You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA BIL 1/2021

SK SUNGAI BEDAUN
WP LABUAN

Tarikh : 09 Februari 2021


Hari : Selasa
Masa : 2.00 petang
Tempat : kediaman masing-masing (google meet)

Kehadiran:

Bi Nama Kehadiran
l
1 Noraliza binti Allbi (GPK Kurikulum) /
2 Puan Hernih binti Salam (Ketua Panitia) /
3 Puan Radziah binti Taris (Setiausaha) /
4 Encik Jeevareani A/L Samikanu /
5 Encik Norfazlie bin Naji /
6 Encik Hawari bin Hanafi /
7 Puan Rashidah binti Awang Sah /

1 . UCAPAN PENGERUSI

1. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru terlibat khususnya
guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyertai mesyuarat melalui google meet.
2. Pengerusi juga mengucapkan selamat kembali menjalankan PDPR dan berharap guru-
guru tetap bersemangat untuk mendidik anak murid meskipun secara maya.

2 . UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

1. Pn.Noraliza (PK Pentadbiran) mengucapkan terima kasih atas jemputan dan


mengucapkan selamat kembali bertugas kepada semua guru Matematik.
2. Pn Noraliza juga mengucapkan tahniah kepada Ketua Panitia Matematik yang baharu
iaitu Pn Herni Salam.
3. Pn Noraliza mengucapkan selamat bertugas di SK Sg Bedaun kepada 2 guru baharu
subjek Matematik iaitu cikgu Hawari dan cikgu Norfazlie.
4. Pn Noraliza berharap semua guru akan terus menyampaikan PDPR dengan
bersemangat serta meneroka dalam menggunakan pelbagai medium pengajaran dalam
talian.

3 . PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KEEMPAT TAHUN 2020.

1. Puan Rashidang Awang Sah mengesahkan minit mesyuarat keempat Panitia


Matematik dan pengesahan tersebut disokong oleh Puan Radziah Taris

4 . PERKARA BERBANGKIT - Tiada

5 . AGENDA PTOFESIONAL

1. RPT , DSKP, RPH


-Semua guru hendaklah mempunyi RPT dan DSKP masing-masing. RPT hendaklah
mengandungi tarikh mengikut takwim sekolah. RPT hendaklah dicetak, DSKP boleh
dicetak atau disimpan dalam gajet masing-masing.
-RPH dikehendaki setiap kali sebelum masuk kelas, RPH dibuat mengikut tapak
(template) yang disediakan.

2. PBD

-Pelaksanaan PBD diperluaskan kepada semua murid termasuk semua murid tahap 2,
ini berikutan UPSR yang dibatalkan dan tiada peperiksaan yang dapat dijalankan
selagi sekolah belum dibuka.
-PBD tetap dijalankan meskipun pembelajaran dijalankan secara maya. Setiap guru
diminta menyediakan fail transit PBD.
-Guru-guru diminta menjejaki murid-murid lemah dan tidak mengabaikan mereka
sepanjang pdpr berjalan.

3. Perancangan Aktivtiti Tahunan

Bil AKTIVITI OBJEKTIF BULAN SASARAN TINDAKAN


Mesyuarat Panitia Membincangkan
1 Matematik aktiviti yang akan Februari Semua guru Ketua Panitia
dijalankn sepanjng Matematik
tahun 2021
Mengumpul data Melengkapkan data
2. peribadi dan guru tentang Mac dan Semua guru Setiausaha
jadual waktu guru pengalaman April Matematik
mengajar
Membiasakan
3. Sifir 5 Minit murid dengan sifir : Februari Semua guru
Tahap 1 -sifir 2 hingga Semua Matematik
hingga 5 November murid
Tahap 2 -sifir 2
hingga 12
Memastikan fail
4. Mengemaskini panitia sentiasa Februari Ketua Panitia
fail panitia lengkp dan hingga dan Setiausaha
Matematik dikemaskini November
mengikut kehendak
semasa
Kursus Dalaman: Meningkatkan
5. PLC pengetahuan dan Februari Semua guru Ketua Panitia
Bengkel tahap hingga Matematik
profesionalisme November
guru Matematik
Mesyuarat Panitia Membincangkan
6. Kali Kedua masalah berbangkit Mei Semua guru Ketua Panitia
dan cadangan Matematik
penambahbaikan
Mesyuarat Panitia Membincangkan
7. Kali Ketiga masalah berbangkit Julai Semua guru Ketua Panitia
dan cadangan Matematik
penambahbaikan
8. Mesyuarat Panitia Merumuskan
Kali Keempat program aktiviti September Semua guru Ketua Panitia
sepanjang tahun Matematik
6.. HAL-HAL LAIN

i. PDPC
-Semua guru diminta mewujudkan elemen pendidikan abad ke-21
-Semua guru diminta membuat RPH yang menepati kehendak sekolah iaitu mengikut
tapak RPH yang diberi, guru-guru diharap faham dan mengisi betul bahagian Objektif
Pengajaran dan Kriteria Kejayaan.
-Sepanjang PDPR guru-guru hendaklah mempelbagaikan medium pengajaran tetapi
dalam masa yang sama tidak mengabaikan kebolehcapaian murid-murid.
-Guru-guru matematik sepakat untuk menyampaikan PDPC pada kelas Mutiara dan
Delima mengikut pencapaian atau kebolehan murid-murid. Tajuk pembelajaran akan
diubah hanya jika majoriti murid dapat menguasai kemahiran asas (tambah, tolak,
darab dan bahagi).

ii. SKPMG2
-Semua guru Matematik diharap dapat mengisi SKPMG2 dengan betul.

iii. Isu-isu
-Ada sebilangan murid yang tidak pernah melibatkan diri dengan PDPR. Meskipun
pihak sekolah menyediakan modul, mereka tetap tidak turut serta pada seetiap kali
sesi PDPR. Murid-murid ini hendaklah dikenalpasti dan disiasat punca mereka tidak
turut serta dalam PDPR.

iv. Status perbelanjaan PCG


-Semua guru termasuk pengerusi bersetuju untuk menggunakan PCG lebih kepada
barangan murid iaitu hadiah-hadiah dan cenderamata untuk murid yang memberi
komitmen dan menunjukkan peningkatan dalam pencapaian untuk Mata Pelajaran
Matematik.
-Hadiah- hadiah daripada wang PCG akan diberi pada murid yang mendapat markah
tertinggi dalam peperiksaan pertengahan tahun, dan pada murid yang berjaya dalam
Program Minggu Panitia Matematik (rujuk kertas kerja).

v. Bilangan buku tulis dan bilangan latihan minimum


-Setiap murid dikehendaki mempunyai sekurang-kurangnya 2 buah buku tulis dan
bilangan latihan bertulis minimum yang wajar dibuat oleh murid tahap 1 untuk setiap
kali sesi pdpc dialah 5 latihan, manakala untuk tahap 2 ialah 6 latihan.

Tindakan: Semua guru matematik

7.UCAPAN PENANGGUHAN

Pengerusi berharap semua ahli panitia dapat bekerjasama dan berganding bahu untuk
membantu murid-murid dalam mata pelajaran Matematik. Guru-guru juga hendaklah peka
demgan perubahan cara mengajar khusunya dalam menghadapi cabaran covid ini.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

...................... ...................... ......................


RADZIAH TARIS HERNIH SALAM
(Setiausaha (Ketua
Panitia Matematik) Panitia Matematik)

You might also like