You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT

UNIT 3K
BIL. 1 2023/2024

Tarikh : 8 Jun 2023


Hari : Khamis
Masa : 3:00 petang
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Bil Kehadiran : 9/11

Kehadiran :

1. Norhasuna binti Othman - GPK Kurikulum


2. Nur Syazwani binti Subari.- Naib S/U Unit 3K
3. Lailatul binti Ab. Hamid @ Kassim
4. Nur Hayati binti Mohamad
5. Marina binti Ramle
6. Ahmad Naszobar bin Ahmad Tuah
7. Syamizan bin Mohd Saleh
8. Mohd Rizal bin Abdul Rahman
9. Thanusha Devi A/P Balakrishnan

Tidak Hadir :
1. Zalina binti Jabar @ M. Sanat (NPQEL)
2. Syamimi binti Mohamad (bersebab)

1.0 Perutusan Pengerusi (Pn. Nur Syazwani binti Subari – Naib S/U 3K)

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ketua unit jawatankuasa 3K
(Kebersihan, Kesihatan & Keselamatan)

Tindakan :Makluman

2.0 Amanat Pentadbir (Pn. Norhasuna binti Othman – GPK Kurikulum)

2.1 Pn. Norhasuna menerang secara ringkas maksud 3K. Unit 3K terdiri daripada 6 sub unit iaitu,
Kamar Selesa, Kesihatan, Keselamatan, Kebakaran, Pencegahan Denggi dan PPDa.
2.2 3 Unit utama (Kebersihan, Kesihatan & Keselamatan) bergabung demi kecemerlangan sekolah.
2.3 Pn. Norhasuna memaklumkan tentang pemantauan JKR yang akan dijalankan pada 9 Jun 2023
(Jumaat) bertujuan untuk pendawaian semula kelas-kelas yang berkenaan.
2.4 Kesihatan amat penting bagi warga SK Kerubong.
2.5 Pertandingan keceriaan telah bermula pada bulan Jun.

Tindakan :Makluman
3.0 Aktiviti Tahunan 3K 2023/2024

3.1 Pertandingan keceriaan kelas dan bilik-bilik khas telah dijalankan. Markah diambil oleh
guru bertugas setiap minggu bermula dari bulan Jun. Pemenang akan diumumkan setiap
bulan.
3.2 Tiada minggu 3K tetapi di tukar kepada bulan 3K.
3.3 Setiap ketua unit perlu memilih bulan yang sesuai bagi menjalankan aktiviti unit masing-
masing. Aktiviti yang melibatkan pihak luar perlulah disediakan plak.
3.4 Laporan setiap unit perlu dihantar ke dalam “telegram group” unit 3K.
3.5 Laporan denggi harus dilaporkan setiap bulan.

4.0 Laporan Aktiviti Setiap Unit

4.1 Laporan Unit Keselamatan (Ahmad Naszobar)

4.1.1 Hasil pemantauan dari AJK terdapat lubang di belakang kelas tahun 1.
4.1.2 Sekiranya terdapat kes penyakit berjangkit kelas-kelas yang terlibat akan
disanitasi.
4.1.3 Garisan keselamatan telah dipasang di IBS demi keselamatan murid.
4.1.4 Cadangan penambahbaikan (melukis lot parker) di kawasan pakir guru.
4.1.5 Mesyuarat unit keselamatan telah dijalankan.

4.2 Laporan Unit Kebakaran (En.Mohd Syamizan)

4.2.1 Program yang telah dilaksanakan


4.2.1.1 Pelan kebakaran telah disebar luas kepada semua guru. Terdapat beberapa
pengubahsuaian atas dasar penambahan kelas.
4.2.2 Program yang akan dilaksanakan
4.2.3 Mesyuarat unit kebakaran belum dilaksanakan. Kawad kebakaran pada 18 Julai ditunda
ke 31 Oktober

4.3 Laporan Unit Kamar Selesa (Pn. Nur Hayati)

4.3.1 Agihan tugas kepada AJK Kamar Selesa.


4.3.2 Guru berkenaan akan membuat laporan dua bulan sekali berkaitan aduan Kamar
Selesa.

4.4 Laporan Unit Kesihatan (Pn. Marina)

4.5 Program yang telah dilaksanakan

4.5.1 Borang persetujuan imunisasi 1 telah diedarkan pada 27 Mac.


4.5.2 Data tinggi dan berat telah diambil rekod.
4.5.3 Suntikan Tahun 1 dan Tahun 6 telah dijalankan pada 22 Mei. Aduan dari ibu bapa,
terdapat murid mendapat ruam di kawasan suntikan selepas dua minggu.
4.5.4 Hasil pemeriksaan fizikal tahun 6 terdapat beberapa orang murid telah mengelar
tangan mereka dan telah dilaporkan.
4.5.5 Pelancaran program minum air kosong telah dilaksanakan pada 8 Mei.
4.5.6 Terdapat 300 lebih baki kit ujian covid yang akan tamat tempoh
4.6 Laporan Unit Pencegahan Denggi (En. Mohd Rizal)

4.6.1 Pemantauan berkala setiap bulan akan dijalankan.

4.7 Laporan Unit PPDa (Cik Thanusha)

4.7.1 Program yang telah dilaksanakan


4.7.1.1 Mesyuarat telah dijalankan.
4.7.1.2 Setiap hari Rabu informasi berkaitan PPDa disampaikan melalui siaraya, serta
nyanyian lagu Dadah Durjana.
4.7.2 Program yang akan dilaksanakan
4.7.2.1 Ceramah dari pihak PPDa dalam perancangan. Cadangan tarikh adalah pada
bulan Sept. Semasa perjumpaan Kelab & Persatuan.
4.7.2.2 Pentadbir akan berbincang tentang tempat yang sesuai untuk ditempatkan sudut
PPDa bergabung dengan unit disiplin.
4.7.2.3 Pertandingan kuiz atau mencipta sajak.

Tindakan: Semua Ketua Unit HEM

5.0 Hal-hal lain

5.1 Pemantaun JKR akan membuat pemeriksaan dari Jun-Ogos.

6.0 Ucapan Penangguhan

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 ptg.

Disediakan Oleh :

……………………………………
(Nur Syazwani binti Subari)
Naib Setiausaha Unit 3K,
SK Kerubong, Melaka.

You might also like