You are on page 1of 5

Sekolah Kebangsaan Sungai Rapat

Jalan Raja Abdullah

31350 Ipoh , PERAK DARUL RIDZUAN

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA 2023/2024

Tarikh : 17 Mac 2023

Hari : Rabu

Masa : 8:30 pagi

Tempat : makmal computer

Kehadiran : Seperti lampiran

Hadir Bersama : Penolong Kanan Pentadbiran Encik Badrol Hasni Bin Abdullah Sani

1. UCAPAN PENOLONG KANAN 1

1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir ke

mesyuarat panitia bahasa matematik kali pertama untuk tahun 2023/24.

1.2 Mengucapkan syabas dan tahniah diatas segala usaha keras guru untuk
meningkatkan pencapaian Matematik pada tahun lalu.

1.3 Menekankan mata pelajaran Matematik antara mata pelajaran paling penting

sebagai tunjang utama mata pelajaran yang lain.

1.4 Guru perlu merangka perancangan untuk penambahbaikan..

Tindakan : Makluman
2. UCAPAN PENGERUSI

2.1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana hadir ke
mesyuarat panitia matematik kali pertama tahun 2023/24

2.2. Mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua
ahli panitia dalam menjayakan program panitia pada tahun lepas.

2.3. Pengerusi juga berharap aktiviti yang dirancang pada tahun ini dapat dijalankan
dengan lebih baik dan lancar.

Tindakan : Makluman

3. AKTIVITI MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN

3.1 Tidak ada pembelajaran rasmi pada minggu pertama. Semua guru diminta
merancang aktiviti yang menarik minat murid kembali ke sekolah.

3.2 Antara aktiviti yang dicadangkan :

3.2.1 Permainan (dam ular, dam sifir, congkak, ketinting )

3.2.2 Catatan aktiviti akan dimasukkan ke tapak yang akan disediakan.

3.2.3 Memastikan semua murid menghafaz sifir. Murid tahun 4 paling ramai

yang tidak menghafaz sifir

3.2.4 Latih tubi buku Latihan.

indakan: Semua Guru matapelajaran Matematik

4. PENGURUSAN PANITIA

4.1 Dasar Panitia

- Penggunaan buku murid. 2 buku tulis, buku teks , buku aktiviti KPM dan
buku latihan tambahan. Buku aktiviti yang dibekalkan KPM wajib
dihabiskan.

Tindakan: Semua Guru matapelajaran Matematik

4.2 Pengurusan Buku Rekod Mengajar

DSKP, RPT, RPH


- Semua guru perlu memuat turun DSKP untuk matapelajaran Matematik
Tahun 1 hingga Tahun 6.
- Penyelarasan persediaan mengajar harian berdasarkan format terkini.
- Melengkapkan TOV dan ETR matapelajaran Matematik PBD 2023 bagi murid
Tahun 1 hingga Tahun 6.
- Menyediakan Borang Perekodan Transit PBD. PBD perlu diisi dari masa ke
semasa dalam rekod

Tindakan: Semua Guru matapelajaran Matematik

4.3 Peperiksaan Dan Penilaian

- Jadual penggubalan soalan 2023/24 akan dibahagikan mengikut guru guru


yang mengajar setiap tahun. Nama penggubal soalan akan dimasukkan
kemudian
- Pengerusi memaklumkan Peperiksaan akan diadakan mengikut sekolah dan
bukan secara formal
- Format soalan ditetapkan sendiri oleh guru dan masa adalah mengikut
kesesuaian waktu guru
- Soalan mestilah menggunakan font arial saiz 12
Tindakan: Semua Guru matapelajaran Matematik

4.4 Pencerapan Dan Penyemakan Buku Murid

- Pencerapan dan penyemakan buku murid adalah mengikut takwim sekolah


Tindakan: Makluman

4.5 Maklumat guru

- Semua guru perlu mengisi dan melengkapkan borang maklumat yang telah
diedarkan kepada setiap guru dan menghantar semula kepada ketua panitia
selewat-lewatnya pada minggu kedua persekolahan
- Semua guru juga perlu menyerahkan jadual waktu kelas dan peribadi kepada
ketua panitia.
Tindakan: Semua Guru matapelajaran Matematik
Tindakan: Semua Guru matapelajaran Matematik
5. ANGGARAN PERBELANJAAN

- Status Perbelanjaan PCG - Pengerusi memaklumkan jumlah peruntukan yang


akan diterima masih belum diketahui. - Guru-guru boleh memikirkan dan
menyenaraikan dahulu barang-barang yang ingin dibeli dan memaklumkan
kepada setiausaha untuk buat nota minta.
Tindakan: Makluman

6. HAL-HAL LAIN

- Pengerusi meminta semua guru mestilah mempunyai DSKP bagi setiap mata
pelajaran dan menyerahkan set Salinan DSKP kepada Setiausaha untuk simpanan
dalam Fail Panitia. Perancangan PdPc hendaklah mematuhi dan selari dengan
DSKP

. Bilangan latihan hendaklah mencukupi dan berfokus agar ia dapat memberi


maanfaat dan impak kepada murid-murid.

Tindakan: Makluman

8. PENANGGUHAN

- Pengerusi berharap semua ahli panitia dapat bekerjasama dan berganding


bahu untuk membantu murid-murid dalam Matematik dan seterusnya
meningkatkan pencapaian mata pelajaran ini dalam kalangan murid-murid
pada tahun ini.
- Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9:30 pagi.

Disediakan Oleh

…………………………….
( Rosnida Binti Roslan )
Setiausaha Panitia Matematik
SK. Sungai Rapat

You might also like