciciran.
ii. 6B terdapat 10 orang TP3 yang mana 5 daripadanya iaitu Hasani, Eryna, Azmi, Aliya dan
Ayuni; jika tiada perubahan akan kekal di TP3. 5 orang murid lagi berpotensi untuk
mendapat TP4 jika dapat dibimbing secara bersemuka.
iii. 6P; Pn. Alina hanya fokus kepada penyelesaian ayat matematik berbanding penyelesaian
masalah. 9 orang yang mendapat TP4 dapat memahami kehendak soalan tetapi masih juga
perlu bimbingan untuk membina ayat matematik yang betul

5.3. Justifikasi dan Intervensi.


5.3.1.Berdasarkan pencapaian Ujian 1 dan PBD, Panitia telah mengenal pasti justifikasi secara
menyeluruh faktor menyumbang kepada pencapaian murid yang kurang memuaskan.
5.3.2.Pelan intervensi juga dirancang bagi membantu murid yang lemah agar mencapai tahap
minimum.
5.3.3.Justifikasi dan intervensi seperti Lampiran 4.
5.4. Pemulihan Numerasi
5.4.1.Pengerusi menyampaikan info pemulihan berdasarkan makluman yang diberi oleh Pn. Umi.
5.4.2.PdPR bagi kelas pemulihan berjalan seperti biasa. Walau bagaimanapun ia kurang
mendapat sambutan daripada murid.
5.4.3.Bagi Pemulihan Tahun 2, sebelum ini terdapat 8 orang murid. Setelah Faresha dimasukkan
ke kelas PPKI, Pn. Umi mengambil seorang lagi murid iaitu Mikhail sebagai ganti menjadikan
jumlahnya tetap 8 orang. Solihin masih tertangguh status untuk ke kelas PPKI.
5.4.4.Bagi Pemulihan Tahun 3, terdapat 7 orang murid. Salah seorangnya Qaseh mempunyai
masalah kehadiran dan masalah pembelajaran.
5.4.5.Bagi Pemulihan Tahun 4 sepatutnya tiada kelas tetapi Pn. Umi tetap mengambil 3 orang.
Walaubagaimanapun Mior Adam akan dikeluarkan untuk ke kelas perdana sepenuhnya.
Tindakan : Makluman
5.5. PdPR/ Permasalahan/ Tindakan
5.5.1.Perlu berjalan mengikut arahan yang ditetapkan
5.5.2.Pada awalnya, jadual waktu 5.0 digunakan. Setelah jadual 6.0 tersedia, semua guru perlu
menggunakan jadual baru yang mana Matematik digabungkan dalam 3 waktu untuk 2 hari
menjadi jumlah kesemuanya 6 waktu seminggu.
5.5.3.Bagi tugasan untuk murid, guru-guru boleh sediakan modul dan diserahkan mengikut arahan
Guru Besar. Pastikan modul mengandungi 8 perkara iaitu :
i. Tajuk/Unit
ii. Standard Kandungan
iii. Standard Pembelajaran
iv. Objektif
v. Tempoh Masa
vi. Nota
vii. Aktiviti
viii. Pentaksiran
5.5.4.Guru-guru perlu pastikan latihan dan tugasan yang diberikan dapat mengukuhkan kemahiran
asas murid untuk mencapai sekurang-kurangnya TP3. Walau bagaimanapun, bagi murid
lemah guru boleh mengikut kesesuaian.
5.5.5.Pelaporan PdPR perlu diisi dalam sistem SPdPR setiap hari tanpa gagal. Pastikan semua
maklumat diisi dengan betul.
Tindakan : Ahli Panitia Matematik
5.6. CIDS
5.6.1.RPH guru perlu disediakan mengikut jadual dan format PdPR.
5.6.2.Pastikan impak ditulis setiap kali selesai sesi PdPR. Guru-guru boleh juga menulis bilangan
murid yang respon kepada tugasan yang diberikan serta bilangan yang mengikuti PdPR
secara atas talian dan luar talian.
5.6.3.Jika guru gunakan kemudahan salin dan sunting RPH pastikan tarikh, minggu dan impak
disunting.
Tindakan : Semua guru
5.7. Merancang dan Menyemak Program Panitia (Seperti Lampiran 5 dan 6)
5.7.1.Pn. Lavina mencadangkan panitia memperkasakan program sifir dengan mengadakan
pertandingan rakaman membina kotak sifir terpantas iaitu kurang daripada 50 saat dan
peserta diberi sijil.
Tindakan : Semua guru
5.7.2.Pn. Hasmita mencadangkan nama program sifir ialah ’ Mantapkan Sifirmu’.
5.7.3.Kuiz online ialah daripada program STEM.
Tindakan : Pn. Azlina
5.7.4.Laman Numerasi ialah salah satu platform perkongsian bahan antara ahli panitia Matematik
SK Sungkai. Pautan seperti berikut :
https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/lamannumerasisks/home
5.7.5. Pelaksanaan Minggu Matematik akan difikirkan jika sekolah dapat beroperasi seperti biasa.

6. HAL-HAL LAIN
6.1. Pn. Syakirah meminta pandangan semua rakan guru untuk menurunkan aras nombor semasa
mengajar darab dan bahagi kelas 3P supaya murid dapat kemahiran asas. Rakan guru
menyatakan tidak menjadi kesalahan selagi nombor berada dalam julat diberi.
Tindakan : Pn. Syakirah
6.2. Pn. Azlina memaklumkan guru-guru boleh memikirkan dan melaksanakan KMR secara gabung
jalin dengan subjek lain kerana masih tiada projek daripada ahli panitia Matematik.
Tindakan : Ahli Panitia Matematik

7. UCAPAN PENANGGUHAN
7.1. Pengerusi berharap semua guru dapat bekerjasama bagi membantu panitia dan bekerja sebagai
satu pasukan.
7.2. Pengerusi meminta semua guru kekal positif dan tidak stress menghadapi kekangan PdPR ini.
7.3. Jika ada sebarang permasalahan dan pandangan boleh dibincangkan di dalam Group WhatsApp
Panitia.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

--------------------------------------------- ------------------------------------------- --------------------------------------


Pn. Nur Alina Syuhada bt Abd Rahim Pn. Nor Azlina binti Zainal Abidin Pn. Suraya binti Mohd Lot
Setiausaha Ketua Panitia Penolong Kanan Pentadbiran
Panitia Matematik Panitia Matematik SK Sungkai
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGKAI
35600 SUNGKAI,
PERAK
ABA 0018
Lampiran 1

ANALISA UJIAN 1 / 2021

TAHUN 4
KELAS LULUS GAGAL A B C D E TH
4C 21 9 3 5 4 9 9 0
Peratusan (%) 70 30 10 16.7 13.3 30 30 0
4B 13 16 0 0 1 12 16 1
Peratusan (%) 43.3 53.3 0 0 3.3 40 53.3 3
KESELURUHAN 34 25 3 5 5 21 25 1
Peratusan (%) 57.6 42.4 5 8.5 8.5 35.6 42.4 1.7

TAHUN 5
KELAS LULUS GAGAL A B C D E TH
5C 14 1 6 4 4 0 1 1
Peratusan (%) 87.5 6.3 37.5 25 25 0 6.3 6
5B 26 7 1 4 1 20 7 0
Peratusan (%) 78.8 21.2 3 12.1 3 60.6 21.2 0
5P 5 23 0 0 3 2 23 0
Peratusan (%) 17.9 82.1 0 0 10.7 7.1 82.1 0
KESELURUHAN 45 31 7 8 8 22 31 1
Peratusan (%) 59.2 40.8 9.2 10.5 10.5 29 40.8 1.3

TAHUN 6
KELAS LULUS GAGAL A B C D E TH
6C 28 0 3 5 11 9 0 0
Peratusan (%) 100 0 10.7 17.9 39.3 32.1 0 0
6B 30 0 0 5 20 5 0 0
Peratusan (%) 100 0 0 16.7 66.7 16.7 0 0
6P 6 17 0 3 1 2 17 0
Peratusan (%) 26.1 73.9 0 13 4.3 8.7 73.9 0
KESELURUHA 64 17 3 13 32 16 17 0
N
Peratusan (%) 79 21 3.7 16 39.5 19.8 21 0

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGKAI


35600 SUNGKAI,
PERAK
ABA 0018

Lampiran 2

ANALISA PBD PERTENGAHAN TAHUN 2021


TAHAP 1
TAHUN 1
KELAS TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6
1C 0 2 27 0 0 0
1B 0 9 19 0 0 0
1P 3 12 10 0 0 0
KESELURUHA 3 23 56 0 0 0
N
Peratusan (%) 3.7 28 68.3 0 0 0

TAHUN 2
KELAS TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6
2C 0 0 10 13 6 0
2B 0 0 25 5 0 0
2P 3 6 17 0 0 0
KESELURUHA 3 6 52 18 6 0
N
Peratusan (%) 3.5 7 61.2 21.2 7.1 0

TAHUN 3
KELAS TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6
3C 0 0 6 22 4 0
3B 0 0 25 5 0 0
3P 0 10 12 3 0 0
KESELURUHAN 0 10 43 30 4 0
Peratusan (%) 0 11.5 49.4 34.5 4.6 0
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGKAI
35600 SUNGKAI,
PERAK
ABA 0018

Lampiran 3

ANALISA PBD PERTENGAHAN TAHUN 2021

TAHAP 2
TAHUN 4
KELAS TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6
4C 0 0 15 15 0 0
4B 0 3 23 4 0 0
KESELURUHA 0 3 38 19 0 0
N
Peratusan (%) 0 5 63.3 31.7 0 0

TAHUN 5
KELAS TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6
5C 0 0 8 8 0 0
5B 0 0 21 12 0 0
5P 0 0 26 2 0 0
KESELURUHA 0 0 55 22 0 0
N
Peratusan (%) 0 0 71.4 28.6 0 0

TAHUN 6
KELAS TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6
6C 0 0 4 19 5 0
6B 0 0 10 20 0 0
6P 0 0 14 9 0 0
KESELURUHA 0 0 28 48 5 0
N
Peratusan (%) 0 0 34.6 59.2 6.2 0
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGKAI
35600 SUNGKAI,
PERAK
ABA 0018
Lampiran 4

.
JUSTIFIKASI DAN INTERVENSI BERDASARKAN
ANALISA UJIAN 1 DAN DATA PBD PERTENGAHAN TAHUN 2021

TAHAP 2
JUSTIFIKASI INTERVENSI
Tidak kuasai fakta asas Modul Fakta Asas
Lemah sifir Program MT ( Multiplication Table)
Kurang pemahaman kehendak soalan Modul Mantap Jawab ( Latih tubi jawab
soalan)
Sikap murid yang semakin kurang berminat Pelbagaikan aktiviti dan rujuk kepada guru
untuk belajar kelas serta guru kaunseling.

TAHAP 1

JUSTIFIKASI INTERVENSI
Murid pemulihan atau berkeperluan khas Murid pemulihan terus dibimbing oleh Puan Umi.
Murid berkeperluan khas dirujuk untuk ke PPKI
Masalah kehadiran Rujuk kepada Guru Kelas seterusnya Guru
Kaunseling
Murid lemah fakta asas Aktiviti Congak Fakta Asas 5 minit pada permulaan
PDP
Murid masih lemah dalam mengenal nombor 1 Aktiviti kenal nombor 5 minit pada permulaan PDP
hingga 100
Murid pasif di dalam kelas Rancang aktviti yang pelbagai dan banyakkan
aktiviti perbincangan dua hala.
Murid lemah dalam memahami penyelesaian Guru cuba terapkan penyelesaian masalah
masalah. Kemahiran ini kurang ditekankan kerana
fokus kepada Kandungan Asas dahulu. semasa mengajar Kandungan Asas

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGKAI


35600 SUNGKAI,
PERAK
ABA 0018
Lampiran 5

PERANCANGAN TAHUNAN PANITIA MATEMATIK


TAHUN 2021
BIL. AKTIVITI TARIKH

Mesyuarat Panitia 1
1 26.01.2021
Mesyuarat Panitia 2 13.04.2021
Mesyuarat Panitia 3 13.07.2021
Mesyuarat Panitia 4 14.10.2021

Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum 1


2 18.01.2021
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum 2 06.04.2021
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum 3 08.07.2021
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum 4 30.11.2021

Latihan Dalam Perkhidmatan 1


3 30.01.2021
Latihan Dalam Perkhidmatan 2 10.04.2021
Latihan Dalam Perkhidmatan 3 24.04.2021
Latihan Dalam Perkhidmatan 4 31.07.2021
Latihan Dalam Perkhidmatan 5 25.09.2021
4 Penilaian Kendiri Guru 15.02.2021 –
05.03.2021
Pencerapan Guru dan Penyemakan Buku Tulis Pusingan 2
12.04.2021 –
Pencerapan Guru dan Penyemakan Buku Tulis Pusingan 3 21.05.2021
09.08.2021 –
24.09.2021

Ujian Rasmi 1 22.03.2021 –


5
Ujian 2 25.03.2021

Ujian 3 21.06.2021 –
24.06.2021
15.11.2021 –
18.11.2021

6 Program Bijak Sifir Sepanjang tahun

7 Minggu Matematik 11.10.2021 –


15.10.2021

8 Pertandingan Kuiz Matematik Online Jun 2021

9 Program Google Site Matematik ( Laman Numerasi ) Jun – November 2021

Disediakan oleh :

norazlina
…………………………………………………
(NOR AZLINA BT ZAINAL ABIDIN)
Ketua Panitia Matematik
Sekolah Kebangsaan Sungkai
Lampiran 6

CARTA GANTT PERANCANGAN TAHUNAN PANITIA MATEMATIK 2021

BI
L AKTIVITI JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV

1 Mesyuarat Panitia x x x x
2 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum x x x x

3 Latihan Dalam Perkhidmatan x x x x

4 Pencerapan Guru dan Penyemakan Buku x x x x x x


Tulis

5 Ujian Rasmi x x x

6 Bijak Sifir x x x x x x x x x x x
Minggu Matematik x
7
Pertandingan Kuiz Matematik Online x
8

9 Program Google Site Matematik


( Laman Numerasi ) X X X X X X

Disediakan oleh :

norazlina
……………………………………………………….
( NOR AZLINA BINTI ZAINAL ABIDIN )
Ketua Panitia Matematik
Sekolah Kebangsaan Sungkai

You might also like